gunung-everest-nepal

10 Fakta Menarik Tentang Nepal Di Sebalik Gempa Bumi.

gunung-everest-nepal
gunung-everest-nepal

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes gempa bumi yang berlaku di Nepal. Negara terpencil ni jarang-jarang ada isu kecuali orang mereka makin ramai datang ke Malaysia. Kebanyakan mereka di Malaysia jadi guard atau pengawal.

Masa saya kerja dulu guard Nepal dekat pejabat putih-putih belaka dengan rambut warna perang-perang. Mata mereka pada saya sangat cantik sebab  macam hijau-hijau mata kucing. Mereka ni sangat strict dan ikut buku kalau jadi guard. Memang susah kalau nak drop sekejap dan park kat tepi bangunan kalau mereka yang jaga.

Tak banyak yang saya tahu tentang Nepal kecuali Gunung Everest dan nama beg Kathmandu yang saya nampak kat Mudah.my . Pengetahuan saya memang terhad tentang Nepal. Best ke pergi travel ke Nepal ni ?Jadi saya cuba search dekat google dan di bawah ni apa yang saya jumpa:

1.Nepal adalah negara untuk pencinta trekking.

base-camp-gunung-everest
base-camp-gunung-everest

Bagi yang gemar dengan aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berbasikal keliling pekan dan kampung, panjat gunung turun gunung ini adalah tempatnya. Gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest letaknya di Banjaran Himalaya. Ia bersempadan dengan Tibet dengan ketinggian 8.848 m dari permukaan laut.

Cantik sungguh gunung ni. Putih bersih dan semestinya cuacanya sangat sejuk. Di sini ramai etnik Sherpa yang menjadi guide kepada pelancong yang mahu buat trekking.Dulu saya ingat sherpa ni pekerjaan rupanya etnik yang tinggal di kawasan pergunungan tu.

2.Nepal banyak temple atau kuil. Antara yang famous dan sesak dengan pelancong ialah :

-Monkey Temple

Di iktiraf sebagai salah satu dari lokasi pelancongan oleh Unesco World Heritage .  Tempat ni memang meriah dengan pelancong yang mahu ke kuil untuk menyampaikan hajat masing-masing.Di puncak bukit ini kita boleh menyaksikan pemandangan di seluruh Kathmandu.Lebih kurang macam look up point lah.

Nak masuk ke Monkey Temple kena mendaki antara 20-30 minit sebab ada 365 anak tangga . Sanggup tak ? Entrance fee untuk pelancong dalam anggaran  750 NPR iaitu lebih kurang RM 36 . Ada banyak monyet kat sini sebab namanya pun Monkey Temple jadi kena hati-hati.Saya takut sikit dengan haiwan ni.Walau sejinak mana sekali pun dah namanya haiwan silap haribulan boleh jadi ganas.

-Partan Durbar Square

patan-square-nepal
patan-square-nepal

Partan Durbar Square juga merupakan satu lagi kawasan pelancongan yang di iktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh  Unesco World Heritage . Bayaran masuk lebih kurang 500 NPR bersamaan dengan  RM 15 untuk pelancong.Di sini juga kita boleh melawat istana lama zaman pemerintahan King Mala .

Banyak ukiran-ukiran yang terdapat pada dinding istana lama ni . Ukiran ni mengikut pembacaan saya adalah berkenaan kamasutra. Hmm ni ada kena mengena dengan seksualiti .Jadi elok tau serba sedikit tentang sejarah sebab melalui ukiran tu kita tau kenapa dinding bangunan ini di ukir sebegitu rupa. Yang dewasa dan menganggap diri anda dewasa mesti dah faham jadi tak perlu saya terangkan lagi.

Berdekatan dengan Partan Durbar Square ni juga ada banyak kedai -kedai menjual souvenir seperti aksesori batu permata, mangkuk tembaga, pisau atau golok, carpet malah barang-barang outdoor untuk aktiviti treking. Rata-rata peminat trekking mengatakan barang-barang outdoor walaupun high grade sangat murah .

3.Nepal adalah sebuah kerajaan republik.

Sebelum diumumkan sebagai sebuah negara republik pada tahun 2008, Nepal mengamalkan sistem beraja selama 250 tahun. Nepal bersempadan dengan Tibet dan China di bahagian timur dan besebelahan dengan India di bahagian barat dan selatan.

Ibu negara  Nepal ialah Kathmandu yang rata-rata mengikut pengalaman mereka yang pernah jejak kaki ke sana kotor dan beselerak.Itu komen mereka yang mereka bukan saya.Bahasa yang di gunakan adalah bahasa Nepali.Ada juga bahasa lain yang di gunakan seperti bahasa Urdu, Maithili dan Bhojpuri .

4.Airport di Nepal adalah yang paling teruk

tribhuvan-airport-nepal
tribhuvan-airport-nepal

Rata-rata mereka yang dah ke sana mengatakan lapangan terbang Tribhuvan di Nepal adalah sangat teruk .Bangunannya hanyalah batu-bata dan agak ketinggalan zaman. Negara ini memang sangat mundur. Tapi tengok gambar ni macam ok je airport ni.

Tetapi dalam pada itu kelebihannya ialah pintu masuk atau arrival terminalnya  dengan airport sangat dekat .Pelancong boleh mendapatkan Visa On Arrival ( VOA ) bila sampai ke sini. Jadi kita tak perlu memohon visa sebelum ke negara ini kalau tak sempat buat di KL.

Cuma bila apply jenis visa macam ni kita hanya boleh masuk sekali sahaja. Jika dah keluar dan nak masuk balik kena bayar lagi sekali.Bayaran visa bergantung mengikut berapa lama kita di sana . Peraturan mengenai VOA ini berbeza mengikut negara dan kewarganegaraan kita. Nak mudah apply siap-siap di Wisma MCA kat Jalan Ampang.Bayaran di KL RM 95 untuk RM 15 hari .

5.Boleh buat Bungee Jumping Di Pokhara

bungee-jumping-pokhara-nepal
bungee-jumping-pokhara-nepal

Wah ! Inilah aktiviti yang paling saya suka kalau ke Nepal. Bungee jumping yang di sini sebab ia jenis Water Touch Bungy .Best sebab muka kita akan tercelup ke dalam air bila tali tu sampai ke bawah. Cuma saya tak jumpa pula video yang betul-betul menunjukkan water touch tu di youtube.

Rata-rata boat dah tunggu siap-siap kat kolam yang mereka bina sendiri waktu touch down. Aktviti lain pun ada macam trekking, paragliding, kayaking serta zip-lining tapi ia tak sehebat dengan water touch bungee jump yang ada di sini.

6.Melihat matahari terbit di pergunungan Himalaya di Sarangkot.

matahari-terbit-di-himalaya
matahari-terbit-di-himalaya

Jika anda ke Nepal anda mesti kunjungi Sarangkot. Di sini ialah port untuk melihat matahari terbit selepas subuh. Saya melihat gambar pengungjung yang merakamkan gambar matahari terbit di celah-celah gunung memang sangat-sangat cantik.

Baru saya tau kenapa orang sangat suka ke Nepal dan layan keindahan alam semula jadi di sana. Memang terkesima melihat ciptaan Allah yang sangat luarbiasa cantiknya ! Betul-betul boleh rileks di sini dan lupakan dunia luar seketika.

7.Chitwan National Park

beruang-madu
beruang-madu

National Park ini letaknya di Sauraha, Chitwan iaitu  lebih kurang 5 jam kalau memandu kereta dari Kathmandu.Di sini terdapat lebih lurang 55 spesis mamalia, 55 spesis amfibia dan reptilia serta 525 spesis unggas atau burung. haiwan liar seperti Royal Bengal Tiger, One-horned rhinocerous ( badak sumbu dengan tanduk satu di kepala ), Sloth Bear atau Beruang Madu

8.Perkampungan Namje yang hanya boleh di masuki melalui udara.

perkampungan-namje-nepal
perkampungan-namje-nepal

Perkampungan ini agak terpencil dan terletak di utara Nepal.Laluan ke sini adalah melaui laluan udara sahaja. Kiranya kalau hendak ke sana kena naik kapal terbang dari Kathmandu ke Biratnagar. Sampai di Biratnagar kita kena berjalan kaki atau naik basikal.

9.Bekalan Eletrik Di Nepal selalu terputus

Di kathmandu bekalan eletrik memang selalu terputus atau mungkin sengaja di putuskan. Mungkin mereka nak jimatkan tenaga letrik .Jadi bersedialah  dengan lampu suluh ya.Bagaimanapun pihak hotel mempunyai generator untuk standby bila eletrik terputus.

10.Bendera Nepal berbentuk segi tiga bertingkat.

bendera-nepal
bendera-nepal

Bendera Nepal memang lain dari yang lain. Rasanya memang tak ada mana-mana negara yang berbnetuk segi tiga bertingkat . Dua segitiga bermaksud 2 ugama terbesar di sana iaitu hindu dan buddha di samping melambangkan  2 puncak gunung di Himalaya.

Ada banyak lagi fakta menarik tentang Nepal yang saya baca  tapi cukuplah untuk kali ni saya tuliskan 10 aje. Bila di cari-cari dan membaca tentang Nepal rasa tertarik pula nak ke sana. Walaupun negara ini di kira mundur dari segi pembangunan , ini bermakna alam semulajadinya tidak terusik dan tidak di ganggu kecantikannya .

Kredit Foto : Livelitt.com, Imnepal.com

24 thoughts on “10 Fakta Menarik Tentang Nepal Di Sebalik Gempa Bumi.”

  1. Saya rasa bukan sebagai negara yang ketinggalan Zaman tuh, atau lambat dalam pembangunan, faktanya banyak hal yang layak dibanggakan dari negara tersebut, contohnya sebagai negara yang banyak digeluti oleh tracking, dan aksi-aksi pemicu adrenalin lainnya, hmm..!!!
    HEBAT kok.
    SB-77 Design recently posted…Daftar Label Kategori Model DropdownMy Profile

    1. Gempa bumi baru je jadi.Post pone je dulu kalau nak pergi.Saya ke Amsterdam hari tu pun doa panjang masa nak lalu sempadan Rusia /Donestk tu. Takut time lalu tak balik Malaysia dah hu hu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!