visa ke australia

4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia

 

4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia
4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia

4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia | Australia merupakan salah satu destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara. Sejak route ke Australia di buka oleh peneraju tiket tambang murah di Malaysia iaitu Airasia, bilangan pengunjung ke Australia  semakin bertambah.

Jika di lihat di laman web Airasia ada 5 penerbangan ke Australia iaitu Darwin, Gold Coast, Perth, Sydney dan Melbourne. Bagaimanapun untuk terbang ke Australia kita memerlukan visa.Berikut saya tuliskan sedikit apa dia visa dan 4 langkah mudah cara permohonan visa  ke Australia  sebelum berlepas.

Apa dia Visa ?

Visa ialah dokumen perjalanan yang di keluarkan oleh sesebuah negara yang  memberi keizinan untuk kita berada di negara tersebut dalam sesuatu  tempoh dan waktu . Ia sedikit berbeza dengan passport kerana passport hanyalah dokumen yang mengesahkan kita boleh ke luar negara . Tidak semua negara memerlukan kita memohon visa untuk memasuki negara tersebut seperti kebanyakan negara-negara kesatuan Europe yang lebih di kenali sebagai negara schengen.

Contoh paling mudah ialah jika anda ke Europe dan mahu memasuki beberapa negara yang berdekatan seperti UK, France, Switzerland rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa. Ia pengecualian khas yang di berikan kepada negara negara yang terpilih tetapi dengan syarat tertentu. Manakala sesetegah negara pula seperti China, Australia , United States mengenakan syarat kepada rakyat Malaysia memiliki visa terlebih dahulu sebelum kita di benarkan masuk.

Visa di keluarkan oleh pejabat-pejabat  kedutaan , pejabat konsulat, pesuruhjaya tinggi atau di Konsulat British bagi negara-negara yang tidak mempunyai pejabat kedutaan di Malaysia. Kebanyakan pejabat kedutaan di Malaysia berlokasi di Jalan Ampang.

Ada berapa jenis Visa ke Australia ?

Terdapat 2 jenis visa . Satu visa yang boleh kita pohon  terus dengan cara ke pejabat kedutaan atau secara online dan juga visa yang boleh di pohon ketika sampai di sesebuah negara . Visa yang boleh di pohon ketika kita telah pun berada di pintu masuk negara tersebut di panggil visa on arrival ( VOA ) .

Bagaimanapun untuk visa on arrival ( VOA ) tidak semua negara menawarkannya . Kita harus meneliti syarat-syarat yang perlu di patuhi kerana setiap satu negara mempunyai syarat-syarat mereka sendiri. Australia tidak menawarkan VOA kepada rakyat Malaysia dan ia perlu di pohon terlebih dahulu ketika kita masih berada di dalam negara.

Visa ke Australia sah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh ia di keluarkan. Visa ini boleh di gunakan tidak kira berapa kali kita ke Australia cuma untuk setiap percutian itu tidak melebihi jangkamasa di tetapkan iaitu 3 bulan.

Bagaimana memohon visa ke Australia ?

Autralia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem permohonan visa yang canggih. Cara permohonan visa Australia untuk rakyat Malaysia boleh di lakukan melalui laman web mereka di Electronic Travel Authority atau ETA.

Ada 4 jenis visa yang di keluarkan tetapi bagi post kali ini saya tumpukan pada visa untuk kita melancong kurang dari 3 bulan  yang di panggil ETA Pelawat ( subclass 976 ). Rakyat Malaysia boleh memohon secara online. Saya akan tunjukkan screenshot di dalam post ini supaya lebih jelas.

Sebaik anda berada di laman web ETA tadi  klik  ‘Apply for An ETA’.

 

Langkah #1

-Tandakan 3 pilihan yang di warnakan dengan bulatan warna merah dan tandakan kotak perakuan
-Tekan butang next untuk langkah seterusnya

 

 

Langkah # 2

–  Isikan kesemua maklumat peribadi anda.
–  Pastikan maklumat adalah sama seperti yang  tertera di passport dan kad pengenalan anda.

 

LANGKAH 4

 

Langkah # 3

– Setelah semua maklumat di isi anda di kehendaki menyemak samada semua maklumat yang di berikan .
– Pastikan semua maklumat adalah betul untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

 

LANGKAH 5

 

Langkah # 4

– Buat bayaran yang di perlukan dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.
– Ketika post ini di tulis bayaran masih AUD 20  ( lebih kurang RM 61 ).

LANGKAH 6

 

Setelah bayaran di jelaskan kita akan menerima bukti pembayaran dan pengesahan melalui email. Pihak imigresen Australia akan meghubungi kita melalui email berkenaan status permohonan visa tersebut. Jika kita baca di bahagian FAQ di laman web tersebut, permohonan visa ke Australia yang di buat secara online akan dapat tahu status berjaya atau tidak sebelum meninggalkan laman web ETA tadi.

Jika permohonan kita memerlukan semakan lanjut kita boleh periksa status semula dalam tempoh 12 jam . Jika kita lihat di gambar sewaktu mula-mula login ada butang untuk periksa status iaitu ‘ check an ETA ‘.

Dokumen berkenaan status permohonan visa ke Australia tadi  tidak perlu di cetak kerana semua maklumat anda telah pun di simpan di dalam database pihak imigresen Australia. Bagaimanapun saya menasihatkan supaya kita mencetak , menyimpan dan membawa salinan pengesahan tersebut supaya jika ada apa-apa masalah kita telah ada salinan sendiri.Anything can happen betul tak ?

Sangat mudah untuk melakukan permohonan visa ke Australia kerana ia boleh di buat sendiri dari rumah tanpa perlu mengupah sesiapa untuk melakukannya. Jimat duit dan jimat masa. Bagaimanapun Imigresen dan kastam Australia sangat ketat dan kita mungkin akan di periksa dengan lebih lama.

Jangan lupakan itinerari dan senaraikan semua makanan dan ubatan di dalam plastik kalis sinar supaya lebih cepat anda di lepaskan.Semasa di dalam kapal terbang isi borang declaration yang di berikan terutama jumlah duit yang kita bawa kerana duit melebihi USD10 000 ke atas perlu di tulis di dalam borang tersebut.

PS: Ada tak sesiapa ada pengalaman di tahan di imigresen Australia ? Kalau ada  boleh kongsikan di sini .

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

94 thoughts on “4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia”

  1. Noor Asyikin Binti Ayub

    Yup..perkongsian yg baik dr saudara. saya bersetuju yg masyarakatnya sgt friendly. saya berkesempatan di Melbourne selama smmgu shja. pergi berjumpa suami yg bekerja di sana. saya pergi secara solo. nasib saya baik, immi di sna x bnyk soal siasat. saya hnya diperiksa kurg dr 10 minit shja. saya sgt berhajat utk ke sana lagi. untuk bekerja & belajar..

    1. Sy pun nk per sna bln 7 niee pergi jumpa husband kt sana..first time nk pergi..di imigrsn nnt apa yg akan dia tanya yerk..blh kongsi2 x

  2. SALAM,

    nak tanya.sy plan melancong ke sydney bulan sep2019. solo travel. nanti dekat imigresen sana senang ke nak lepas? sebab tak pernah lagi travel seorang.

    1. Pastikan kalau bawa phone, laptop atau apa2 gadjet anda tidak menyimpan walau satu pon gambar atau video lucah atau sesuatu yg boleh menyebabkan provokasi kalau ada sila delete dan pastikan clean ye…kalau tak nanti tak pasal2 kena dakwa lak kat sana

  3. SYED MOHD DZAHIR

    SALAM,, SY DGN SEPUPU SAYA NAK KE PERTH 12-15 OKTOBER NI..ADE SESIAPA BOLE RUN KAN VISA TAK AGAR LEBIH MUDAH SEBAB DGR CITE RAMAI KENE REJECT..THANK YOU

  4. Assalam….saya dan team sya 24 org nak pegi melawat australia sebab nak buat prog kat sana tahun depan. Boleh tak saya nak tahu….sebagai student malaysia nk ke sana ntuk buat aktiviti kebajikan

    1. saya nak mohon visa secara kelompok ade ke? Dan cara apply cmna ye
    2. kalau apply tu brapa lama ambil masa ntuk tahu pengesahan

  5. Mohon bantuan.. Jika saya pernah apply visa ETA ke Australia..melancong ke Australia dan balik sebelum tamat tempoh visa.. Bolehkah saya apply visa untuk ke Australia dalam tahun yang sama untuk melancong kembali ke Australia??

  6. Mohon bantuan.saya dah apply visa secara online..dan dapat status visa kena reject.lepas tu saya hantar borang dan dokumen yg dikehendaki secara email.tapi masih tiada jawapan dari pihak kedutaan.

    Soalan : perlu ke saya apply lagi visa secara online kali kedua?

    1. Hi saya nak tanya , visa awak dah diluluskan ke selepas hantar dokumen yang dikehendaki ? Berapa lama ye , keputusan untuk tahu lulus ke tak visa tu ?

    2. Awak punya visa dh lulus ke , selepas awak hantar maklumat tambahan ? Berapa lama masa untuk tahu lulus ke tidak untuk awak punya visa ?

  7. Hello.. tiket boleh beli selepas atau sebelum permohonan visa? Biasanya permohonan visa ni mengambil masa berapa lama nak disahkan? Saya ada minta orang belikan tiket sekali wat visa tapi dah 2 bulan masih tidak ada jawapan…

  8. Salam. Link website ETA yang puan berikan boleh digunakan utk melancong ke mana-mana bahagian Australia ke? Sbb saya dah mohon melalui website tersebut dan dia keluar ‘ivisa services north sydney AU’. Saya bercadang utk ke perth.

  9. Sy memberikan servis permohonan Visa ke Australia (Tourist Visa) online.

    Boleh Contact k. Siti Adi – 013 3138587

    harga RM35/ Visa
    selepas Siap baru bayar.

  10. Saya nk prgi australia tp kene ada diposit yg byk dlm bank untuk buat visa..sy pr malaysia..knp syaratnya mcm tu

    1. Saya dekat sini almost 3 month, bawa duit kat Aussie $1000…memang dia nak kita bawa duit banyak sebab kita melancong dekat sini kan..one more thing kalau kita bawak duit sikit diaorg akan syak kita nak kerja dekat sini…thats why bnyk juga dengar org malaysia kena tahan…so better bwk duit bnyk sikit…klu nak apa2 info just wasap 0172308846 wan..nak cter lg panjang lak nanti…

  11. Salam.saya nk tny kalau nk ke australia kita perlukan visa,jd passport masih perlu atau tidak?sbb saya xprnah buat passport lg

  12. Australia adalah salah satu destinasi impian yang setakat masih belum berkesempatan untuk saya jejakkan kaki.

    Terima kasih atas perkongsian saudari buat bekal ilmu sebelum saya backpack ke sana inshaAllah.

      1. khairul anwar Bin ali akbar

        australia simple je as long kita follow rules yg diaorg dah tetapkan.yg penting declare.
        datang sebagai pelancong melancong dgn family.makanan paling penting tapi kena declare dlm flight dia dah bagi declare form seblum mendarat.polis imegresen mmg ramai,saya kena tahan soal dekat 10 polis confident je jawab ok diorg friendly.details diorg dah ada.bab makanan paling straight buka luggage dia tanya jawab je simple,rasanya kat sana makanan muslim berlambak nak maggi apa saja makanan kat malaysia semua ada sana.pergi pasaraya woolworth penuh jenama maggi dll murah je.cuaca bulan 10 keatas sejuk hujan.transport public tepat takyah sewa kecuali nak pi jauh.cari student dlm facebook as guide kalau nak pi jauh hulur sikit upah.bab balik takde straight sgt .tapi australia mmg terbaik masyarakat yg friendly.melbourne awesome.

  13. assalamualaikum,
    saya nak tanya, sy n kwn2 plan utk pergi australia bulan Oct.
    tapi kami plan utk tumpang rumah kawan yg bekerja di sana.
    dia kerja kilang di sana. dia yang akan bawa jalan2 nanti.
    so akan ada masalah tak nanti di imigresen when they tanye tempat menginap ?

    1. Wsalam Shikin. Saya tidak sampai lagi ke Australia tetapi setahu saya immigresen mereka agak ketat. Cara terbaik adalah sediakan maklumat kawan yang menetap di sana dengan cukup seperti nama, alamat serta nombor talipon. Kes pekerja asing di sana sedikit sebanyak menyukarkan tetapi jika maklumat lengkap dan kita tak ada niat bekerja insyaallah muga di permudahkan. Jika ada buat booking penginapan lebih baik untuk elakkan masalah yang tidak di ingini.

      1. Bg alamat hotel je

        Sbb kwn yg bekerja kat sn belum tentu sah dpt working visa nanti masalah pulak

        Alhamdulillah sy few times pergi ok

        Nak tau lebih whatsapp je sy 013 660 3095

        Kot lah boleh membantu

  14. Memang mudah, ramai yang tak tahu cara yang terbaik seperti ini. Cuma perlu ikut peraturan yang ditetapkan dan bagi kerjasama. Semua pasti jadi mudah.

  15. Assalamualaikum. Nak tanya ada tak website visa ke australia untuk warganegara Yaman? Husband warganegara Yaman. Kami plan nak melancong ke Australia. Nak mohon visa kat mana ye? Terima kasih.

  16. Hi ! sempena Ramadhan 30 Hari ! saya nak buat
    PROMO ETA VISA AUSTRALIA
    Untuk pembelian 5 Visa Percuma 1 Visa.
    Whatsapp saya macam biasa +6013 295 3641 ( ADHAM )

  17. Sy nk tnya..klu kita pergi oz utk 2bln tinggl sana kena thn x??sbb adik ipar sy bru pegi sana tp kne hantar blik…alsan die sbb bawak sijil spm suami sy yg keje sana…rasa2 sebab sijil tu atau sbb tinggl lama??sbb die ckp punca nya sijil saja…sy jd serba slh krn sijil tu sja…die ckp flight tiket lama xde mslh…sy rse stress sbb die persalahkan…

  18. kalau ade yang nak apply visa melancong ke australia, jangan buat online sebab mahal.. boleh kontek sy directly and saya akan tolong applykan.. hanya RM20 sahaja.. 0197342254 Khairil Baji..

  19. Semasa di Airport Imegresen soalan apa yang dia orang tanya??
    sebab pernah kawan saya kena refuse entry, boday check segala macam pastu kena
    balik next flight memang saya tahu Australia ketat sikit
    di Airport. Lebeh ketat dari Europe, Tapi Nyaya lah sapa yang kena macam tu.

    TKaseh

    1. Biasa saja soalannya seperti kenapa nak datang sini, berapa lama, penginapan di mana .Lebih baik ada itinerari dan print semua tempahan tiket, hotel untuk buktikan apa yang kita jawab.Setiap orang elok ada satu salinan .

  20. Salam tuan..
    baru sebentar tadi saya memohon visa ke melbourne melalui website http://www.australiavisaeta.com.
    tapi tak sama dgn screenshot yang tuan capture. Saya buat utk suami dan saya sendiri. Bagi saya, sudah menerima pengesahan, suami punya belum lagi. Saya kena caj USD49 tuk 1 VISA. Bila baca2 komen kat sini..rata2 sekadar USD20.. terus seram, sah ke visa yg saya buat..dan kenapa mahal nau2 saya pnya VISA? mohon bantuan tuan..

    1. Wsalam. Saya kurang pasti sebab saya dapati web puan apply tu webnya agak baru. Cuba semak betul betul sebab terlalu mahal harga tu takut ada ciri ciri scam di situ.

  21. Assalamualaikum, tumpang tanya .. dekat bahagian “Personal and Passport Detail”, “issuing Authority” tu nak letak apa?

  22. Salam puan, nk tanya pada ruang ‘offshore adress’ tu, alamat saya yang memohon atau alamat tempat saya nk pergi..
    Terima kasih

  23. assalamualaikum,

    tumpang tanya..saya akan pergi ke perth next month. boleh tau tak charges untuk $20 tu kira per head ke kira skali apply? saya nak pergi dalam 12org. saya tengok visa tu bole apply skali gus ramai2 kan?

  24. Saya cadangan nak ke Australia, Tumpang tanya, utk masuk ke Australia yg dimaksudkan 3 bulan tu 90 hari atau 95 hari, sbb kadang2 kita masuk Australia hujung bulan. Mohon pencerahan

  25. assalam puan,saya nk tanya.dekat surname tu kene letak bin atau binti tak?sbb dlm passport ada letak.saya baru siap apply tp saya tak letak binti huhuu…boleh ke?

  26. As’salammualaikum .. boleh tak nak minta pencerahan sikit .
    Saya akan ke australia dalam masa terdekat ni ..
    So boleh tak saya nak tahu apa langkah langkah pertama saya kene buat selepas dah daftar passport ?..
    Terima kasih first time nak trip =)

    1. Waalaikumussalam Shauqi. Siapkan saja keperluan di sana seperti itinerary dan print semua dokumen yang berkaitan seperti tempahan hotel, tiket dan sebagainya. Itu penting semasa di pintu masuk. Check juga jangkaan suhu di sana untuk pastikan kita pakai pakaian yang bersesuaian. Cuma dari segi makanan yang boleh di bawa masuk tu nasib-nasib jugalah sebab mereka agak strict.

  27. Assalamulaikum,

    Saya dah apply visa di website ETA. ada perkara merunsingkan saya.

    1. ada bahagian “Issuing Authority” saya taip Immigration Department of Malaysia. Valid ke? sebab as per stated di passport saya, di bahagian “issuing office” di tulis “UTC SENTUL”.

    2. Satu lagi perkara, utk apply penginapan di melbourne hall, ada di nyatakan saya perlu mengisi ruang tarikh luput visa. ada di nyatakan ke tarikh luput visa pada ETA yg saya apply tu?

    Harap boleh reply secepat mungkin. Terima kasih

  28. assalam…. dear sis rahimah, tq for the good info… if nk apply visa, kena beli tiket dulu ke? dan bole ke kalau kita apply tempoh visa lebih dari tarikh perjalanan yg sebenar?

  29. Salam.
    Kastam Australia sangat ketat dengan barang barang yang di bawa dan bergantung kepada officer yang bertugas. Saya PR disini pun kadang2 bermasalah juga. Contohnya tahun lepas bawa lada kering lepas tapi tahun ni tak lepas kerana ada seeds katanya. Termasuk sup bunjut. Nescafe 3 in 1 tak lepas kerana ada dairy products dalamya. Yang penting jangan bawa daging..tapi bawa serunding daging kali ni ok pula. Jadi bersedia dengan segala kemungkinan. Yang penting anda Declare.
    Rahmah

    1. Terima kasih Rahmah sharing pasal kastam Australia ni. Memang saya banyak baca komen orang merungut bila sampai pintu masuk Australia. PR pun masih bermasalah apatah lagi yang masuk sekali sekala.Nasib-nasib jugak kalau kena officer yang fussy tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!