
5 Kesilapan Harus Di Elakkan Semasa Tempah Tiket Tambang Murah Airasia | 2 Minggu lepas anak saya beritahu dia nak pergi Langkawi menaiki Airasia lepas habis final exam. Banyak juga mesej melalui wsap yang di hantar sebelum menempah tiket sebab takut tersilap. Memang kalau kita tersilap memasukkan maklumat semasa menempah tiket tambang murah Airasia ini adalah sangat merugikan. Jadi hari ini saya rasa saya nak highlight sikit beberapa perkara yang harus di elakkan semasa buat tempahan tiket .
Bagaimana boleh tersilap?
Walaupun kita selalu terbaca pelbagai tips dan trick semasa melakukan tempahan kadangkala kesilapan tetap berlaku. Tidak ada manusia yang sempurna kerana kadang-kadang dah cukup berhati-hati sekalipun masih ada kesilapan yang berlaku.
Selalunya kesilapan semasa menempah tiket berlaku kerana :
1.Orang lain yang melakukan tempahan
2.Tidak merujuk kepada kad pengenalan atau passport
3.Jenis cuai , tergesa-gesa dan tidak semak semua maklumat sebelum meneruskan tempahan
4.Tidak membaca arahan dan membuka ‘ window’ untuk terma yang tidak di fahami.
Walaupun kesilapan di atas nampak remeh tapi sebenarnya sangat ramai yang melakukannya . Cuma bila berlaku kesilapan sebegini untuk membetulkannya ada harga yang perlu di bayar. Itu pun jika ia masih boleh di betulkan.
Elakkan 5 kesilapan semasa tempah tiket tambang murah Airasia
1.Salah isi nama .
Ini kesalahan serius kerana pihak Airasia hanya membenarkan penukaran nama dalam maklumat tempahan untuk beberapa kategori sahaja. Kita hanya boleh membuat pindaan nama jika :
– typo error seperti tertinggal satu huruf atau terlebih
– tambah atau padamkan nama dalam bahasa Inggeris ( selalunya chinese name )
– Title atau pangkat iaitu mr, mrs, ms,
– jantina
– penukaran nama pertama dan nama famili yang terbalik
Untuk pindaan yang melibatkan kategori ini kita perlu maklumkan kepada pihak Airasia melalui borang online yang di sediakan, menghantar tweet di twitter atau menggunakan tab live chat di laman web mereka. Panggilan talipon sangat menyusahkan dan jika anda dapat buat panggilan sekalipun anda masih perlu menggunakan borang online atau e-Form yang telah mereka sediakan. Jadi gunakan sahaja e-Form yang telah di sediakan tu. Rujuk gambar di bawah.
2.Salah tulis atau tukar tarikh penerbangan
Sebelum ke mana-mana pastikan anda telah memeriksa tarikh kita mahu berlepas dan balik semula. Saya pernah melakukan kesilapan ini dan terpaksa membayar beberapa ratus ringgit lagi kepada Airasia. Sebagai contoh saya pernah menempah dan dapat tiket tambang murah Airasia ke Vietnam dengan hanya RM 200 pergi balik.
Saya tidak perasan tarikh tiket tambang murah Airasia yang saya pilih ketika itu adalah hari kemerdekaan Vietnam . Mahu tak mahu saya terpaksa tukar tarikh tiket penerbangan kerana tujuan saya ke sana ketika itu adalah untuk memborong pakaian. Jika tujuan kita ke Vietnam adalah untuk memborong pakaian sangat rugi pergi pada tarikh tersebut kerana rata-rata kedai pakaian di tutup atau jika ada sekalipun kita tak banyak pilihan.
Di sini kita dah rugi 2 kali. Satu samada terpaksa membayar lebih kepada Airasia untuk menukar tarikh dan satu lagi teruskan penerbangan tapi tidak menepati tujuan anda ke sana lebih-lebih lagi atas tujuan perniagaan.
3.Default adds on tidak di buang .
Benda ni nampak remeh tapi ramai juga yang buat kesilapan dan melompat bila di lihat harga tiket tambang murah Airasia tadi dah melambung tinggi. Kawan saya ex staff MAS sendiri pun banyak kali buat silap dan terpaksa saya tolong book tempahan beliau kerana mungkin tak perasan sewaktu mengisi maklumat .
Begitu juga dengan item lain seperti insuran travel dan tambang bas dari kl sentral ke lcct atau KLIA contohnya . Jika kita dah ambil insuran travel dan tak perlukan transport kita ‘ untick’ pada semua kotak yang di isi secara default oleh pihak Airasia. Adds on secara default adalah marketing strategi Airasia yang saya kira bijak mengambil kira keperluan tambahan penumpang.
4.Had muatan bagasi yang benar-benar di perlukan
Sewaktu kita buat tempahan pastikan adds on seperti had bagasi 20 kg benar-benar di perlukan atau tidak. Ini terutama sewaktu penerbangan berlepas kerana kebanyakan bagasi kita masih ringan dan boleh saja di bawa naik ke cabin penumpang jika tak lebih 7 kg. Jika tak perlu kita boleh delete atau boleh di gabungkan jika pergi dengan famili atau rakan.
Fikir juga betul-betul berapa banyak barang yang kita nak bawa balik. Jika kita membawa had bagasi yang melebihi tempahan caj yang di kenakan oleh pihak Airasia, tiket tambang murah Airasia anda akan jadi sangat mahal. Saya pernah kena hampir RM 500 untuk lebihan 11 kg semasa pengalaman bercuti di Vietnam . Cuma nasib saya baik kerana dapat tumpang kuota bagasi orang lain yang bermurah hati membantu saya. Itu pengalaman bercuti di Vietnam yang sangat mahal pada saya.
Begitu juga jika kita dah buat tempahan bagasi paling besar iaitu supersized 40 kg dan tiba-tiba nak turunkan had berat. Kita rugi jika kerana duit kita tidak akan di pulangkan.
5.Tahap kesihatan jika mengandung atau sakit.
Sebenarnya perkara ini jika di pandang remeh boleh menyebabkan bukan saja kita rugi duit tambang tiket malah ia sebenarnya boleh menyebabkan kesukaran kepada penumpang yang lain. Penumpang wanita yang mengandung dengan usia kandungan 35 minggu tidak di benarkan menaiki kapal terbang. Ia telah di nyatakan di dalam laman web Airsia.
Jika usia kandungan bawah dari 35 minggu surat pemeriksaan doktor di perlukan dan surat pengesahan ini mestilah di keluarkan tidak melebihi 30 hari sewaktu penerbangan pergi dan balik. Begitu juga jika ketika penerbangan ada ahli keluarga atau kita sendiri di jangkiti penyakit seperti demam campak . Pernah ada kes demam campak yang kecoh suatu masa dulu di mana penumpang rakyat Malaysia terkandas di Vietnam ketika mahu pulang ke Malaysia.
Sebenarnya dari segi kesihatan ia kurang baik kepada penumpang lain kerana demam campak merebak ketika ia beransur sembuh. Seeloknya jika anda tidak sihat adalah lebih baik jangan ambil penerbangan kecuali ada surat doktor mengesahkan anda layak untuk berada di dalam kapal terbang sewaktu pergi dan balik.
Begitulah lebih kurang 5 cara nak elakkan tiket tambang murah Airasia kita tidak bertukar menjadi tiket tambang mahal. Pastikan kita tak buat kesilapan ini kerana jika nak buat pengesahan atau pemindaan kita terpaksa membayar kos panggilan yang mahal kerana setiap panggilan kepada mereka akan di kenakan bayaran sebanyak RM 1.95 untuk satu minit. Kalau buat panggilan seperti ini mana cukup 1 minit betul tak ?
PS : Siapa ada buat kesilapan macam di atas dan berjaya tak di selesaikan ?
Memang perlu hati-hati lagi-lagi kalau buat guna phone takut tak nampak tick mana-mana
Kalau contoh nama saya, Aminah bt Abu, tapi kalau sy tulis Aminah Abu, kira salah jugak ke?
kak, kena tambahan bagasi sampai bayar rm 500 tu time bila? masa bagasi diperiksa lps self check in tu ke or time tempahan kita nk add on berat bagaai tu?
Kalau dah silap, tambah murah yillek! Jadi tambang mahal lah plak 😛
myliferia recently posted…Simptom Jantung Membesar & Membengkak; Komplikasi Akibat Obesiti
Ha ha..lain jadi taglinenya kan ?
Setiap kali tempah ticket memang kena double @ triple check. Maklumlah kalau salah bukannya boleh tukar macam tu aje.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~
Betul tu..silap-silap burn je duit tu nanti.
bab default tu memang kena sentiasa alert, kalau default caj mahal kita pun lupa nak buang, bayar je lah jawabnya 🙂
Ikhwan recently posted…Cara Penilaian Temuduga Separa Perubatan
Yang baru pertama kali menempah biasa tu. Tapi kalau dah biasa beli kena ingat selalu la.
saya pernah buat kesilapan, kesannya memang kena bayarlah extra kan. adui
Raihanah Ahmad recently posted…8 Cara Hilangkan Blackhead dan Whitehead
Mana yang tak boleh di perbetulkan tu memang burn .
biasa beli terus hi-flyer punya kalau domestik nih.
senang nak adjust tarikh dan pilih kerusi.
makan freee lagi.
free bagasi lagi.
beza dalam seratus lebih je.
titan recently posted…Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.
Betul . Berapa kena top up tu kena tengok juga.Tapi yang best sebab bagasi free .
tak mahal sebenarnya kalau tempah awal.
kalau lewat sangat pun, tak guna kalau angkat hi-flyer.
takut semua seat yang kita nak orang lain dah kebas dulu.
titan recently posted…Tuk Guru Borek, Anak Murid Rintik
Kesilapan yang paling kerap dilakukan ialah masa isi nama penumpang. Air Asia wajibkan nama mesti sama seperti dalam Kad Pengenalan untuk penerbangan domestik ataupun sama seperti Travel Document untuk International Flight.
Paling tak boleh tahan, bila ada yang tulis nama glamer masa buat tempahan… lepas tu baru kelam kabut nak tukar nama. Case to case basis, biasanya tiket akan kira burn je la kalau nama tak sama.
sabree hussin recently posted…Kaedah pemasaran tanpa kos menurut aliran ilmu Dutanaga
Patutnya nama tu lah yang tak boleh silap .Part letak nama glamer tu memang tak boleh tahan 😉
Saya sangat suka menggunakan air asia memang sangat murah lah untuk tiket tambang nya…
Apa lagi ketika musim cuti kita musti panda cari promo tiket lah
Abang Hasan recently posted…Apa itu SEO Search Engine Optimization? Dan Cara Unggul Di Serp
Rebut waktu offer murah murah.Memang lebih murah dari tambang bas utara selatan.Kadang kadang harga tak masuk akal
cuai atau typo adalah perkara yang selalu orang lakukan…
mrhanafi recently posted…Pekena Secawan Kopi
Kesilapan yang tak boleh di maafkan sebenarnya tapi mereka masih ada peluang betulkan atas sebab-sebab yang di nyatakan. Lain dari tu burn lah maknanya.
kalau dah burn macam tu..nangis tak berlagu la jawabnya..he..he..
mrhanafi recently posted…Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat