melancong gaya murah

5 Sebab Rancangan Bercuti Ke Luar Negara Sering Tertangguh

rancangan bercuti ke luar negara
rancangan bercuti ke luar negara

5 Sebab Rancangan Bercuti Ke Luar Negara Sering Tertangguh

Saya tahu ramai orang selalu mengidamkan dapat bercuti ke luar negara. Saya sendiri pun macam tu juga. Bukan mudah nak mengeluarkan duit semata-mata untuk bercuti lebih-lebih lagi dengan suasana ekonomi yang sedang tak menentu ni.

Kalau rakyat negara maju yang mengalami 4 musim, bercuti di negara luar sering di lakukan bila tiba musim sejuk. Rata-rata mereka memilih melancong ke luar negara yang bemusim panas untuk mengelakkan kepayahan dan suasana sejuk yang kadangkala membataskan aktiviti seharian.

Rakyat negara kita pula majoriti memilih bercuti ke luar negara pada musim sejuk kerana ingin menikmati suasana berbeza dari negara sendiri. Jika tak tahan sejuk banyak lagi pilihan bercuti ke negara jiran terdekat seperti Indonesia, Singapura, Vietnam yang mana kos percutian lebih murah.

Mana-mana negara pun kalau dapat bercuti memang menarik ye tak?

Yang kecewanya bila mana kita tak dapat meneruskan rancangan atau terpaksa menangguhkan rancangan percutian kita.

Kenapa kadang-kadang rancangan nak bercuti kita sering tertangguh atau gagal ?

Sebenarnya saya pun  bukanlah kerap sangat ke negara luar negara pun kerana saya masih mempunyai anak yang masih bersekolah.Adalah setahun satu atau dua kali sahaja . Cuma saya pastikan percutian saya berbaloi kerana saya benar-benar mahu menikmati perbezaan adat dan budaya negara yang saya lawati.

Saya puas hati bila  saya dapat alami sesuatu yang berbeza ketika di negara luar walaupun ada masanya ia bukanlah pengalaman bercuti yang menarik.Jika saya tak realisasikan impian saya sampai bila-bila apa yang saya impikan tak kan dapat di capai.

Secara amnya 5 sebab di bawah ni adalah punca kita sering menangguhkan impian kita .

1.Harga tiket kapal terbang untuk bercuti ke luar negara  yang mahal

Tidak di nafikan harga tiket kapal terbang memang menjadi faktor utama penting untuk melancong atau bercuti ke luar negara. Tak semua orang mampu membayar tiket penerbangan yang kadangkala mencecah beribu ringgit. Bila fikirkan harga tiket kapal terbang langsung kita tutup buku.

2.Bayaran penginapan luar negara  yang tinggi

Bercuti  ke luar negara sememangnya menyebabkan kita terpaksa menyediakan bajet yang lebih terutama kalau kita melancong ke Europe .Bayaran penginapan antara RM 100-150 semalam dengan ruang bilik hotel yang kecil adalah harga standard di negara Eropah. Kalau di negara asia harga penginapan tidaklah sebegitu mahal.

3.Tak ada masa yang sesuai ke luar negara kerana anak yang masih bersekolah.

Benar sangat kerana kalau anak masih bersekolah agak susah juga hendak ke mana-mana. Saya sendiri pun masih  mengalami masalah yang sama dan kadangkala terpaksa fikir banyak cara nak atasi masalah ni. Bercuti semasa cuti sekolah adalah masa paling sesuai terutama jika kita masih ada anak yang masih belajar.

4.Tak ada kawan yang sesuai untuk di ajak bercuti ke luar negara

Nak bercuti ke luar negara memerlukan rakan percutian yang sekepala dengan kita. Silap pilih rakan boleh menyebabkan perancangan awal sebelum bercuti jadi huru-hara. Jika bercuti dengan keluarga pula kita kadangkala pening kerana terpaksa menjadi penyelaras pula dalam group yang ramai.

5.Tak buat sebarang rancangan dan persediaan untuk bercuti .

Ini juga salah satu sebab kenapa kadang-kadang bila kita teringin nak berjalan tapi kita masih tidak sampai jua ke tempat yang di maksudkan. Saya pun macam tu juga bila tengok gambar orang berjalan sana sini tapi saya masih tak lepas-lepas juga lagi.

Rasanya kelima-lima faktor di atas adalah punca utama kenapa impian kita nak bercuti sering gagal. Ada juga faktor faktor lain seperti tak dapat cuti, ahli keluarga sakit atau takut naik kapal terbang terutama  sejak kes MH370 dan MH17. Apa pun sebenarnya bila ada masalah ada jalan penyelesaiannya.

Bagaimana cara nak teruskan rancangan nak bercuti ?

Bercakap atau menulis atas kertas memang senang tapi nak melaksanakannya ada sedikit payah. Tapi kalau kita tak buat sampai bila-bila pun kita duduk di rumah aje.

Lagilah sedih terutama kalau ada anak-anak. Pasti anak-anak kita pun tertunggu -tungu bila ayah dan ibu mereka nak bawa mereka jalan-jalan.Anak saya sendiri pun kata sanggup ponteng kelas .

Cara yang saya lakukan ni mungkin tak sesuai dengan orang lain tapi boelh cuba di praktikkan.

1.Rancang percutian anda.

Inilah yang penting sekali bila nak melakukan sesuatu. Kena ada rancangan percutian  kerana kalau tak ada hala tuju macam mana kita nak dapat sesuatu betul tak? Ambik kertas tulis tahun depan nak pergi mana.Bila dah tulis kita dah tetapkan pendirian kita nak bercuti ke mana. Selesai satu masalah.

2.Kira bajet

Bajet bercuti jatuh nombor 2 kerana bila dah tahu nak ke mana senang nak kira berapa yang perlu kita simpan untuk menampung perbelanjaan. Semak purata harga tiket kapal terbang dan bilik serta lokasi menarik yang kita nak pergi termasuk laian-lain perbelanjaan.Rancang awal tahun supaya senang nak bajet.

3.Tetapkan bulan berapa nak bercuti

Selalunya hujung tahun atau waktu cuti sekolah ramai orang berjalan jadi ketika itu kos penginapan atau tiket kapal terbang  mungkin lebih mahal.  Tapi jika bijak kita boleh dapat harga yang murah malah lebih murah dari apa yang kita fikirkan.

4.Mulakan menyimpan dan buat tabungan bulanan

Sediakan satu tabung khas untuk perbelanjaan bercuti sahaja. Jangan usik tabung ni walau apa terjadi sekalipun he he. Katakan bajet kita RM 3000 dan tempat kita nak pergi tu lagi 1 tahun buatlah kira kira sendiri. RM 3000 bahagi 12 bulan bersamaan dengan RM 250. Inilah jumlah yang perlu di asingkan setiap bulan.

5.Semak harga selalu

Bila kita selalu semak harga tiket kapalterbang  kebarangkalian untuk dapat tiket tambang murah adalah besar. Bayangkan ya kalau kita dah buat purata harga tiket kapal terbang RM 800-RM 1000, tiba-tiba kita dapat tau yang kita boleh dapat tiket ke lokasi yang sama pada harga RM 400-RM 500 sahaja. Dah jimat separuh, tak untung tu ?

Harga kos pengangkutan serta hotel juga kita boleh semak selalu di laman web tempahan. Tak perlu bayar pun untuk semak dengan  menggunakan laman booking kecuali sesetengah laman booking penginapan yang perlu buat bayaran terus menerus. Saya jarang terus bayar kerana tempoh kita nak pergi lambat lagi dan rugi jika membayar terlalu awal.

Inilah cara yang saya sendiri gunakan . Walau ke negara yang kosnya lebih murah tetap saya gunakan cara ni kerana ia dapat menjimatkan perbelanjaan saya. Bila dah sampai ke sana, duit berlebih tu bolehlah shopping ye tak ?

PS: Saya belum lulus sepenuhnya kesemua 5 ujian di atas. Apa komen anda ?

 

 

13 thoughts on “5 Sebab Rancangan Bercuti Ke Luar Negara Sering Tertangguh”

  1. Ejen Takaful Keluarga

    betul… setuju sgt.. kalau tak rancang awal2 kemana nak bercuti.. mmg sampai bila2 la tak bercuti jawabnya.. boleh la nak ikut 5 panduan diatas untuk rancang percutian keluarga ke luar negara…

    1. Ya, ramai menghala ke asia yang lebih murah. Tapi mana yang dah booking lama bukanlah masalah sangat sebab perbelanjaan paling tinggi selalunya tiket flight yang telah di beli awal-awal. Selebihnya adjust sedikit untuk penginapan.

    1. Kalau saya boss tak approve saya tunjuk tiket dah beli. Kalau tak lepas jugak they have to reimburse me for all expenses incurred.Itu cara saya yang tak boleh di ikut 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!