5 Sebab Snowy Boot Kasut Yang Sesuai Untuk Musim Sejuk

Anda suka melancong ke luar negara ?

Samalah dengan saya. Kalau boleh tiap-tiap hari saya tak nak kerja . Nak round the world je. Sekali bercuti ke luar negara hati kita pasti terdetik untuk pergi lagi dan lagi.

Kadang-kadang tak sedar dah seharian kita berjalan. Dari pagi sampai malam. Kalau nak kira kaki kita dah menapak berkilo meter tanpa kita sedar. Akibatnya bila malam nak berehat ada yang lengoh.

Ya, tak kira samada kita travel sendiri atau travel menggunakan travel agensi, kita pasti akan banyak berjalan. Keluar masuk kereta , bas atau keretapi. Berjalan naik bukit ( kalau pergi tempat tinggi ) atau nak berguling-guling salji.

Sekarang ini. majoriti rakyat Malaysia akan bercuti panjang bila tiba cuti sekolah . Tak kira cuti pertengah tahun atau paling ramai ketika hujung tahun. Destinasi yang agak jauh dan semestinya bersuasana sejuk yang menjadi pilihan masa kini antaranya Korea Selatan, Turki , Jepun dan China.

Walaupun ada di negara ini yang sejuknya sampai ke tulang, mereka tak kisah . Asal dapat merasai sendiri suasana sejuk tu macam mana mereka dah puas hati. Lebih-lebih lagi kalau negara tu mengalami salji yang lebat . Ye lah kat Malaysia mana ada salji keluar. Peluh banyak la !

Di sinilah letaknya betapa pentingnya kita sebagai traveller memakai kasut yang sesuai. Untuk post kali ini saya nak ulas mengenai travel ketika musim sejuk dan pentingnya memilih kasut yang sesuai untuk musim sejuk .

Hari ini saya nak perkenalkan salah satu antara kasut musim sejuk yang kini menjadi buruan para pelancong Malaysia semasa bercuti.

Snowy Boot Kasut Yang Sesuai Untuk Musim Sejuk

Saya mula ambil kasut ni selepas beberapa rakan dan customer yang meminta saya belikan untuk mereka. Justeru itu, saya ambil beberapa pasang untuk melihat kualiti kasut yang di pinta.

Alhamdulillah kasut ni rupanya menjadi rebutan selepas saya upload gambar di kedai online saya. Saya ambil beberapa pasang warna meroon, coklat dan juga hitam. Kesemua warna ni habis selepas beberapa hari.

Menurut rakan dan customer saya mereka nampak rakan mereka memakai kasut ni semasa bercuti. Sebaik saja ada pelanggan saya balik bercuti, saya cuba contact beberapa orang untuk dapatkan komen mereka sendiri.

Dari komen mereka tu rata-rata mereka sangat berpuas hati . Ini antara sebabnya :

  • Kasut boot wanita ni jenis kalis ‘ water proof ‘ iaitu kalis air. Kalau kita pergi bercuti di tempat bersalji atau yang mengalami hujan insyaallah kasut kita tak basah. Material luar ni sama macam material winter coat baju sejuk jenis kalis air.
  • Tapak berlekuk-lecuk tak licin bila pijak salji. Ini penting sebab tapak getah ni tebal dan rekaan ni boleh di panggil sebagai ‘ anti-slid’ untuk elak kita terjatuh di tempat licin.
  • Tepi kiri kanan kasut ada getah pelaras untuk mudahkan kita adjust kasut semasa nak sarung.
  • Bahagian dalamnya tebal dengan lining. Jadi kita tak perlu nak pakai stokin tebal sangat atau banyak lapis.
  • Masa nak sarung kasut lebih pendek sebab kasut musim sejuk ni jenis tak bertali. Sarung dan jalan ! Kalau kasut bertali macam kasut sport tu silap silap kena tinggal bas sebab orang lain dah masuk bas kita masih terkial kial nak ikat tali kasut

Gambar Pelanggan Memakai Kasut Musim Sejuk Snowy

Jadi memandangkan Snowy Boot ni mendapat permintaan dari pelanggan, saya bercadang untuk ambil lebih banyak ready stock .Senang ambik banyak sikit sebab masa menunggu kalau stok habis lebih kurang 10-12 hari untuk sampai ke tangan saya.

Design kasut ni cantik dan nampak trendy. Tak kisah umur berapa boleh gayakan terutama yang dah berusia. Orang tua lagi malas nak pakai kasut bertali dan kurang sesuai dengan usia mereka.

Tengok 2 gambar pelanggan yang dah pakai kasut ni masa bercuti ke Kashmir dan Turki beberapa bulan lepas. Saya sendiri tak sabar nak pakai untuk trip akan datang.

Tips Memilih Kasut Musim Sejuk Snowy

Untuk yang suka dengan kasut ni atau bercadang nak pakai untuk diri sendiri atau nak hadiahkan pada emak masing-masing ( emak-emak sekarang suka travel ke Turki dengan rombongan ) ni ada beberapa lagi maklumat untuk anda.

  • Ada 3 warna asas yang senang nak sesuaikan dengan penampilan anda iaitu Meroon, Hitam dan Coklat
  • Saiz dari 36 – 41 atau pun saiz 5, 6, 7, 8, 9, 10. Saiz kecil atau paling besar kena buat ‘ special order ‘
  • Ambil saiz satu atau 2 kali lebih besar. Bahagian dalam kasut ni tebal dengan lining fleece. Jadi bila pakai kasut dengan stokin kasut boot ni akan jadi ketat sikit. Panduan pilih saiz saya ada tulis di ruangan info produk.

Jadi jika anda bercadang nak cari kasut yang sesuai untuk musim sejuk untuk percutian musim sejuk akan datang, kasut travel ini antara yang saya rekemen. Pada post yang akan datang saya akan tunjukkan lagi beberapa pasang kasut boot yang lain yang sesuai untuk di pakai ketika musim sejuk.

Nak dapatkan lebih banyak info? Anda boleh terus ke kedai dalam talian saya di link yang saya berikan ini >>kasut musim sejuk snowy.

4 thoughts on “5 Sebab Snowy Boot Kasut Yang Sesuai Untuk Musim Sejuk”

  1. Saya suka snow boot klasik yang mempunyai lutut tinggi dan ia memang merupakan pilihan pertama bagi saya. Bila beli snow boot, saya memang akan pastikan boot itu sesuai dengan kaki saya dan rasa cocooning adalah sangat selesa sekali.

    1. Betul. High cut boot lebih bagus tetapi faktor harga dan availability boot yang berkualiti juga sangat penting sebab tidak semua orang mampu untuk beli boot yang high end.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!