baju-sejuk-wanita

5 Sebab Utama Baju Sejuk Wanita V05 Jadi Pilihan Ramai

5 tahun yang lalu saya pelik melihat rakan sepejabat saya yang berulang alik ke Australia setiap hujung tahun. Masuk sahaja cuti sekolah mesti meja rakan saya itu kosong sehingga bermingu-minggu. Sejak dari tahun lepas juga pula bila tiba bulan May saya dapati ramai pelanggan wanita yang menempah baju sejuk .

Destinasi mereka samada Australia atau New Zealand. Paling ramai ialah kaum wanita yang bergelar ibu. Rupanya mereka nak melawat anak yang belajar di sana . Jadi sebelum terbang , mendapatkan baju sejuk  yang bersesuaian dengan saiz mereka menjadi satu perkara yang agak meletihkan.

Bagaimanapun berdasarkan kepada pilihan dan cita rasa pelanggan samada secara offline mahupun online , saya dapati ada sepasang baju sejuk asas wanita yang sering menjadi pilihan mereka. Rata-rata mereka memilih design yang serupa terutama wanita plus size.

Baju sejuk wanita Code V05

baju-sejuk-wanita-code-v05

Ia merupakan baju sejuk perempuan yang biasa di panggil sebagai longjohn atau thermal wear. Ia bukanlah sehelai baju sejuk sahaja tetapi merupakan sepasang baju dan seluar . Pakaian ini di pakai sebagai lapisan pertama sebelum memakai baju biasa berserta pakaian yang lain.Baju musim sejuk ini kosong tidak bercorak dan tanpa renda-renda. Seluar di jahit dengan getah di sekeliling pinggang.

Baju sejuk perempuan ini saya borong dari China .Mungkin ada yang agak skeptikal dengan produk dari China sebagai produk yang tidak berkualiti. Bagaimana pun bila di fikirkan banyak saja barang dalam rumah kita berasal dari negara tersebut. Pakaian berjenama UNIQLO dari Jepun juga mendapatkan bekalan mereka dari kilang di China.

Mari lihat apa kelebihan dan kekurangan baju sejuk wanita code V05 ini.

1. Mudah pilih saiz yang sesuai

Banyak saiz bermakna mereka dapat memilih saiz yang bersesuaian.  Baju sejuk perempuan ini  mempunyai saiz comel ( petite ) hinggalah ke saiz besar ( plus size ).Saiz bermula dari XL sehingga 6XL .

Jangan salah faham bila melihat saiz XL itu besar kerana baju ini tidak standard. Saiz XL sebenarnya sesuai atau fit untuk badan orang Malaysia saiz S. Kaum wanita yang telah berkeluarga rata-rata memakai plus size 3- 5 XL.

Untuk mendapatkan pilihan yang lebih tepat, saiz cadangan di sertakan dalam keterangan produk. Saiz cadangan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan dari pelanggan perempuan yang telah menempah baju sejuk ini sebelum ini.

2.Rasa lebih hangat dan selesa dengan warna gelap

Baju musim sejuk wanita code V05 boleh di dapati dalam warna hitam dan warna ungu pekat sahaja.

Memakai baju warna gelap semasa musim sejuk secara am membuatkan kita rasa lebih hangat .Warna hitam secara teori merupakan penyerap dan pembebas haba yang paling baik. Bila di pakai ketika musim sejuk kita lebih rasa selesa berbanding memakai warna yang lebih cerah atau warna-warna sejuk.

Mungkin itulah agaknya saya perhatikan semasa di Europe rata-rata rakyat di sana tak kira lelaki atau wanita gemar memakai warna hitam. Jika cuaca di negara kita sekalipun memakai baju berwarna hitam akan menyebabkan kita cepat rasa panas berbanding memakai baju berwarna lembut betul tak ?

3.Fabrik luar dan dalam yang hangat

Fabrik yang di gunakan untuk baju sejuk ini memang selesa serta menghangatkan badan. Material dari campuran lycra serta jersey pada bahagian luar sangat lembut dan melekap bila di sarungkan ke badan. Bahagian dalam baju sejuk pula di alas dengan kain  fleece yang banyak di gunakan dalam pembuatan sweater.

Baju sejuk wanita V05 tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Baju sejuk tebal tidak bermakna ia akan memastikan badan kita panas dan baju yang nipis pula tidak semestinya tidak bagus. Ia banyak bergantung pada cara pemakaian yang betul.

4.Senang di susun dalam beg travel

Menyusun pakaian musim sejuk dalam beg travel kadangkala mengambil masa yang agak lama. Banyak masa menyusun dapat di jimatkan dengan membawa pakaian yang sederhana tebal tetapi mudah di lentur dengan tangan.

Berat sepasang baju sejuk ini dalam anggaran 400-500 gm dengan ketebalan yang sederhana. Oleh kerana material yang di gunakan sangat lembut serta mudah memeri, baju sejuk ini mudah di gulung untuk di susun ke dalam beg travel anda.

5.Suhu yang sesuai untuk baju sejuk ini

baju sejuk wanita kalis air

Perkara ini sebenarnya agak subjektif. Ia bergantung pada tahap ketahanan badan , destinasi percutian serta cara pemakaian yang betul. ‘ Real  feel ‘ juga mempengaruhi .Real feel bermakna rasa suhu yang sebenar walaupun angka yang di tunjukkan adalah lebih rendah.

Real feel ini di pengaruhi oleh faktor luar seperti sudut dari mana datangnya cahaya matahari, cuaca yang lembap serta kelajuan angin yang menambahkan lagi rasa sejuk.

Dari pengamatan saya sendiri musim sejuk di Eropah barat tidak sama dengan musim sejuk di Eropah utara . Begitu juga dengan musim sejuk di Korea dan Jepun yang pada pandangan saya lebih sejuk dari London dan Paris.  Ada negara yang musim sejuknya sentiasa di ikuti dengan hujan rintik-rintik  manakala di sesetengah negara ia hanya berangin.

Pengalaman saya  memakainya  semasa bercuti di musim sejuk di Korea tahun lepas dan di Tokyo January yang lalu memang memuaskan . Walaupun suhu sejuk ketika itu di antara 2 celcius  sehingga -11 celcius, alhamdulillah dengan memakai baju sejuk ini secara layering saya tetap rasa selesa.

jaket baju sejuk wanita berwarna hitam lebih hangat dari warna lembut

Saya sangat sarankan apabila bercuti di musim sejuk gunakanlah konsep ‘ layer by layer ‘. Mulakan dengan baju asas , baju biasa, sweater dan akhir sekali dengan winter jacket. Winter jacket boleh di tanggalkan jika anda berada di dalam bangunan atau bila suhu naik .

Pakailah seluar jeans yang lebih tebal untuk bahagian kaki atau bawa extra leg warmer dan hot pad yang boleh di tampal di dalam baju atau di bahagian kaki.

Ke mana pun ada pergi jika di musim sejuk bawalah bawalah baju asas extra untuk standby jika tiba-tiba suhu menurun akibat perubahan cuaca.

Cara penjagaan

Baju sejuk asas atau mana-mana pakaian musim sejuk pun memang agak remeh bila tiba masa untuk membasuhnya. Boleh saja menghantarnya ke dobi tetapi anda mungkin terpaksa membayar upah yang lebih mahal .

Di dalam artikel terdahulu  Cara Cuci Pakaian Musim Sejuk Tanpa Perlu Dobi ada saya tunjukkan caranya.

Sebaiknya baju sejuk V05 ini di cuci dengan tangan dan tidak di sental dengan kuat . Fabrik memeri seperti bergetah ini bila kita sental dengan kuat lambat laun akan menjadi longgar . Begitu juga jika mencucinya dengan menggunakan mesin basuh.

Jika nak cuci menggunakan mesin basuh juga saya cadangkan anda masukkan baju ke dalam beg berjaring yang halus . Set pada cucian paling perlahan supaya baju tak mudah rosak bila di tarik-tarik akibat aktiviti pencucian mesin basuh tadi.

Bagaimana dengan harga ?

Harga baju sejuk ini  adalah setanding dengan kualitinya. Ia bukan baju sejuk murah dan tidak terlalu mahal. Saiz XL sehingga 2XL berharga RM 109  manakalai saiz 3XL – 6XL hanyalah RM 119 sahaja. Menariknya untuk mana-mana  tempahan melebihi RM 50 dalam satu penghantaran, kos penghantaran adalah percuma .

Kesimpulannya baju sejuk wanita code V05 ini menepati cita rasa ramai golongan wanita yang mahu menikmati percutian musim sejuk yang lebih selesa. Material melekap dan hangat di badan, pilihan saiz yang banyak, mudah di susun atau di gulung dalam beg menjadikan ia produk ‘ must have item ‘ sebelum bercuti.

Jika anda bercadang untuk bercuti di musim sejuk tidak lama lagi  miliki baju sejuk wanita V05 melalui kedai dalam talian kami di pakaianmusimsejuk.com dan klik menu ‘ thermal wear ‘.

 

12 thoughts on “5 Sebab Utama Baju Sejuk Wanita V05 Jadi Pilihan Ramai”

    1. Jeans selalunya kainnya keras. Cari yang lembut tapi tebal. Paling bagus yang dalam jeans tu ada fleece lined jadi tak tersangkut-sangkut bila nak buka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!