
Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu lepas saya menempah tiket promo Airasia yang terbaru. Promo free seat untuk members di buka mulai pukul 12 malam pada 11 March selama 24 jam.
Fuh ! Penat sungguh dan dengan penuh debaran kerana saya terlepas tarikh tiket Free Seat tu. Sepatutnya saya buka web Airasia tengah malam 11 Mac tetapi tertidur dan hanya terbangun dekat pukul 4.40 pagi 12 Mac.
Oleh kerana dah terlewat beberapa jam masa nilah macam-macam masalah timbul . Faham-faham sajalah bila tiket promo Airasia ni web mereka selalu jem .Masa ni jugaklah saya baru terkial-kial nak tambah nama kawan saya dengan anaknya yang nak ikut sekali .
Baca : 7 Tips Mudah Merebut Tiket Tambang Murah Airasia
Akhirnya setelah bertarung dengan penumpang lain yang sama-sama buat ticket hunting malam tu dapatlah jugak tiket pergi balik ke Tokyo 5 Pax pada harga RM 923 seorang.
Mahal ? Tiket ke Tokyo memang lebih mahal dari daerah lain di Jepun. Bajet saya RM 1000 sebab paling murah tiket yang di pamirkan sebelum promo di laman web Airasia dalam anggaran RM 700++.
Jadi terlebih sedikit dari harga yang saya dah target.Tiket ke Kansai lebih murah. Bagaimanapun saya bercadang ke area Kansai pada musim luruh atau musim bunga pada trip akan datang.
Jadi oleh kerana ada sebab saya terlepas tiket yang saya inginkan hari tu saya kongsikan beberapa tips tambahan yang perlu kita lakukan supaya dapat merebut tiket promo apabila di lancarkan .
5 Tips ekstra menempah tiket promo Airasia
1.Kemas kini nama senarai penumpang yang akan bersama anda.
Sebelum tarikh promo masukkan butir butir nama ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang bakal terbang bersama kita. Kalau tak ada passport pun tak apa sebab masa nak buat check in nanti baru butir-butir passport di perlukan . Pastikan ejaan nama dan tarikh lahir sama seperti dalam kad pengenalan.
Tujuannya untuk mengelakkan kita tersalah taip ejaan nama mereka. Kalau masa tu baru nak isi nama dengan tarikh lahir memang akan makan masa ketika promo berlangsung. Setiap kali kita update nama dalam web akan ambil masa dalam 3-4 minit. Kalau banyak nama apa macam ?
Tak tahulah masa tu berapa juta orang sedang memasuki laman web Airasia . Jadi boleh bayangkan betapa sesaknya server mereka masa tu .
2.Semak tarikh dan destinasi semula.

Kadangkala tiket dan tarikh yang kita nak mungkin ketika tu dah habis. Jadi ada kemungkinan kita mungkin akan tukar tarikh dan mungkin juga destinasi lain.
Bila setiap kali kita tukar dan klik ‘edit’ kita akan di bawa ke laman sebelumnya. Sebagai contoh jika sebelum itu kita letak tarikh 22hb December ke Seoul mungkin tarikh tu tiket kurang cantik.
Kita mungkin akan tukar pada tarikh lain dan destinasi yang lain. Jika kita tak semak semula kemungkinan besar lain tempat kita nak pergi lain pula tempat yang kita bakal sampai. Ada juga yang terlampau excited sampai tak perasan beli tiket waktu tarikh yang sensitif seperti masa nak raya atau masa bulan puasa ha ha.
Jadi jangan terlupa semak tarikh dan destinasi sebelum membuat pembayaran.
3.Beli tiket sahaja dahulu.

Semasa promo berlangsung kita perlu beli tiket sahaja dahulu. Adds on seperti insuran, makanan , bagasi semua boleh di lakukan pada waktu lain.
Jangan buang masa nak beli benda-benda ni sebab jumlah bayaran akan meningkat dan kita mungkin terkira-kira jumlah yang kita nak bayar .
Tinggalkan sahaja kerana yang lebih penting masa tu adalah dapatkan tiket yang berada dalam bajet kita.
Tapi kalau sebelum tu kita memang dah buat bajet yang lengkap boleh masukkan terus adds on tadi kerana harga seperti bagasi ketika mula-mula kita beli tiket lebih murah dari semasa kita buat adds on.
4. Tips khas untuk penumpang kanak-kanak berumur 12 tahun.

Inilah penyebab saya terlepas tiket yang saya nak hari tu. Jika bawa kanak kanak yang berusia 12 tahun saya ada tips khas.
Perhatikan umur anak semasa tarikh yang anda pilih. Sebagai contoh tarikh lahir anak saya genap umur 12 tahun pada 20 Julai 2017.Tarikh saya pilih untuk travel 5 December 2017 .Anak saya dah di kira 12 tahun 5 bulan jika nak travel ikut tarikh tu.
Sewaktu nak tambah sebagai penumpang terakhir nama anak saya tak ada dalam senarai penumpang kanak-kanak. Malah dalam senarai penumpang dewasa pun tak ada !
Puas saya fikir nak buat macam mana sambil kemas kini tapi setiap kali saya nak finalize masih tak lepas. Hanya ada remarks mengatakan’ kanak-kanak di kira dari usia 2-11 tahun’.
Bil dah penat tangan saya gatal saja-saja cuba key in nama anak saya dan tiba-tiba saja sistem terima .
Rupanya memang kalau kanak-kanak dah genap umur 12 tahun kita kena key in nama mereka semula. Nama mereka tidak akan keluar sebagai penumpang kanak-kanak mahupun penumpang dewasa.
5.Semak tiket sehala di incognito tab.
Kadangkala tiket sehala lebih murah dari tiket 2 hala. Untuk periksa harga tiket cuba buka incognito tab dan cuba masukkan tarikh sehala yang di ingini.
Melalui incognito tab kita boleh tengok terus dan bandingkan harga tarikh sehala dengan tiket pergi balik.
Jila lebih murah kita boleh buat terus tempahan dari menggunkan satu tab browser. Ini lebih cepat dari kita asyik menukar tarikh di browser asal.
Kesimpulannya untuk dapatkan tiket promo airasia ni ada strateginya. Jika kita bernasib baik dan dapat merebut tiket promo pada masa ia di lancarkan penjimatan kita sangatlah banyak. Bajet selebihnya dapatlah kita bayar adds on seperti prebook meal serta bagasi.
Jika tak buat begini agak sukar juga untuk travel lebih-lebih lagi bila anak dah pandai naik ikut.
PS: Ada tak yang dapat tiket free seat baru- baru ni? Jika dapat ke destinasi mana dan berapa harga terendah yang anda dapat ?
Belum pernah tempah tiket kapal terbang, ada pun bos buatkan 🙂
Mudah je kalau semua nama dah update dalam tu. Cuma loading time tu masa promo server sesak.
satu panduan yang bagus dan berharap boleh digunakan sebagai rujukan pada masa yang akan datang
Hero Borneo recently posted…Pendaftaran Tahun Satu 2018 Sk Dato Mohd Musa Kota Samarahan
Dah tau tip dan trik mudah sikitkan ?
Tak pernah lagi travel naik flight.. lepas ni blh la alert bila ada promo dari air asia.. blh la set family trip nanti..
Kena tunggu time promo atau beli awal-awal tahun sebab awal tahun pun ada yang murah-murah returned ticket
Selalu terlepas ..huhuhu..
Tak perasan lak pasal promo ni rugi tak online aritu
ala sayangnya, elok subscribe email airlines ni. biasa diorg emel dulu kat subscribers sblm promote pada orang ramai
raihanah recently posted…Cyst Dalam Buah Pinggang
Subscribe dulu nanti kita akan dapat priority bila ada promo.
saya nak beli hari tu, tapi tangguhkan sebab sale tak termasuk masa hari cuti sekolah. suami cikgu, jadi nak taknak terpaksa pilih time cuti sekolah
Baguslah tu time cuti sekolah. Ada tiket yang travel sampai bulan mei tahun depan tak silap.
Hebat perkongsian tentang tiket promo ini. Tidak ramai yang berkongsi. Sekarang saya sudah tahu cara yabf betul untuk buat tempahan tiket. terima kasih.
Moga bermanafaat ye
Memang tak pernah beli tiket promosi langsung ni. Dengan adanya tips ni sedikit sebanyak tahu juga lah nak buat bila nak grab tiket promosi nanti