
Baru 27 December balik dari Seoul dan 13 January ni saya nak ke Tokyo pula. Alang alang dapat tiket promo MAS dengan harga RM 162.90 One Way saya gamble beli je. Jadi pergi atau tak belakang kira sebab anak dah masuk sekolah ni payah sikit nak berjalan.
Hari tu masa di Seoul saya hanya bawa 3 helai mafla atau skaf musim sejuk.2 jenis loope iaitu yang terus sahaja sarung ke leher dan 1 lagi jenis loose yang perlu di lilit. Untuk anak age 11 dia pilih jenis loope sebab bahagian luar macam rabbit fur yang sangat lembut dan gebu. Cuma kekurangannya ia tak boleh di adjust.
Masa saya singgah di Itaewon nak survey iphone 2nd hand ( tu je yang saya mampu ) suhu kat sana masyaallah -2 celcius terasa sejuk betul. Ikut pengalaman saya lebih teruk dari masa kat Europe. Ketika di Namsan Tower pun waktu nak balik anak kawan saya dah menangis sebab dia rasa dah tak selesa sangat walaupun dah biasa travel waktu winter. Sarung tangan pun kena pakai 2 pasang sebab dah rasa macam jari kena gigit .
Anak saya yang kecik tak nak pakai muffler jenis loope yang dia bawa sendiri sebab tak boleh di tarik ke atas. Di sebabkan saya rasa selesa cuma sejuk di bahagian jari je saya sarungkan muffler saya pada dia. Sampai sudah muffler tu dia pakai sepanjang 7 hari di sana.
Bila terkena masalah sejuk melampau ni maka skaf jenis boleh lilit dan tebal ni sangat berguna. Ramai juga yang kadang kadang malas nak bawa mafla jenis tebal sebab leceh nak sumbat dalam beg travel . Saya pun macam tu juga sebab nak jimat ruang dalam beg. Kalau bawa pun selalunya yang jenis yang nipis sikit dan tak makan ruang.

Suhu di Seoul tidak sesejuk suhu di Itaewon. Mungkin sebab Itaewon kawasannya agak berbukit dan meninggi berbanding Seoul yang lebih lapang . Jadi bila kita berada di tempat yang suhunya lebih rendah saya kongsikan beberapa ekstra tips bercuti di musim sejuk yang boleh di guna pakai sebagai tambahan :
1.Kalau malas pakai sweater sebelum pakai winter coat, pakai inner yang lebih tebal. Ataupun pakai inner yang nipis tapi 2 helai. Salah satu cara ni memang selesa sebab saya ke Itaewon 3 kali masa tu dan badan rasa selesa.
2.Beri perhatian lebih pada kaki sebab kaki tak ada jaket nak lindung dari terdedah.Pakai 2 lapis leg warmer kalau jenis yang nipis atau sehelai tapi tebal. Saya bukan suka pakai leg warmer tebal sebab leceh nak sarung jeans lepas tu.
3.Pakai muffler jenis boleh di lilit dan lebuh baik jenis yang tebal sikit. Elok mafla panjang 2 metre atau lebih sebab boleh likit lebih di bahagian leher.Mafla panjang boleh di tarik untuk tutup muka dan tarik ke paras hidung bila suhu semakin rendah.
4.Standby extra glove atau beli siap siap hand warmer atau hot pack. Saya hari tu hot pack tak ada stock dan tak teringat pulak nak beli sebelum . Di kedai jual handphone 2ndhand ada saya nampak hot pack untuk jari tapi bila sibuk pilih handphone langsung lupa he he.
Oh ya, kedai handphone 2nd hand di Itaewon banyak. Student Malaysia yang saya kenal study di Seoul tolong bawa saya survey . Rata rata handphone kualiti tip top dan nampak berkilat kilat. Kalau beli siap dengan aksesori dan kotak macam beli handphone baru. Sempat saya rembat Iphone 5 yang 64GB dengan Galaxy Note 4 yang besar sikit.
5.Kalau travel pakai kasut sport atau sneakers pakai stokin jenis bahagian dalam ada wool tebal. Tak kira original wool atau imitation wool sebab masa saya pakai stokin yang imitation wool dengan sport shoes tu memang tak rasa sejuk.
Saya sendiri pun kena jimat juga walaupun jual barang winter hu hu .Ingat masa di Amsterdam tapak kaki rasa beku walaupun beli stokin winter dekat kedai outlet di Malaysia yang branded.Anak saya bawa boot yang ala ala ugg boot tu pakai stokin jenis nipis sikit. Memang katanya tak rasa sejuk sebab ada imitation wool yg tebal di bahagian dalam.
So kalau boot ada lining tebal dgn wool, stokin winter yang nipis sikit pun dah ok. Kalau dua dua tebal kasut pulak jadi sempitkan?
Baca : Percutian Di Musim Sejuk – 5 Tips Memilih Winter Boot
6.Standby rain coat atau payung. Dah biasa kena hujan masa backpack saya sentiasa bawa disposable rain coat masa di South Korea.

Kalau jaket bukan waterproof dan leceh nak pegang payung pakai je rain coat tu. Beli yang RM 5 kat Watson atau Seven E pun dah ok. Lepas tu nak campak pun tak pe.Tapi sayang pulak nak buang lalu lipat kecik kecik sumbat dalam beg sebab rain coat jenis ringan dan nipis banyak gunanya.
Begitulah lebih kurang sedikit tips bercuti di musim sejuk bila suhu semakin rendah. Kalau kali pertama pergi janganlah pandang remeh sebab cuaca bukan kerja kita. Sentiasa bersedia lebih baik kerana harga pakaian musim sejuk di Seoul pada saya agak mahal.
Harga pakaian musim sejuk di Europe lebih murah dari di Seoul. Mungkin sebab currency kita rendah dan saya dah biasa beli stok dengan harga ok dengan supplier.
PS: Rasa nak pergi South Korea time autumn pulak lepas ni. Subway pada saya first class dan harap Malaysia tirulah sistem pengangkutan subway yang efisen ni. Betul tak?
Hasrat untuk melancong sentiasa membuak buak tapi apakan daya, dulu kursus luar negara kompeni tanggung sekarang nak pegi sendiri kena fikir 10 kali, komitment pada famili terlalu tinggi wakaka padan muka….
Boleh je tapi planningnya lama sikit sebab bajet mesti mau keluar duit sendiri.
Saya pernah juga travel kat europe time winter! memang enjoy, cool and fun, kalau nk travel time summer baik pegi KL je ke Penang ke.. tapi sekarang dh tak ada dh…. anak-anak dah ramai susah sikit.
teringat lagi pengalamn pertama kali travel waktu musim sejuk kat perth tahun lepas. konfiden je pakai heattech dengan sweater. glove xde, mafla xde, stokin nipis. end up kesejukkan yang amat sangat sebab kalah dengan angin.
lepastu lesson learned, pergi tokyo musim sejuk, prepare semua sekali. alhamdulillah, berjalan lancar trip tu
Itu yang saya risau kalau orang pertama kali pergi tak nak pakai yang lengkap. Memang kita akan kalah dengan angin dekat sana. Boleh bergoyang kaki sekali angin bertiupkan ?
baju tebal kat malaysia ni agak mahal..
jemput baca: Belajar Buat Blog
nikkhazami recently posted…Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
murahnya tiket tu kak. dari malaysia ke rm16+ tu? atau dari jepun?
iphone murah ke kat sna?
Memang murah.Dari KL ke Tokyo. Balik naik Airasia RM 385 tak silap.Mahal sikit la tapi within budget. Iphone dan samsung 2nd banyak dan cantik cantik condition.
Risau pulak melancong waktu musim sejuk, kemudian bila sampai-sampai je terus demam 🙁
itulah, kalau bawa bayi dan kanak2 kena extra precaution
Demam tu yang tak best bila travel ni.