sakit telinga dalam kapal terbang

7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang

sakit telinga dalam kapal terbang
sakit telinga dalam kapal terbang – Foto kredit blog.klm.com

7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang | Minggu ni saya terbaca tentang kes yang agak viral di facebook tentang anak seorang penumpang yang menangis ketika kapal terbang baru berlepas atau take off. Selepas itu elok pula jiran saya beritahu cucunya menangis lama semasa kapal terbang nak mula mendarat  sewaktu nak balik dari bercuti dari Pulau Perhentian sampai bapanya naik angin .

Hmm. Oleh kerana kita bawa kanak kanak ketika berjalan eloklah kita ketahui serba sedikit punca kenapa tiba tiba kanak kanak boleh menangis tiba-tiba jika sedang berada dalam kapal terbang. Kalau tidak boleh spoil cuti kita dek kerana  kelam kabut dan rasa malu pada penumpang lain sedangkan ia boleh di atasi jika kita tahu puncanya.

Kenapa telinga rasa sakit semasa kapal terbang berlepas ?

Sebelum kita menaiki kapal terbang tekanan udara di luar adalah berbeza. Bila kita menaiki kapal terbang akan berlaku  ketidakseimbangan perubahan tekanan udara  menyebabkan gangguan pada telinga.

Kita akan merasa perbezaan tekanan ini semasa kapal terbang mula  melakukan take off iaitu  pada  altitud tinggi . Begitu juga ketika kapal terbang mula mahu mendarat atau  melakukan touch down . Ketidakseimbangan tekanan udara juga berlaku jika kita menyelam di dasar laut.

Apabila berlakunya tekanan udara yang tak seimbangan ini ada antara kita yang akan rasa telinga mereka  seperti berdengung . Ada juga terasa telinga seperti berbunyi seperti pop ( saya pernah alami ) , rasa loya dan pening  dan yang paling teruk bila ada yang terasa seperti lubang telinga di cucuk benda tajam.

Jika anda sedang megalami selsema atau hidung anda tersumbat sebelum menaiki kapalterbang , rasa sakit telinga dalam kapal terbang ini juga boleh berlaku.

7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang

Tidak kira samada orang dewasa atau kanak kanak, masalah sakit telinga dalam kapal terbang ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Orang yang selalu naik kapal terbang juga tidak terkecuali .  Jika berlaku pada bayi atau kanak kanak yang belum berakal mereka akan menangis kesakitan tanpa kita mungkin tak ketahui puncanya.

Kita sendiri mungkin hilang sabar atau malu pada penumpang lain akibat kelakuan anak kita yang tiba-tiba jadi begitu .Ketika inilah sebenarnya cabaran membawa kanak-kanak bercuti dan terpaksa menaiki kapal terbang pula .

Jadi apa yang boleh kita lakukan jika perkara ini terjadi pada anak kita atau diri kita sendiri ? Berikut beberapa langkah yang boleh di cuba :

earmuff untuk atasi sakit telinga dalam kapal terbang
earmuff untuk atasi sakit telinga dalam kapal terbang – foto kredit etsy.com

1. Jika anda bawa bayi ketika kapal terbang mahu berlepas atau take off jangan tidurkan bayi tapi susukan  atau berikan mereka minum air sikit-sikit sehingga kapal terbang berada dalam paras yang lebih stabil.

2. Jika bayi anda menghisap puting atau pacifier, masukkan dalam mulutnya . Atau beli satu dan simpan dalam handbag sebagai persediaan walaupun bayi anda tidak menghisap pacifier sebagai langkah berjaga-jaga.

3.Jika tiada air lansung ketika itu, cuba kumpulkan air liur di dalam mulut dan telan air liur supaya tekak tidak kering dan tekanan itu jadi seimbang.

4. Kunyah sesuatu seperti biskut atau roti atau kumam gula gula di dalam mulut sepanjang kapal terbang mahu berlepas.

makan gula gula ketika dalam kapal terbang
makan gula gula ketika dalam kapal terbang

5. Tutup telinga dengan penutup telinga seperti earmuff atau earphone. Saya tak pernah cuba kaedah ni. Mungkin menggunakan earmuff yang selalunya di gunakan sewaktu bercuti di musim sejuk boleh di cuba selepas ini untuk mengetahui keberkesanannya ( nanti saya pasarkan dalam kedai online saya ye hu hu )

6. Minta air panas 2 gelas dari pramugari atau pramugara yang sedang bertugas dan masukkan tisu ke dalam gelas tersebut sehingga tisu itu di serap dan kelihatan berwap. Pekap telinga kiri dan kanan dengan gelas untuk memecahkan tekanan udara yang tersumbat tadi. Jika tiada tisu boleh masukkan kertas atau sapu tangan ke dalam gelas tadi asalkan air tadi dapat di serap.

7.Jika sudah kesemua cara tadi tidak dapat di lakukan, picit lubang hidung dan tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan nafas dengan keadaaan lubang hidung tadi masih tertutup untuk menyimbangkan tekanan udara yang berlaku.

Ada kaedah di atas yang mungkin sesuai dengan orang lain dan ada yang mungkin kurang sesuai bergantung pada tahap tekanan tersebut kepada kita. Anak saya sendiri pernah menghadapi rasa sakit di telinga dalam kapal terbang ini dan memberitahu telinganya seperti di cucuk benda tajam.

Barulah saya perasan ketika dalam penerbangan pulang dari bercuti ke Amsterdam dulu memang telinga saya rasa berdengung . Kebetulan rakan saya ketika itu menghulurkan gula-gula pada saya . Saya ambil dan kunyah gula gula tersebut tanpa mengetahui ia adalah kaedah yang membantu rasa tekanan itu hilang.

Alhamdulillah sekarang baru saya tahu menguyah gula-gula atau mengumam sesuatu di dalam mulut ketika kapal terbang mahu berlepas adalah sangat efektif.  Jadi selepas ini jika ada sesiapa yang mengalami masalah sakit telinga dalam kapal terbang bolehlah mencuba langkah yang sama .

PS: Siapa pernah alami situasi ini semasa dalam kapal terbang dan apa yang anda lakukan ketika itu ?

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

46 thoughts on “7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang”

  1. WAHHH,, GOOD TIPS.. NEXT MONTH 1ST TIME NAK BAWA BABY BERCUTI. AGAK RISAU GAK TAKUT DIA MENANGIS SEPERTI ABANG NYA DULU. MAYBE DULU ABANGNYA MENANGIS SEBAB KEADAAN TELINGA DIA TAK SELESA KOT…. SO SAYA AKAN GUNA TIPS AKAK NI UTK BAWA ANAK TRAVEL KALI KEDUA DGN FLIGHT.. HARAP2 ANAK SAYA TAK MENANGIS LAGI KAN… INSYA ALLAH… AMINNN…

  2. Dulu telinga saya selalu bengang ketika menaiki kapal terbang, rasa bengang itu agak lama sehingga sehari dua. Saya dah puas telan air liur tetapi ia tetap bengang. Bukan sahaja naik kapal terbang, tetapi naik lif pun telinga saya bengang. Tapi syukur sekarang telinga saya tak bengang lagi, ia hilang dengan sendiri, tak tahu kenapa.

    Semasa saya bawa baby saya yang berusia 3 bulan menaiki kapal terbang yang jauh perjalanannya iaitu 24 jam, dari Malaysia ke Amerika, anak saya tak berhenti-henti menangis. Saya berikan dia puting, tetapi dia tetap menangis.

    1. Banyak pengalaman prof Naramas Aman yang selalu travel. Tension jugak kalau anak nangis tak henti-henti. Anak saya yang paling kecik dulu steady aje pulak dia masa dalam flight.

  3. Terima kasih informasinya , 😉 jujur cakap selama hidup 19 tahun ni tak pernah sekalipun naik kapal terbang 😛 melancong di indonesia pun naik feri je :'( tapi dengan ilmu yang diberi insha Allah kalau nanti naik kapal terbang kot2 sakit telinga leh terpakai ehehe

  4. Pernah alami kisah anak menangis kerana tekanan dalam telinga jugak. Kebanyakan tips ni memang saya dah cuba dan berkesan. Sebab saya pun pernah mengalami tekanan yg teruk dan berlanjutan 2-3 hari kerana demam selesema. Akibatnya bila turun flight, saya tidak dpt mendengar dengan baik. So saya amat kasihan kalau anak2 kena hadapi benda ni.
    Aishah recently posted…Bagaimana Saya Guna Internet untuk Membina BisnesMy Profile

    1. Jiran saya tu pun flight domestik je. Tak kira masa kot kalau nak kena tak kira doemstik ke tidak asal naik kapalterbang. Salam Ramadhan juga Raihanah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!