7 Makanan Popular Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Compare hotel prices and find the best deal - www.hotelscombined.com

makanan sewaktu bercuti

Makanan halal adalah satu yang perlu kita fikirkan sewaktu melancong terutama jika ke luar negara. Mana nak beli , halal ke tak sebelum makan kena di ambil kira sebelum mula pack barang-barang .

Paling mudah bawa sedikit bekalan jika negara yang kita lawati negara barat yang rata-rata makan keju he he.Roti mereka pun belum tentu halal lagi jika kita tak tengok dan baca di plastik roti tu.

Jadi paling mudah dan kalau kita bercuti agak lama katalah dalam 2 minggu, periuk nasi eletrik saiz kecil adalah berbaloi untuk di bawa. Biarlah waktu beg anda di scan pegawai immigration nampak bentuk periuk dalam beg he he. Mereka dah biasa sangat dengan benda-benda macam ni.

Contohnya sewaktu saya dan kawan berdua je buat trip ke Europe dulu selama 2 minggu ,memang periuk nasi tu berguna .Sebelum keluar berjalan kami breakfast dengan nasi dulu breakfast hotel kami pack masuk dalam bag untuk cover perut sewaktu berjalan.Beras bawa 1 kg dulu untuk reserve sewaktu sampai di sana.

Okay, makanan lain yang kami bawa :

1. Sardin

Ini mesti sebab sardin ni kita boleh makan tanpa perlu di masak. Senang aje caranya. Sumbat la sikit dalam bag tu cili api, bawang dan limau sorok-sorok dalam beg.Sampai sana dah masuk bawang dengan cili tu perah limau nipis tu dalam sardin tu. Tak rasa dan bau hanyir pun. Memang enak lebih-lebih lagi kalau ada tomato ceri sekali.

2. Pek Brahim

Panaskan  atau tuang air panas dalam bekas dan rendam pek tu.Ada pek yang kena panaskan dalam periuk , ada jenis yang boleh terus di makan. Bawakla mana yang patut ye.

3.Milo

Milo jenis 3 In 1  atau yang sewaktu dengannya . Tak perlu bawa gula cuma milo  bawa yang terus boleh terus di minum setelah di tuang dalam air panas. Selalu jumpa kat hospital milo jenis macam ni lah.

4.Sup cendawan ni sedap di buat minum petang atau time breakfast. Tuang air panas dah siap. Boleh cecah dengan roti kalau nak rasa lgi kenyang. Dalam satu kotak mushroom soup ini ada 3 pek ye.Harga pun bawah RM 5 tk silap dan setiap pek dah di bungkus asing-asing.

5.Kurma

Bawalah sekotak kurma terutama kalau melancong waktu musim sejuk. Makan waktu breakfast dan simpan dalam bag . Sambil berjalan lapar boleh makan sementara jumpa kedai makan.

6.Sambal Goreng Ikan Bilis

Ini memang satu kemestian buat saya sebab sambal ni tahan lama dan memang sambil ni akan habis dulu. Buat kering-kering dan pek dalam plastik kecik-kecik ( agak-agak sorang makan ). Jadi bila time makan buang aje plastik tu .Tak perlu bawak tupper ware sebab kita nak berjalan nak ringan beg .

7. Maggie Mee

Rasannya inilah makanan yang saya bawa semasa backpack 2 minggu dulu. Memang berbaloi sebab makanan di luar negara tak semua tempat ada yang halal. Nak selamat dari kelaparan silalah bawa sendiri ye. Tak perlu bawak banyak sangat agak-agakla juga sebab sesekali travel di negara orang nak juga rasa makanan di negara mereka betul tak ?

photo credit: caitlinswan

4 thoughts on “7 Makanan Popular Sebelum Melancong Ke Luar Negara”

  1. Saya ingin mencadangkan tambahan makanan yang boleh di bawa untuk melancong ialah daging dendeng. Hanya RM 8 sahaja. Dengan rasa yang sedap in syaa allah..mudah dikenakan dengan pelbagai makanan seperti nasi,roti,biskut dan pulut. Hubungi saya 0177437724

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!