Adakah Bagasi Kabin Airasia 7 Kg Percuma Mencukupi ?

Pastikan saiz bagasi kabin menepati spesifikasi bagasi yang di tetapkan
Pastikan saiz bagasi kabin menepati spesifikasi bagasi yang di tetapkan

Berapa minggu lepas agak kecoh di facebook tentang penguatkuasaan  bagasi kabin di dalam flight Airasia. Saya membaca juga komen komen luahan rasa traveller sambil memerhati jawapan mereka. Ada yang ok dan ada yang tak ok.

Mana nak yang murah semua termasuk tak payah bayar checked in baggage tu mestilah kata tak ok. Yang suka rules tu di kuatkuasakan macam saya mestilah  kata bagus he he .

Saya pun suka kalau dapat semua murah tapi janganlah kita jadi orang yang mementingkan diri sendiri sebab setiap peraturan tu ada sebabnya.

Baca : 7 Tips Mudah Merebut Tiket Tambang Murah Airasia

Peraturan tu pun sebenarnya standard je dan memang dari dulu lagi dah di tetapkan. Cuma ramai yang ambil kesempatan .

Untuk yang pertama kali naik flight mungkin ada yang tak faham dengan peraturan ni. Hari ni saya kongsi sikit mana tau ada manafaatnya .

Apa dia bagasi kabin ?

Bagasi kabin airasia- contoh yang di benarkan
Bagasi kabin airasia- contoh yang di benarkan

Bagasi kabin  adalah beg atau dalam bahasa formalnya bagasi yang di bawa masuk ke dalam kabin atau tempat duduk penumpang. Selalu kita kata ‘ handcarry’ kalau berbual  dengan orang.

Beg ini bila di bawa ke atas kita boleh letakkan di atas ruang simpanan beg yang terletak di atas kepala atau kita kena letak di bawah tempat duduk penumpang depan kita.

Bagi bagasi kabin  Airasia kita cuma di benarkan membawa satu  kabin bagasi sahaja dengan muatan tidak melebihi 7 kg. Bagaimanapun ada kelonggaran di situ di mana kita juga boleh bawa beg yang lebih kecil seperti beg laptop atau beg shopping.

Kalau kita bawa 2 beg ni jumlah berat yang di benarkan cuma 7 kg sahaja untuk kedua-dua beg. Bukan 14 kg ye . Jadi pastikan kedua-dua beg ini cuma 7 kg sahaja .

Saiz bagasi kabin ikut spesifikasi

 

kabin bagasi airasia mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan.
kabin bagasi airasia mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

Selain dari berat yang di tetapkan saiz beg juga mestilah ikut spesifikasi yang telah di tetapkan. Lain syarikat penerbangan lain spesifikasinya. Untuk spesifikasi kabin bagasi  Airasia  ia  berdasarkan kepada  panjang , lebar dan ketebalan beg dengan ukuran 56 cm x 36 cm x 23 cm.

Jika saiz beg anda lebih maka lebih baik anda terus daftarkan sebagai ‘ checked baggage ‘untuk mengelakkan di kenakan penalti.

Kalau dekat airport ada di sediakan ruang khas untuk kita semak saiz beg . Hanya masukkan beg dan tengok kalau boleh masuk maknanya kita dah ikut syarat mereka.

Boleh rujuk di laman web Airasia kalau rasa tak berapa faham.

Bagaimana kalau bawa lebih dari 7 kg ?

Elakkan di kenakan penalti
Elakkan di kenakan penalti

Itu terserah pada nasib kita . Kalau terlebih sikit dan staff yang menjaga di barisan ketika itu lepaskan kita maka kita bernasib baik. Kalau staf yang strict maka kita mungkin terpaksa kena bayar penalti.

Rasanya sekarang ada kaunter khas untuk bayaran  penalti sebab ramai yang ambil kesempatan . Jika kita menempah bagasi bayaran untuk tempahan secara online adalah lebih murah berbanding di kaunter.

Jika tak ada penimbang nak pastikan berat beg sekarang ada penimbang digital yang boleh kita timbang sendiri. Tak mahal dalam RM 20 sahaja tak silap saya.

Lagi satu penalti lebihan bagasi jika kita di kenakan ketika di bahagian pintu pelepasan bayarannya sangatlah mahal. Adalah lebih baik membayar harga yang lebih murah dari di kenakan penalti dari  berkira-kira berdoa mengharapkan nasib menyebelahi kita.

Adakah 7 kg percuma bagasi kabin Airasia  mencukupi  ?

Lain orang lain pandangannya. Pada saya yang selalu bawa satu bagasi kabin dengan saiz lebih kurang beg sekolah anak sudah lebih dari cukup. Hanya bawa yang perlu sahaja.

Kebiasaannya apa yang ada dalam beg tu adalah pakaian basic termasuk jaket yang mesti ada bila dah sampai airport , handphone serta aksesori, buku nota, pen serta fail itinerary .

Kesemua ni tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.

Berat dan saiz beg ni memudahkan saya menyimpan beg di ruang simpanan di bahagian atas kepala atau di letakkan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Ikutlah peraturan ini supaya perjalanan kita lancar dan dalam masa yang sama kita juga tak menyusahkan orang lain.

Ruang simpanan bagasi ni juga di gunakan oleh penumpang lain yang sama sama bayar tiket.

Jangan di sebabkan kita , hak orang lain kita  nafikan.

PS: Apa komen anda tentang penguatkuasaan rules ini ? Suka atau tak suka?

 

 

15 thoughts on “Adakah Bagasi Kabin Airasia 7 Kg Percuma Mencukupi ?”

    1. Nurul, untuk kabin atau luggage bawa ke atas tak perlu bayar. Yang bayar untuk baggage yang kita nak bawa lebih dari 7kg. 7kg tu free untuk bawa barang naik ke atas tapi ada bilangan beg dan specs beg yang dah di tetapkan.

  1. Kalau bag kita tepat 7 kg tapi taknak masuk dlm kabin, nak masuk dalam kargo boleh ke? Perlu bayar untuk daftar masuk bagasi juga ke?

  2. Assalam sis , sy masih noob pasal flight ni ,, kalau misalnye sy dah beli checked baggage tu ,, beg sy boleh bawa masuk cabin atau tak ye ? Atau misalnye tak boleh masuk cabin harus masuk dalam cargo , ada limit x berapa biji bag yg boleh dibawa ? Sbb dah beli baggage 20kg , terima kasih sis

    1. Wsalam. Kalau dah beli 20 kg sumbat je habiskan 20 kg tu. Yang 7kg tu untuk bawa naik kat tempat duduk. Maximum 2 beg je dengan jumlah berat untuk kedua- dua beg 7 kg sahaja. Tapi beg yang bawa naik ke tempat duduk ada ukuran yang di tetapkan.

  3. Air asia bawa beg berat 2kg kena bayar rm100,sedang kan kita tak bawa bagasi..loh xspai 7kg kut..apa kah ni peraturan airsia skrg..kah diorg nak tipu da????pelik

  4. Tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan di KLIA II hari ini dan esok sempena cuti Hari Buruh. Pasti sesak lagi-lagi masalah kabin 7kg ini yang pastinya ramai akan kantoi lebih muatan. Bertabahlah untuk bayar lebih daripada sepatutnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!