sarung tangan musim sejuk

Beli Sarung Tangan Musim Sejuk Touch Screen Di Online

beli sarung tangan musim sejuk touch screen

Menurut laporan dari Persona Pengguna Talipon Pintar , pengguna talipon pintar di Malaysia di jangka mencecah 11 juta pada tahun 2017 . Pengguna berusia 30 tahun pula ke atas mewakili 64 % dari jumlah pengguna keseluruhan.

Jika kita lihat , umur 30 tahun adalah tahap di mana mereka adalah golongan yang berkerjaya dan berpendapatan tetap.  Golongan ini juga merupakan mereka yang gemar bercuti di luar negara .

Mereka di lihat kerap mengemas kini laman sosial seperti facebook dan instagram untuk merakamkan detik percutian mereka.

Gambar percutian di musim sejuk sambil bermain salji sering mendapat komen yang banyak dari rakan-rakan mereka.

Tetapi tahukan anda bahawa mengambil gambar ketika musim sejuk sebenarnya amat sukar ?

Suhu yang rendah dengan angin yang sejuk seringkali menyebabkan kita malas mahu mengeluarkan tangan dari poket walaupun kita memakai sarung tangan. Jika mahu mengambil gambar ketika ini sarung tangan harus di buka kerana skrin talipon tidak dapat merasa sentuhan jari seperti biasa.

Oleh itu ramai yang mahu bercuti ke luar negara mencari sarung tangan musim sejuk touch screen .

Apa kelebihan sarung tangan musim sejuk touch screen ?

1.Sarung tangan ini memang di reka untuk mesra talipon pintar . 

Di bahagian hujung jari sarung tangan ini ada material khas yang bertindak balas dengan skrin talipon pintar bila di sentuh. Ia menyebabkan kita mudah untuk ‘ slide & swipe ‘  berbanding dengan sarung tangan biasa.

Tidak ada sebarang kesan calar pada permukaan talipon pintar dengan kecanggihan teknologi yang di gunakan .Berbeza dengan sarung tangan biasa yang mana jika skrin talipon pintar di sentuh ia tidak mendatangkan sebarang tindak balas.

2. Mudah di sarung dengan ciri-ciri unisex  .

Sarung tangan touch screen ini materialnya di perbuat dari campuran acrylic dan spandex sangat memeri bila di sarungkan.Rangka tapak tangan lelaki dan wanita pula secara amnya berbeza. Tapak tangan lelaki lebih lebar dan tapak tangan wanita lebih kecil.

Bagaimanapun di sebabkan material yang di gunakan memeri ia boleh di pakai tak kira lelaki atau wanita. Berbeza dengan sarung tangan yang di perbuat dari vinyl atau kulit, ia lebih fleksibel.

3. Tetap berfungsi sebagai penghangat tapak tangan ketika musim sejuk

Walaupun sarung tangan touch screen ini di reka untuk memudahkan penggunaan talipon pintar ia tetap berkesan sebagai sarung tangan ketika musim sejuk.

Acrylic dan wool merupakan 2 bahan penting dalam pembuatan pakaian serta aksesori di musim sejuk. Oleh itu ia juga  banyak di gunakan dalam pembatan sarung tangan. Ini kerana kedua dua bahan ini sama-sama berkesan menghangatkan anggota badan .

Sarung tangan yang mempunyai lapisan wool atau fleece selalunya lebih mahal kerana daya ketahanan dengan suhu rendah yang lebih tinggi.

Baca artikel terdahulu 5 Tips Memilih Sarung Tangan Musim Sejuk Yang Betul

beli sarung tangan musim sejuk touch screen di online
Anak saya memakai sarung tangan touch screen walaupun di dalam bas

 4. Ketebalan sarung tangan mempengaruhi tindak balas.

Semasa memakai sarung tangan ini ketika bercuti , saya dapati ada sedikit perbezaan dari segi kelancaran dan tindakbalas .

Saya pernah membeli sarung tangan musim sejuk touch screen yang lebih tebal untuk menguji kelancaran pergerakan slide and swipe. Saya dapati sarung tangan yang terlampau tebal  kurang bertindak balas bila di sentuh di skrin talipon pintar.

Proses menghantar mesej dan merakam gambar melalui talipon pintar lebih lancar dengan sarung tangan yang lebih nipis atau sederhana tebal .

5.Penggunaan  ‘ anti slide ‘ di bahagian tapak tangan.

Ada sarung tangan touch screen yang mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu ‘anti- slide ‘ atau tahan gelincir. Di bahagian permukaan tapak tangan kelihatan berbiji-biji yang timbul .

Permukaan berbiji seperti getah ini berfungsi untuk mencengkam talipon pintar dari terlepas ketika di pegang. Sarung tangan musim sejuk touch screen yang mempunyai ciri tambahan anti slide ini lebih mahal harganya berbanding yang tiada ciri tambahan.

6.Warna sarung tangan touch screen yang pelbagai

Satu keseronokan bila bergambar terutama bagi pelancong wanita ialah memakai sarung tangan yang berwarna warni . Warna hitam merupakan warna yang lebih selamat untuk di gayakan dengan jaket yang di pakai. Tak kira lelaki atau wanita menyukai warna hitam .

Bagaimanapun warna lain seperti pink , merah dan biru tetap menjadi tarikan kerana warna yang terang dan berwarna warni ini menjadikan gambar percutian lebih menarik.

Adakah sarung tangan ini kalis air ?

Tidak ada benda yang sempurna . Ada kelebihan maka ada juga kekurangannya.

Walaupun penggunaan sarung tangan touch screen ini semakin di gemari ,  sesuatu yang nyata ialah ia tidak kalis air. Sarung tangan boleh terasa lembap jika terkena jumlah air yang banyak atau terkena hujan yang lebat.

Bagaimanapun jika anda memegang salji sarung tangan ini sebenarnya tidak terjejas . Salji yang halus hanya melekat lekat jika di pegang. Salji yang melekat tadi jika tidak di kibas untuk di buang akan bertukar menjadi air batu.

Air batu akan mencair bila kita  berada di kawasan yang lebih panas seperti di dalam bas atau dalam bangunan.

Sedikit tips dari saya  ketika bercuti tidak kira sarung tangan jenis apa yang anda pakai bawalah bersama hot pad yang boleh di letakkan di dalam poket jaket.

Hot pad ini boleh di genggam dan akan mengelurkan haba yang panas untuk menghangatkan tapak tangan. Di kedai-kedai tepi jalan di negara 4 musim selalunya banyak di jual dan harganya juga murah sahaja.

Masih tercari sarung tangan musim sejuk touch screen ?

Anda sudah tahu kelebihan sarung tangan musim sejuk touch screen ini sekarang . Walaupun sarung tangan touch screen ini tidak kalis air tetapi ia penyelesai masalah merakam detik-detik manis percutian ketika bercuti .

Kedai dalam talian kami mempunyai pelbagai koleksi sarung tangan touch screen ready stock untuk percutian anda. Boleh beli sarung tangan musim sejuk touch screen  idaman anda di laman web kami di pakaianmusimsejuk.com .

 

 

6 thoughts on “Beli Sarung Tangan Musim Sejuk Touch Screen Di Online”

  1. saya melancong nanti ke luar negara maka saya order sarung tangan dari blog ini…in shaa Alla

    tetapi sebelum itu saya nak berjaya dapat close kes dulu banyak-banyak dulu..

  2. Saya bebaru ni gi bercuti kat Turkey. Sejuk la masa tu. Pakai sarung tangan yang dilubangkan aje kat jari telunjuk 😀 hahaha.. kakak saya punya. dia dah siap lubangkan. so bleh la swipe fon.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!