Brahim’s Makanan Popular Semasa Bercuti Di Luar Negara

Brahim’s Makanan Popular Semasa Bercuti Di Luar Negara | Beberapa hari lepas ada pelanggan yang meminta tolong saya tempahkan nasi dan lauk segera yang popular untuk traveller iaitu pek nasi Brahim’s. Memandangkan mereka sukar mendapatkannya di Sabah dan order secara online pun pihak hypermarket tak boleh hantar kerana di luar kawasan penghantaran saya cuba bantu mereka dapatkan pek tersebut.

makanan popular semasa bercuti
makanan popular semasa bercuti

Makanan jenis ready to eat Brahim’s ni memang sangat tinggi permintaannya . Kalau student atau sesiapa saja yang akan travel biasanya akan cari makanan yang tak perlu di masak lagi. Saya sendiri memang suka dan sentiasa bawa pek Brahims ni bila travel sebab makanan di luar sangat mahal. Cuma nak habiskan satu pek tu memang susah sebab isinya banyak sangat bagi saya.

Makanan keluaran Brahim’s yang popular di kalangan traveller

Ada banyak produk keluaran Brahims sebenarnya yang kita boleh pilih. Post saya ni hanya bertumpu pada pek Brahim’s yang khas untuk makanan popular semasa bercuti sahaja. Kalau tak bercuti tapi nak cuti masak hari hari tu pun ok juga kalau dah malas sangat  nak usik kuali.

1.Nasi Pek Brahim’s yang boleh terus di makan 

Nasi Goreng Kampung
Nasi Tomato
Nasi Goreng Ayam
Nasi Briyani Kambing ( meleleh air liur )
Nasi Briyani Ayam
Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis
Nasi Cendawan & Keju
Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis

2.Lauk Pek Brahim’s yang boleh terus di makan

Masak Merah Ayam Dengan Lobak Merah
Kurma Daging Lembu Dengan Ubi Kentang
Sambal Ikan Bilis
Rendang Daging Lembu
Kari Daging Lembu Dengan Ubi Kentang
Kari Ayam Dengan Ubi Kentang
Rendang Daging Ayam

Kesemua makanan ready to eat ni popular sebab kita hanya perlu masak air panas dan rendam pek makanan tu dalam air yang dah mendidih. Tak perlu nak masak atau menumis bagai dengan pek ni. Kalau perut dah lapar sangat tak payah rendam pek tu dalam air panas dulu pun boleh telan ye tak ?

pek brahim makanan popular semasa bercuti
pek brahim makanan popular semasa bercuti

Adakah makanan popular semasa bercuti ini tahan lama ?

Pek Brahim’s ni mudahnya sebab makanan tu semua dah berada dalam pembungkus khas yang di jamin tidak rosak untuk tempoh 2 tahun. Saya pernah berkenalan dengan seorang pensyarah UKM yang saya dah lupa namanya yang  menggunakan teknologi retort dalam packaging makanan produk keluaran beliau.

Saya tertarik dengan penerangan pensyarah tersebut mengenai pembungkusan teknologi retort . Packaging menggunakan teknologi retort di jamin tidak merosakan kandungan makanan yang di bungkus selama 2 tahun. Bagusnya lagi  teknologi ini walaupun produk tersebut telah pun expired makanan ni tetap elok.

Saya dah cuba makanan yang beliau hasilkan memang ia sedap, tetap elok walau dah expired , tidak sakit perut dan masih hidup sampai sekarang he he.  Sayangnya produk yang beliau hasilkan ketika itu iaitu pek perencah nasi Briyani Anje terpaksa di hentikan kerana masalah pemasaran .Tanpa di sangka selepas perkenalan tersebut beliau berikan saya 4 carton pek nasi Briyani Anje yang kesemua berjumlah 192 pek kesemuanya !

Kalau anda biasa makan dan singgah di Bangi dan Muar tak silap saya Restoran Nasi Briyani Anje itu adalah hasil resepi beliau sendiri yang di usahakan oleh adiknya. Okay stop di sini cerita tersebut.

Pek makanan popular semasa bercuti Brahim’s ni  tahan 2 tahun pada suhu bilik jika anda tidak membuka pembungkusnya. Cuma kalau pek makanan ini telah di buka ia harus di simpan dalam peti sejuk.

Di mana boleh dapatkan makanan popular Brahim’s ?

Ikutkan dalam web Brahim’s ni pek makanan sedia di makan ni boleh di dapati di hypermarket dan supermarket seperti  seperti Tesco, Mydin, Aeon Big , Speedmart, Econsave dan Giant.

Bagaimanapun banyak kali juga travel sebelum ni  saya dapati susah juga  nak dapatkan pek Brahim’s ni di supermarket . Makanan berbentuk perencah untuk masakan memang selalu ada tapi bukan pek makanan siap di makan . Harga pek makanan ni juga tak sama di antara satu satu hypermarket dan  supermarket.

Ada pek mahal sikit di Aeon Big tapi murah sikit di Tesco.Kalau duduk di Sabah dan Sarawak lagi la susah agaknya ye dan lebih mahal. Kita juga boleh order pek Brahim’s ni secara online melalui Tesco yang akan menghantar produk tersebut . Ada service caj yang di kenakan untuk penghantaran . Kita boleh lihat melalui ‘area checker’ di laman web Brahim’s yang link terus ke  Tesco online  samada kawasan kita tinggal ada di buat servis penghantaran ini atau tidak.

Kalau nak murah dan sanggup memandu anda boleh terus ke kilang Brahim’s di Bandar Baru Bangi.Kilang Brahim’s di Bandar Baru Bangi ada menyediakan kedai khas untuk sesiapa yang ingin membeli produk mereka dan harganya juga lebih rendah dari harga di hypermarket atau supermarket.

Kalau anda nak cari kilang Brahim’s ni bolehlah cuba cari Dewina Food Industries di alamat bawah ni

Dewina Food Industries
Lot 11, Jalan P/9B
Kawasan Perusahaan Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No tel : 03-89262828

PS : Kalau travel masa winter jangan bawa banyak sangat sebab pek ni tahan berhari-hari kalau dah di buka bungkusannya. Insyaallah 4 hari pun nasi goreng Brahim’s ni tak basi pun dan boleh save duit he he.

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

19 thoughts on “Brahim’s Makanan Popular Semasa Bercuti Di Luar Negara”

      1. kak, kak smpan dalm peti sejuk ke x time winter tu. Maksud akak walaupown dah bukak bungkusannya, akak xsimpan dlm peti sejuk dan tahan semggu ya?

  1. Sedap pulak nampaknya produk Brahim’s ni…hehe. Mudah betul sekarang ni nak travel, takdelah longgar kaki kalau yang jenis tak boleh tak makan nasi 😛

  2. PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang – Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

  3. Terima kasih sgt2 Pn. Rahimah tolg kami beli n poskan ke sabah bbrpa pek brahim’s instant food RTE sbgai bekalan prcutian bebaru ni..sgt brguna..dinner kami msa travelling instant food brahim’s ni la..letak ja brahim’s pek ni kat celah2 heater dlm bilik hotel then dh panas bole mkn dh..jimat n mudah..sgt brguna utk sapa2 yg xbole sehari xjumpa nasi..lebih lg bila bercuti ke negara yg nasi bukn mknn rujinya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!