cara aktifkan kad debit sebelum ke luar negara

Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara

cara aktifkan kad debit sebelum ke luar negara
cara aktifkan kad debit sebelum ke luar negara

Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara | Minggu lepas blog ni mengalami masalah kesesakan lalu lintas. Sekejap ok sekejap tak ok.Tuan punya blog pun tiba-tiba sakit tak boleh jalan jadi semua kerja jadi terganggu. Ada masalah dekat server rupanya dan terpaksa saya upgrade supaya tak mengganggu urusan harian .

Dah selesai upgrade server baru boleh  email dan jawab mana yang ada soalan. Ada satu  permintaan dari pembaca blog ini yang bertanyakan cara aktifkan kad debit sebelum beliau pergi bercuti. Pembaca blog yang email saya ni tak ada kredit kad dan cuma ada kad debit  Cimb. Jadi hari ni saya letak screen shot supaya lebih jelas walaupun gambar dalam ni tak berapa jelas sangat.

Apa dia kad debit ?

Sebelum saya tunjukkan cara nak aktifkan kad debit saya beritahu dulu perbezaan kad debit dengan kad kredit. Ramai juga yang rasa ragu-ragu bila nak pergi oversea risau tak ada kad kredit. Bukan pergi oversea saja malah kalau buat online shopping pun rasa keliru bila di skrin laman web hanya tertera perkataan kad kredit dan bukan kad debit.

Kad kredit adalah  kad hutang. Untuk dapatkan kad kredit ada syarat dan kelayakan yang perlu di patuhi. Dengan kad kredit kita boleh  guna duit bank dengan nilai yang dalam  kad tersebut. Maknanya kalau tak ada duit pun kita boleh guna kad tersebut cuma jika lambat bayar balik dari tarikh di tetapkan kita akan di kenakan penalti.

Kad debit pula adalah kad yang ada link terus ke akaun kita. Jika nak buat sebarang transaksi offline atau online kena pastikan ada jumlah yang mencukupi. Kalau tak ada duit sah-sah kad tersebut tak boleh di gunakan dan sebarang transaksi akan gagal. 

Bahayanya satu sahaja kad debit ni . Risiko duit boleh hilang di sebab kad ini link terus dengan akaun bank kita. Kenapa boleh hilang ? Dunia sekarang semakin canggih dan kepandaian orang pun makin canggih untuk ambil duit kita tanpa kita sedari. Kalau tak nak guna kad debit yang ada link dengan bank kita boleh guna kad debit yang kita masukkan duit siap-siap . Banyak tu kita masuk banyak tu je yang kita boleh guna .

Saya lebih suka guna kad prepaid sebab saya hanya perlu masukkan duit dalam kad tersebut tanpa perlu buka akaun. Tak cukup duit top up sahaja ikut jumlah yang kita nak. Ini cara nak elak shopping sakan dan jimat duit bila travel. Jika ke luar negara saya memang jadikan kad prepaid sebagai kad utama saya.

 3 Cara aktifkan kad debit.

1.Talipon bank

Ini cara paling senang sebab kita hanya perlu beritahu pihak bank tarikh dan negara kita tuju. Sebelum menghubungi pihak bank silalah sediakan depan mata kad debit yag kita nak aktifkan tu. Bank akan buat pengesahan dulu dengan bertanyakan beberapa soalan untuk memastikan kita adalah pemegang kad.

Mungkin lain bank lain sikit  caranya tapi secara amnya lebih kurang sama saja. Pengalaman saya guna Kad prepaid Visa Electron Public Bank pihak bank akan bertanya tarikh dan negara yang di tuju. Mereka akan aktifkan kad untuk penggunaan di luar negara sehari sebelum kita bertolak dan sehari selepas kita balik . Boleh juga minta lebihkan hari jika rasa nak tambah.

Dengan Cimb pula mereka beritahu selepas aktifkan kad tersebut kita boleh gunakan di mana-mana negara yang kita pergi. Saya pelik sikit sebab mereka tak tanya pun negara mana kita nak tuju . Masa saya pergi hari tu okay aje pulak . Apa-apa pun tanyalah masa buat panggilan tersebut.

Lagi satu contohnya semasa saya beritahu saya akan ke Jakarta mereka ada beritahu kita boleh keluarkan di mesin ATM CIMB Niaga tanpa sebarang caj . Jadi sesiapa bercuti atau melancong ke Jakarta boleh guna mesin ATM tanpa sebarang caj pengeluaran di mesin ATM ye.

2.Melalui ATM

Saya tak pernah cuba kerana saya biasa call bank dan ia hanya ambil beberapa minit sahaja. Pergi ke ATM bermakna perlu drive dan park kereta yang banyak makan masa saya. Tapi jika line internet tiba-tiba buat hal anda boleh aktifkan kad debit untuk penggunaan di luar negara. Tak susah cara aktifkan kad debit dekat ATM sebab dekat skrin akan terpampang menu yang akan beritahu langkah demi langkah.

3.Online Banking.

Cara aktifkan kad debit melalui online banking adalah lebih mudah. Ini boleh di lakukan sendiri kerana lebih jimat masa, tenaga dan kredit handphone.Saya tunjukkan cara aktifkan kad debit menggunakan cimbclicks.

Langkah #1

-Log in ke cimbclicks.
-Di sebelah kanan paling hujung sekali ada menu ‘setting’.
-Klik perkataan ‘setting’ dan kita akan nampak menu ‘ ATM / Debit Card Services’ .
-Klik menu’ ATM/Debit Card Services’.

CIMB 1

 

Langkah #2

-Setelah kita klik menu tadi akan terpapar skrin yang bawah ni pula.
-Klik di anak panah di menu link account dan pilih ‘Overseas ATM/Debit Card Spend & Withdrawal’.

CIMB 2

 

Langkah #3

– Di skrin tersebut akan di tunjukkan kad debit atau kad kredit yang kita ada.
– Pilih kad kredit atau kad debit yang kita nak aktifkan

CIMB 3

 

Langkah #4

– Masukkan data yang di kehendaki di menu ‘ Change Status To .
– Ada 3 pilihan di situ samada temporary, permanent atau deactivated.
– Jika tujuan kita hanya untuk tempoh tertentu pilih menu ‘temporary’.
– Seterusnya masukkan tarikh yang kita kehendaki.

CIMB 4

 

Setelah kita klik butang ‘submit’ seperti biasa kita perlu request TAC terebih dahulu. Hanya masukkan no TAC seperti biasa dan permohonan itu telah pun selesai jika tiada sebarang masalah. Senangkan ?

Kalau kredit handphone dah tinggal sikit cara online ni paling mudah dan tak perlu nak tunggu lama-lama dengar operator talipon bercakap.Seeloknya pilih sehari sebelum penerbangan dan sehari selepas tarikh kita balik ke Malaysia. Jika rasa nak lama lagi di luar negara anjakkan sedikit tarikh supaya kad masih boleh di gunakan.

Ada kalanya ada kad debit atau kad kredit yang walaupun telah di aktifkan ia tak dapat di gunakan semasa kita berurusan.Bawalah sekurang-kurangnya 2 kad kredit atau kad debit setiap kali ke luar negara  supaya kita ada back up jika salah satu kad tidak boleh di gunakan

Baca 29 Tips Sebelum Melancong ke luar negara yang saya kongsikan sebelum ini supaya urusan kita semasa di luar negara berjalan dengan lancar.

PS : Kad debit atau kad kredit bank mana yang selalu bagi masalah bila kita ke luar negara ?

 

 

9 thoughts on “Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!