cara mencuci pakaian musim sejuk

Cara Cuci Pakaian Musim Sejuk Tanpa Perlu Dobi

Pernah tak bila balik travel je rasa malas nak cuci baju-baju yang kita pakai ? Puncanya sebab kita tak tahu macam mana cara nak cuci pakaian musim sejuk yang dah bergelimpangan tu. Nak lempar dalam mesin basuh takut rosak. Nak basuh dengan tangan penat travel tak habis lagi. Belum campur dengan jet-lag sampai waktu masak rasa nak cari bantal .

Dulu saya pun macam tu jugak.Paling-paling malas pun saya gantung je skaf dan baju-baju tu dalam almari. Setiap kali bukak almari baju skaf semua tu melambai-lambai suruh cuci pun saya buat tak tahu je. Puas jugak fikir macam mana cara nak cuci sebab takut rosak. Nak beli baju sejuk dan aksesorinya yang lain pun bukan murah. Pakai pulak setahun sekali je. Nak hantar dobi sekali pun takut kalau mereka tak pandai cuci.

Akhirnya saya cubalah tengok video dekat youtube cara orang putih ni cuci pakaian musim sejuk mereka.

 

Rupanya cara nak cuci pakaian musim sejuk ni tak adalah susah sangat . Kita hanya perlukan sedikit usaha dan masa. Mereka sendiri pun  lebih galakkan kita cuci tangan je dan tak payah pakai mesin basuh.Kalau guna mesin basuh takut pakaian cepat rosak dan longgar. Pakaian musim sejuk ni dari baju sampailah ke aksesori rata-rata fabriknya di perbuat dari wool atau acrylic. Cara mencuci dan penjagaannya memang berlainan.

Berdasarkan video yang saya kepilkan di atas aa lebih kurang 9 langkah atau step-by-step yang boleh kita ikuti. Bagaimana caranya ? Jom teruskan membaca.

9 cara cuci pakaian musim sejuk dengan tangan

1.Sediakan satu besen air dengan jumlah air yang mencukupi .

Campurkan air dalam besen tersebut dengan sabun pencuci yang lembut, syampoo atau mandian yang kita guna di rumah. Sabun pencuci atau mandian badan jenis cap ayam lagi bagus sebab ia kurang mengandungi bahan kimia. Jika mahu kita juga boleh campurkan air sejuk dalam besen atdi dengan sedikit air panas. Campuran air yang sedikit panas atau suam-suam kuku tadi boleh mempercepatkan proses mengeluarkan kekotoran yang melekat.

2. Rendam skaf atau baju musim sejuk yang anda nak cuci sambil tekan perlahan lahan .

Masukkan baju sejuk dan tekan dengan tangan perlahan-lahan .Balik-balikkan pakaian tadi agar semua kekotoran tadi keluar. Kalau masa tu nampak air bertukar warna maknanya baju tu memang banyak kekotoran dah melekat cuma mungkin kita tak nampak dengan mata kasar.

3.Selepas kita tekan-tekan baju sejuk tadi buang airnya dan ganti dengan air yang lain.

Bilas sama seperti cara mencuci dengan sabun atau mandian tadi tanpa perlu di perah. Ketika membilas hanya gunakan air biasa dan tak perlu di campur dengan air panas atau air suam.

4. Ganti air dalam besen untuk kali kedua untuk bilasan terahir.

Campurkan air bilasan kali ini dengan perapi rambut atau conditioner . Boleh juga gunakan pelembut baju seperti Softlan.Cosway juga ada pelembut kain untuk mencuci kain yang sensitif seperti kain sutera. Caranya sama sahaja seperti ketika kita bersyampu bila mandi. Bila di campur dengan pelembut ni baju sejuk  tadi akan kelihatan gebu bila kering.

5.Selepas di bilas dengan pelembut tekan rata-rata dan buang air tadi.

Jika nak bilas lagi sekali pun boleh. Jika tak nak bilas pun tak mengapa . Bentangkan tuala yang bersih dan kering seperti tuala mandi.  Hamparkan baju sejuk yang di cuci tadi di atas tuala tersebut.

6.Gulung hamparan tuala bersama  baju  tadi sekaligus seperti kita gulung kapet di rumah.

Tekan-tekan supaya lebihan air jatuh meresap ke dalam tuala .Buka semula gulungan baju musim sejuk dengan tuala dan hamparkan baju tadi pada sehelai tuala kering yang lain.

7. Letakkan hamparan skaf tadi di bawah bumbung .

Jangan hamparkan di bawah panas matahari kerana ia boleh menyebabkan skaf tersebut hilang kecantikan warnanya. Tak cantikkan kalau pakai skaf yang dah pudah warnanya ?

8. Jangan gantung dengan menggunakan penyangkut baju .

Fabrik skaf atau baju sejuk boleh jadi renggang akibat lebihan air yang akan jatuh ke bahagian paling bawah. Baju sejuk jenis ini  melendut dan mempunyai kesan penyangkut baju yang merosakkan kecantikannya.

9. Untuk menyimpan baju atau skaf kita boleh melipatnya dengan meletakkan ia di dalam bekas khas.

Jangan di letakkan di atas pakaian harian kita yang berat seperti jaket tebal atau jeans. Kesan lipatan akan kelihatan pada skaf yang di lipat dalam jangkamasa yang lama. Sebaiknya lipat dan susun dalam bekas khas atau di asingkan satu ruang dalam almari khas untuk pakaian musim sejuk sahaja.

Bagaimana dengan cara yang saya tunjukkan tadi ? Agak agak susah tak nak buat ?

Cara cuci pakaian musim sejuk ini memang agak remeh. Ia memang makan masa kita . Jadi lakukan kerja mencuci ketika kita sedang rileks dan tidak terkejar-kejar. Jika kita mencuci dengan cara basuhan tangan yang betul kita telah pun menjimatkan wang dari terpaksa menghantar ke dobi.

Katakan kalau upah cuci sehelai RM 20, kos mencuci untuk 5 pasang dah jadi RM 100. Kalau boleh buat sendiri RM 100 tu boleh simpan untuk netx travel betul tak ?

PS : Jika anda sedang mencari skaf musim sejuk bercorak klasik yang boleh di pakai dalam jangkamasa yang panjang , sila jemput ke kedai dalam talian kami di pakaianmusimsejuk.com.

 

7 thoughts on “Cara Cuci Pakaian Musim Sejuk Tanpa Perlu Dobi”

  1. cuci sendiri nampaknya sangat menjimatkan..

    boleh juga sebagai cara untuk bersenam secara simple dan santai di rumah..

    satu teknik nak menjimatkan air juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!