SET TOPI MUSIM SEJUK DAN NECK WARMER SNW RED

Customer Merayu Tolonglah Jual Topi Musim Sejuk Tu Pada Saya

topi-musim-sejuk

 

……Tolonglah jual topi musim sejuk tu pada saya

Sebagai seorang peniaga , saya suka jika ayat macam tu yang keluar dari mulut pelanggan.

Siapa tak suka bila customer merayu minta tolong jual pada mereka.Itulah yang terjadi pada saya bulan lepas.

Ceritanya macam ni.

Saya baru je ambik set topi musim sejuk dengan neck warmer untuk di jual di kedai online saya.

Seperti biasa bila stok dah sampai kita mesti nak cepat cepat jual nak rolling balik duit betul tak?

Jadi saya masukkanlah gambar set topi ni ke dalam page fb .
Selepas tu saya update pula di Google My Business untuk ‘ free marketing ‘ sebelum saya kemas kini di web rasmi.

Sibukkan berniaga dan jadi Chief Everything Officer ni?

Berbalik pada cerita topi tadi, hari tu saja alhamdulillah saya terima banyak wsap dan panggilan dari customer yang kaki travel.

Tapi ada satu panggilan talipon yang buat saya rasa terkesan. Saya namakan pelanggan saya tu Puan Hasmah saja.

Pengalaman Puan Hasmah tentang topi musim sejuk yang beliau pernah pakai sebelum ini.

 

Kata Puan Hasmah, dah lama dia cari topi yang boleh lindung kepala beliau dari angin sejuk.
Menurutnya lagi beliau nak travel ke Korea pula hujung tahun ni.

Oleh kerana beliau pernah ke Jepun sebelum, pengalaman beliau di sana membuat beliau rasa sedikit serik.

Saya tanya kenapa?

Menurut Puan Hasmah ramai yang kata musim sejuk di Jepun tidak ekstrim.
Mungkin di sebabkan tanggapan bahawa suhu di Jepun tak sejuk , pelanggan saya itu hanya membawa topi yang lebih nipis sebagai penutup kepala.

Beliau travel ketika musim peralihan iaitu antara musim luruh ke musim sejuk.
Kiranya suhu masa tu di katakan tidak sesejuk dan seteruk musim sejuk.

 

Orang kata tak sejuk tapi dah sampai sana saya terus nak demam dan tak sihat. Kepala rasa sejuk sangat kena tiup dengan angin

 

Sambung beliau lagi, penutup kepala yang beliau pakai ketika tu kurang sesuai .
Cuaca ketika itu berangin kuat dan bila angin bertiup topi musim sejuk yang di pakai kurang membantu.

…..Sejuk tu tetap masuk sampai ke kulit kepala…

Hrmm…Itulah sebabnya saya lebih suka bawa sekurang-kurangnya pakaian dan aksesori percutian musim sejuk yang lengkap.

Kita tidak dapat menjangka bagaimana suhu sebenar ketika itu.

Ketahanan badan masing-masing juga berbeza.
Suhu yang di jangka biasa-biasa boleh bertukar menjadi ekstrim.

Topi musim sejuk ni ada pelbagai jenis dan fesyen sebenarnya.

SET TOPI MUSIM SEJUK DAN NECK WARMER SNW RED

Ada yang sesuai di pakai semasa musim luruh atau musim bunga.
Ada juga yang lebih sesuai di pakai semasa musim sejuk sahaja.

Kebiasaannya topi yang tak di lapik atau di alas dengan kain flannel atau fabrik fleece ia adalah lebih nipis.
Topi jenis ini kebanyakannya jenis benang kait tanpa sebarang lapik di bahagian dalam.

Penutup kepala macam ni memang cantik bila di gayakan.
Bagaimanapun ia  kurang berkesan untuk halang angin menembusi kepala.

Justeru itu walaupun kita bertudung sekalipun hawa dingin masih boleh tembus di celah-celah kepala dan leher.
Berlainan dengan topi musim sejuk yang lebih tebal yang di lapik dengan kain fleece yang jenis berbulu.

Topi begini di lapik dengan bulu-bulu atau dengan jenis kain flannel yang sangat bagus untuk menahan angin.
Kain flannel adalah seperti bedung bayi yang selalu di gunakan untuk balut bayi di hospital.

Oleh kerana itu pilihan bertukar kepada topi dari jenis acrylic dan di lapik dengan fleece atau flannel adalah pilihan terbaik.

Jadi kali ni Puan Hasmah meminta saya tolong jual topi musim sejuk yang baru saya pasarkan itu kepada beliau.

Berapa harga set topi musim sejuk dan neck warmer yang terbaru ni?

Sebenarnya jika kita mementingkan keselesaan dan kesihatan ketika bercuti, isu harga jatuh kepada nombor dua.
Ini lebih lebih lagi pada saat kita sedang berhadapan dengan cuaca yang sangat asing dengan negara kita.

Cuba bayangkan… kita sendiri pun jika harga sesuatu barang yang kita nak beli terlampau murah, mesti terdetik dalam hati yang produk tu mungkin kurang berkualiti betul tak?

Kesimpulannya jika kita sanggup keluarkan duit beribu ringgit untuk beli tiket kapal terbang apalah sangat topi musim sejuk yang nak lindung kepala kita sendiri.

Yang penting kita selesa ketika bercuti.
Dan dapat jauhkan risiko demam atau sakit ketika berada di negara orang.

Anda yang dah nak travel hujung tahun ni dah ada topi ni belum?

Jika anda masih lagi mencari topi musim sejuk, cuba tengok dulu samada topi yang kami pasarkan di kedai online kami  sesuai dengan ‘ taste’ anda .

6 thoughts on “Customer Merayu Tolonglah Jual Topi Musim Sejuk Tu Pada Saya”

  1. Ejen Takaful Keluarga

    untung kalau dapat banyak customer mcm ni.. barang masuk je terus habis jual… saya doakan puan murah rezeki selalu.. amin..

  2. Saya belum pernah lagi ke negara sejuk seperti jepun atau korea. Mungkin satu hari nanti akan sampai ke sana. Jadi tak tahu pulak tentang pemilihan topi ni ada pelbagai jenis. Bagus juga info ni untuk saya.

  3. tentu sangat beruntung kerana sudah ada pelanggan yang mencari produk kita..

    tunggu dapat bayaran dan hantar barang tersebut..

    nikmat juga berniaga nie

    lagi banyak untung lagi nikmat la ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!