Ekonomi Tenat Pun Boleh Travel Ke Luar Negara?

Haa.. Kalau scroll Facebook atau Instagram, mesti ada dalam kalangan rakan-rakan anda yang tunjuk gambar tengah bercuti di luar negara kan? Biasanya gambar yang di-tunjuk tu memang sangat-sangat cantik. Kita yang tengok ni pulak rasa macam teringin sangat nak pergi sana.


“Aku kena start simpan duit dah ni kalau nak melancong ke luar negara!”

Sebulan dua tu memang semangat dan komited untuk simpan duit. Bila dah lama-lama, mula guna duit simpanan tu untuk kegunaan lain. Tak dapat nak konsisten. Ditambah pula dengan ekonomi yang tenat dan menekan, memang tak dapat nak sambung menyimpan duit.

Cumanya kan, anda tak pelik ke bila tengok rakan-rakan anda yang kerja pun lebih kurang anda jer tapi dapat melancong ke luar negara? Pernah terfikir tak macam mana cara mereka buat?

Pelik memang pelik. Dah jadi macam satu kegilaan sebenarnya untuk rakyat Malaysia melancong ke luar negara walaupun ekonomi tengah tenat. Sebenarnya kalau anda ada planning yang betul, anda sendiri pun boleh travel ke luar negara. 

Jom baca perkongsian ringkas saya berkenaan cara untuk travel ke luar negara!

Disclaimer : Tips ini merupakan himpunan dari pengalaman sendiri dan juga mereka yang berkongsi di internet dan media sosial.

TIPS #1 : Pilih Destinasi Impian

Kalau anda tak ada destinasi impian anda, anda pasti tak akan cukup bersemangat untuk mula menyimpan. Setuju? So, langkah pertama yang anda kena buat adalah pilih satu destinasi yang anda betul-betul nak pergi.

Kiranya destinasi tu bukanlah destinasi yang anda rasa kalau dapat pergi pun okay, tak dapat pergi pun okay. Kena destinasi yang anda betul-betul tak okay kalau tak dapat pergi!

Dah pilih? Cun!

TIPS #2 : Pilih Musim

Kalau anda plan untuk ke negara empat musim, anda kena tahu musim bila yang anda rasa teringin sangat untuk pergi kesana. Ada empat musim semuanya:

  • Musim bunga (March-Mei)
  • Musim panas (Jun-Ogos)
  • Musim luruh (September-November)
  • Musim sejuk (Disember-Februari)


Kalau anda nak bermain salji, takkan anda nak ke sana masa musim panas kan? Jadi, anda kena pilih musim yang anda nak dan pilih tarikh yang sesuai.

TIPS #3 : Google Tempat Menarik & Anggaran Bajet

Untuk ke luar negara, lebih baik sekiranya anda plan ke mana yang anda nak pergi. Kalau anda sebut Korea Selatan, ia terlalu besar untuk anda teroka dalam masa yang singkat dan dengan bajet yang terhad.

Jadi, anda kena tahu tempat yang mana satu yang anda ingin kunjungi. Anda kena catat maklumat seperti berapa caj pengangkutan awam disana, berapa caj masuk untuk ke tempat-tempat tertentu, berapa kos penginapan dan lain-lain yang memerlukan anda mengeluarkan duit.

Barulah anda dapat merangka bajet perbelanjaan dan perjalanan anda.

TIPS #4 : Tetapkan Tarikh

Penting untuk anda tetapkan tarikh supaya anda akan terpaksa untuk mula menyimpan dan anda akan tahu berapa simpanan bulanan yang anda perlu lakukan.

Katakan jumlah yang anda perlukan adalah sekitar RM2000 dan tarikh yang anda tetapkan adalah 8 bulan dari sekarang. Jadi,

RM 2000 / 8 bulan = RM 250 / bulan

Jadi, anda WAJIB simpan RM250 sebulan untuk pastikan anda dapat ke sana pada tarikh yang anda dah tetapkan. 

TIPS #5 : Beli Tiket Awal

Sekarang ni kalau anda beli tiket lebih awal, anda akan dapat penjimatan yang sangat banyak.

Kalau dapat beli lagi awal lagi baik sebabnya nanti anda akan rasa sayang kalau tiket tu “hangus” kalau anda tak mampu simpan duit. Secara tak langsung ia akan berikan anda motivasi untuk menyimpan dan memastikan impian anda untuk kesana akan tercapai.

Macam mana sekarang? Dah nampak idea dan cara untuk anda mula menyimpan duit untuk melancong ke luar negara?

Sebenarnya kegilaan yang melanda rakyat Malaysia melancong ke luar negara semasa ekonomi tenat ni bukanlah pelik sangat sebabnya ramai jer rakyat Malaysia yang bijak dalam menabung dan menyimpan. * bangga dengan rakyat Malaysia *

So, jom kita sama-sama amalkan tips ni dan melancong ke luar negara!

P/S : Ada banyak lagi tips sebenarnya. Tapi ni antara tips paling mudah untuk anda follow. Semoga bermanfaat!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!