SERVIS AIRPORT TRANSFER DI JEPUN

Hilangkan Pening Kepala Dengan Servis Airport Transfer Jika Bercuti Ke Tokyo

SERVIS AIRPORT TRANSFER DI JEPUN

Assalamualaikum dan kita bertemu kembali. Saya ada cerita menarik sebenarnya ketika sekali lagi  berkunjung ke Tokyo pada bulan December 2017 yang lepas. Tapi saya hold cerita saya dulu sebab ramai yang bertanya mana nak tidur sebab fight Airasia di Haneda biasanya  sampai lewat malam.

Dengar cerita tahun 2019 nanti kerajaan Jepun pun nak kena kan tourist tax sebanyak 1000 Yen untuk pelancung yang meninggalkan Jepun  Bersedialah ye untuk peminat Jepun tegar sebab anda bukan sahaja akan di kenakan caj hotel yang mahal tetapi juga tambang teksi dan pass bullet train yang mahal.

Tambang train yang super gila juga salah satu ‘ ciri-ciri’ menarik jika anda menyukai Jepun sebagai destinasi bercuti. Tapi bersabar sahajalah sebab Jepun merupakan sebuah negara yang sangat menarik untuk kita pergi berkali-kali.

Mana nak cari transport tengah-tengah malam ni ?

Ini sebenarnya kisah jiran sekampung saya dulu yang baru pertama kali nak ke Tokyo. Masa tu saya baru 2 minggu balik dari Tokyo bawa anak-anak. Flight beliau pula lebih kurang 2 minggu selepas saya balik.

Sebelum ni jiran saya ni ikut pakej atau ikut kawan-kawan kalau nak travel. Tapi kali ni katanya dia nak cuba pergi sendiri. Saya pun galakkan juga untuk dia cuba pergi sendiri. Ikut pengalaman saya sistem pengangkutan di sana sangat teratur.

Tapi jiran saya ni risau sebab dia bawa anak umur 7 tahun dan tak ada pengalaman travel sendiri.

 Mana nak tidur ye ? Sempat tak kejar train sebab takut tersangkut dekat immigresen

 

Itu yang jadi kebimbangan beliau sebab flight Airasia akan mendarat di lapangan terbang Haneda pada jam lebih kurang 10.30 malam. Beliau nak tidur di hotel sebab takut anak tak selesa tidur di airport sementara ambil train sebelah pagi.

Jiran saya ni ada survey harga tambang teksi di Jepun yang mana memang cecah beratus ringgit juga. Perkhidmatan airport transfer  yang di kelolakan oleh rakyat Malaysia di Tokyo yang buat servis airport transfer pun boleh tahan mahal.

Memang betul sebab saya sendiri pun pernah survey dan tak sanggup nak ambil servis mereka ( saya bukan orang kaya sebab travel pun tak pakai tour guide ). Mungkin harga tu memang rate di Jepun sebab kos kehidupan di Tokyo memang mahal.

Bayangkan semangkuk mee pun dah 1000 Yen ! ( duit Malaysia  dalam RM 37- 40 ikut tukaran matawang ).

Mana nak cari teksi atau airport transfer yang murah sikit ? Kami tak nak tidur di airport sebab takut anak tak selesa

 

Gunakan servis airport transfer yang sah di Jepun

SERVIS AIRPORT TRANSFER DI TOKYO

Masuk ke laman web Klook.com dan buat tempahan dengan mereka. Itu yang saya sarankan pada jiran saya sebab saya juga menggunakan servis airport transfer melalui Klook semasa ke Tokyo buat kali ke dua.

Sebelum tu saya agak ragu-ragu sebab tak pernah guna laman web tu walaupun banyak kali juga saya survey. Faham-faham ajelah kan penipu ni ramai di alam maya. Kalau kita tak biasa silap-silap kena tipu dan duit kita lebur entah ke mana.

Saya baca komen-komen dan feedback pengguna yang menggunakan laman web Klook.com yang rata-rata mat salleh atau pelancong dari negara luar . Majoriti mereka sangat berpuas hati sebab ada macam-macam servis yang di tawarkan termasuk airport transfer.

Jumlah caj pengangkutan yang di kenakan pada saya ketika itu lebih berpatutan dari pengendali laman tempahan yang lain . Untuk caj sebelah siang caj airport transfer dari Haneda ke hotel penginapan lebih murah berbanding sebelah malam.

Sewaktu buat tempahan dulu saya di kenakan caj sebanyak RM 426 ( selepas diskaun hanyalah RM 366 ) sahaja . Jumlah itu adalah untuk perjalanan dari Haneda ke Okachimachi ( area Ueno ) pada pukul 12 tengah malam.

5 orang penumpang
2 luggage ukuran 21 inci
1 luggage berukuran 28 inci
5 beg sandang biasa

Jangkamasa adalah lebih kurang 35 – 40 minit menaiki kereta ( saya menginap di apartment menggunakan airbnb )

Ia juga bergantung pada jumlah penumpang, jumlah luggage yang di bawa termasuk saiz lugagge juga jenis kereta yang di tempah. Baca betul-betul lokasi kediaman yang mereka tawarkan kerana jika ia di luar lokasi yang di tetapkan anda mungkin akan di kenakan caj tambahan.

Harga ini juga mungkin tidak tetap atau berubah mengikut musim kerana pada ketika saya menulis artikel ini harga untuk tempahan yang sama adalah RM 772. Saya dapati ada terma terma baru termasuk caj yang di kenakan jika ada kelewatan ketibaan.Besar kemungkinan ada pertukaran atau ‘ upgrade service ‘ yang di lakukan.

Pastikan dulu samada harga ini berbaloi dengan keselesaan dan situasi anda .

Macam mana nak buat tempahan ?

BAYARAN SERVIS AIRPORT TRANSFER DALAM MATAWANG JEPUN

Buat tempahan secara online . Masukkan butir-butir tempahan termasuk lokasi hotel atau kediaman dan harga akan di berikan secara automatik selepas anda selesai masukkan detail.

Semak dulu sebelum buat bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit. Kita akan terima email pengesahan sebaik sahaja selesai membuat bayaran secara online

Mengikut pengalaman saya dulu sebelum berlepas pihak pengendali airport transfer ini menghubungi saya melalui wsap untuk mengesahkan tempahan. Semasa buat tempahan juga pihak Klook ada meminta butiran untuk berhubung dengan kita jadi saya berikan nombor talipon yang menggunakan servis wsap.

Sebaik sampai di airport Haneda, kita akan terima wsap dari pemandu yang telah menunggu di lokasi yang telah di tetapkan.

Tak susah sebab tak perlu terkejar-kejar train tengah malam . Buat booking siap-siap dari Malaysia supaya perjalanan kita lebih selesa.

Dapat kupon diskaun untuk tempahan lain

Saya sendiri dah guna dan sangat berpuas hati. Yang menariknya selepas saya tempah airport transfer, saya juga dapat banyak kupon diskaun yang boleh di gunakan untuk buat tempahan yang lain.

Ada banyak servis tempahan yang di tawarkan seperti tiket taman tema, simkad , pocket wifi ,  pakej travel,  pass pengangkutan dan pelbagai kemudahan lain. Saya ambil peluang menebus kupon dengan menempah pass masuk ke Tokyo Disneyland  dan juga pass masuk ke Fuji Q Highland.

Anda juga akan sampai lewat malam di Haneda?

Saya cadangkan anda lihat dan semak caj di laman web Klook jika bimbang tak dapat kejar train , datang dengan orang tua atau bercuti dalam kumpulan yang ramai .

Jika bersesuaian dengan bajet anda kenapa perlu bersusah payah cari yang lain?

8 thoughts on “Hilangkan Pening Kepala Dengan Servis Airport Transfer Jika Bercuti Ke Tokyo”

  1. JEPUN adalah negara yang menjadi idaman untuk golongan berwang membeli belah..

    saya juga nak dan sekarang cabaran untuk menjadikan diri sebagai golongan berwang supaya mampu untuk pegi ke Jepun suatu hari nanti

  2. Belum lagi ada rezeki untuk melancong ke luar negara, namun tips dan perkongsian untuk bercuti ke tokyo ini sedikit sebanyak memberi sesuatu yang baru untuk pengetahuan. InsyaAllah nak pergi juga nanti

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!