HOTEL MYSTAYS UENO

Hotel Budget Di Jepun – Mystays Berkonsep Apartment

Hotel di sekitar Shibuya juga mahal
Hotel di sekitar Shibuya juga mahal

Saya menyertai group facebook Road To Japan untuk dapat banyak tips  travel di Jepun. Banyak perkongsian maklumat seperti makanan halal, pengangkutan serta tempat tinggal yang berguna jika kita baru pertama kali ke sana.

Sementelah saya bercadang untuk ke Tokyo lagi sekali hujung tahun ini jadi saya memang agak sibuk juga tengok-tengok hotel  di Ueno atau Asakusa . Kedua-dua kawasan ni berdekatan je dan banyak attraction di kawasan tersebut.

Salah satu hotel budget di Jepun - Mystays Ueno
Salah satu hotel budget di Jepun – Mystays Ueno

Saya dapati hasil dari maklumat pertanyaan dan jawapan traveller tegar di Jepun ada sebuah rangkaian hotel budget di Jepun  yang selalu di cadangkan iaitu Mystays Hotel. Ketika saya di Tokyo hari tu ada sekali tersesat waktu nak balik ke hotel saya di Ueno.

Masa pusing semula itulah saya perasan ruang kaki lima tu rupanya bersebelahan dengan Hotel Mystays. Dari luar nampak kemas je hotel ni.

Hotel Mystays sebenarnya adalah bisnes hotel. Ia ada banyak rangkaian di seluruh Jepun. Boleh di katakan di serata Jepun ada saja hotel ni .Sebagai contoh di area Ueno yang saya diami hari tu ada 3 hotel Mystays. Hotel Mystays Ueno East, Mystays Ueno Iriyaguchi dan sHotel Mystays Ueno Inaricho. Kesemua stesen metro berada berdekatan dengan kawasan ini.

Jika kita berada di sekitar Tokyo sahaja adalah lebih jimat guna Tokyo Metro atau Subway sebab lebih jimat. Jadi memilih hotel yang dekat dengan stesen subway ni memudahkan kita nak ke mana-mana.

 

Ruang Dalam Bilik Triple Room Di Hotel Mystays Asakusa
Ruang Dalam Bilik Triple Room Di Hotel Mystays Asakusa

 

Triple Room Di Hotel Mystays Ueno Iriyaguchi
Triple Room Di Hotel Mystays Ueno Iriyaguchi

Harga penginapan hotel budget ini pada saya di kira sederhana . Rata-rata di Jepun sangat susah nak dapat bilik harga bawah RM 100 satu malam. Mereka juga caj ikut bilangan kepala atau berapa orang yang akan tinggal dalam bilik tu. Rata-rata harga satu malam adalah dalam RM 120- RM 150 paling murah.

Harga pun subjektif sebab mereka ni caj ikut musim juga. Masa Sakura tengah berkembang lagilah mahal harga bilik untuk satu malam walaupun untuk single room.

Check in hotel ini 24/7 kerana bagi mereka yang flight sampai tengah malam atau awal pagi sentiasa ada staff yang bertugas. Sesetengah hotel anda terpaksa beritahu lebih awal jika tak mahu tidur di luar.

Hotel Mystays  menawarkan private bathroom untuk setiap bilik. Saya tidak akan ambil bilik penginapan hotel yang ada sharing bathroom kerana ia menyukarkan jika orang lain berlama-lama dalam bilik air. Selalunya hotel yang lebih kecil ada yang kena kongsi bilik air.

Lebih menarik ialah hotel Mystays menawarkan konsep apartment hotel . Peralatan dapur di sediakan tetapi bergantung pada jenis bilik juga. Agak memudahkan untuk masak yang simple.

 

Ruang dapur kecil di Hotel Mystays Asakusa Bashi
Ruang dapur kecil di Hotel Mystays Asakusa Bashi

 

Antara peralatan dapur di Hotel Mystays Kanda- Ada hot plate tu yang penting untuk masak
Antara peralatan dapur di Hotel Mystays Kanda- Ada hot plate tu yang penting untuk masak

Peralatan memasak seperti hot plate,  microwave , teko letrik serta lain-lain yang asas di sediakan. Tak perlu pakai semua sebab yang penting bagi saya ada hot plate atau micro wave. Soal peralatan memasak tu pun kena ambil kira sebab negara ni islam adalah minoriti.

Bawa anak masa travel penting ada dapur simple ni sebab kerenah budak nak makan kena jaga juga.

Jadi jika anda bercadang untuk menyewa  hotel budget di Jepun pada harga sederhana tetapi lengkap dengan kemudahan asas saya cadangkan hotel Mystays ni.  Gunakan hotelscombined di sebelah kanan blog untuk bandingkan harga hotel dulu sebelum menempah.

Photo credit : Mystays.com & hotelscombined

Ps: Siapa pernah menginap di hotel ni boleh komen ok ke tak ?

 

19 thoughts on “Hotel Budget Di Jepun – Mystays Berkonsep Apartment”

  1. Khairuddin Mohd Rawi

    As-Salam Sis,

    Info yg sangat berguna. Minta pandangan, kami 6 org sekeluarga plus 1 baby rancang bercuti di Tokyo/Osaka – 12 Hari.

    Isu sekarang – abnb nampak macam mahal. Budget hotel yg Sis mention ni selain yg ini ada yg lain2 tak? Pfreferable yg berdekatan dgn stesen – JR Line ( Yamanote)

    Ada cadangan Sis utk saya?

    1. Hotel kecik di sana. Apartment saya duduk hari tu dekat dengan jr line dan metro. Saya sewa di Ueno Okachimachi apartment 1 bilik commercial area. Rumah lengkap walaupun mahal sikit. Pada saya kalau 150 per night per pax dah cukup murah di sana. Yang penting stesen tu dekat dengan rumah

  2. Assalammualaikum. Tq atas review. Saya mmg tgh cari review utk penginapan di Tokyo bulan 10 ni. MyStay Hotel ni antara dalam rancangan nemandangkan ABnB ada masalah.
    Cuma nk tanya pendapat pasal pass.
    My plan adalah 10h9m di Tokyo. Basic itenery adalah Ueno, Disneyland, Shibuya, Asakusa, Litte Edo di Saitama, Mt Fuji, Hitachi Seaside Park dan tempat2 menarik area bandar Tokyo.
    So, soalan saya pass mana bersesuaian utk saya guna? JR Tokyo Wide Pass atau pass lain? Tq in advance

    1. Saya tak guna Tokyo Wide Pass sebab dah ada Pasmo Card ( salah satu IC yang serbaguna). Kalau guna pass pun bagus.Boleh beli lebih dari satu ikut keperluan.

  3. Salam Sis,
    Macam mana ye, saya nak cari Hotel yg dekat dengan station. Saya beli JR Pass, so senang kan.
    Ada cadangan ittenary tak utk 8h7m. Pergi balik dari Haneda.
    Ada yg cadangkan 2 mlm di Tokyo,2 mlm di Osaka, 2 mlm di Kyoto. Saya nak pergi bulan Oct berdua aja dengan suami. Sampai hari ni, saya masih buntu. Tak tahu nak pilih hotel & rangka ittenary.
    Susah btol rasanya kali ni ke Japan. Alhamdulillah, March haritu ke Korea..saya berjaya rangka sendiri. Huhu..rasa nak nangis tak siap2 ittenary. Hotel pon belum booked..risauuu 🙁

    1. Wsalam Jaja. Terima kasih sudi singgah di sini. Saya cadangkan pergi satu tempat sahaja. Nanti letih perjalanan jika di campurkan dengan kawasan yang lain. Kalau Osaka dan Kyoto saya tak sampai lagi. Tokyo kalau tak mahu tukar-tukar train banyak kali ambil hotel yang dekat dengan JR Yamanote Line sebab line ni cover semua bandar-bandar yang tourist spot.

      Guna Yamanote line ni tak perlu pakai JR pass pun sebab boleh guna kad Pasmo /Suica . Kad ni pun boleh guna untuk jika nak rasa tukar-tukar stesen. Tak susah pun sebenarnya Tokyo ni sebab metro dan JR stesen mereka sangat teratur. Kalau nak senang dan hotel yang sudah sangat ok, APA hotel reasonable. Boleh di katakan setiap hun stesen memang ada rangkaian mereka di situ. Saya pun nak repeat trip ke Tokyo December ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!