insurans perjalanan

Jika Anda Rasa Insurans Perjalanan Tidak Penting Semasa Bercuti, Kes Michael Schumacher Mungkin Wajar Di Jadikan Panduan.

 

insurans perjalanan

Setiap kali travel anda ambil tak insurans perjalanan ? Atau masih tak anda ingat kes Michael Schumacher yang mengalami kemalangan semasa bermain ski ketika dalam percutian pada tahun 2013.Kes itu menggemparkan kerana pelumba F1 yang sangat top ini bukan tidak pandai bermain ski tetapi kemalangan itu menyebabkan beliau koma dan masih lagi belum sembuh hinggalah sekarang.

Selepas kemalangan rumah serta jet persendirian milik beliau mula di jual oleh isterinya mungkin untuk menanggung kos perubatan kerana kecederaan serius. Michael Schumacher sangat bernasib baik kerana beliau bukan orang sembarangan. Bagimana pula dengan kita  yang cuma orang biasa ?

Seperkara yang kita perlu ingat dalam keseronokan bercuti , keselamatan diri juga perlu di ambil kira lebih-lebih lagi jika kita travel jauh sehingga ke luar negara.Saya berkata begini kerana saya sendiri pun selepas ini mesti ambil insurans perjalanan kerana sebelum ini saya tak pernah ambil. Bukanlah saya tidak tahu kepentingannya kerana sebelum saya berhenti kerja 6 tahun lepas, saya bertugas di bahagian tuntutan kemalangan di syarikat insuran .

Cuma bila hobby travel dah masuk dalam diri saya baru saya terfikir untuk dapatkan insurans perjalanan untuk travel ke luar negara  yang akan datang.

Dalam memilih insurans perjalanan , sebenarnya ia lebih kurang sama sahaja .Tiada tariff untuk jenis insurans seperti ini. Ha, dah terbuka pula terma-terma insuran yang dah saya tinggalkan hampir 6 tahun lepas.

Polisi insuran perjalanan ini jenis tailor-made iaitu bergantung kepada pakej  perlindungan yang di tawarkan oleh pihak penanggung kemalangan atau pihak syarikat insuran.Ia berlainan dengan insuran kenderaan dan insuran kebakaran yang mempunyai tarifnya sendiri dan di perlu di ikuti oleh semua syarikat insuran yang terlibat. Jadi pilihlah yang mana anda rasa lebih selesa dengan budget dan keperluan.

Berikut 6 ciri-ciri yang perlu kita tekankan  semasa memilih insuran perjalanan :

1.Pihak penanggung insuran anda mempunyai rangkaian yang bagus dengan rakan gabungan luar negara. Sebagai contoh ialah syarikat insuran itu terkenal dengan kelebihan perkhidmatan mereka di luar negara kerana mempunyai banyak cawangan. Bagaimanapun ia bukanlah kemestian tetapi boleh di jadikan sebagai keutamaan.

2.Polisi insurans perjalanan tersebut menyediakan bantuan kecemasan antarabangsa sepanjang masa iaitu 24 jam termasuk medical assistance. Ini penting jika berlaku kecederaan serius dan anda perlu di rawat dengan segera di hospital. Begitu juga bayaran pemulangan mayat jika berlaku kes kematian.Seramkan ?

3.Pampasan insuran terhadap perbelanjaan hospital dan rawatan lanjut sebaik anda pulang dari travel jika perlu.Anda mungkin perlukan rawatan susulan dan kos itu di akan di tanggung.

4.Pampasan kehilangan bagasi termasuk dokumen perjalanan yang berkaitan. Lapuran kerosakan atau kehilangan barang semasa check-in-luggage terhadap pihak penerbangan perlu di buat .

5.Pampasan terhadap kelewatan bagasi dan penangguhan penerbangan oleh syarikat penerbangan.

6.Sebarang tuntutan terhadap anda ketika berada di luar negara .Contohnya di sini jika anda ada secara tak sengaja merosakan barang-barang ketika berada di kompleks membeli belah atau mungkin di tempat awam. Mungkin ada tuntutan di buat terhadap anda atas kerosakan atau kecederaan pada pihak lain yang berlaku.

Perlu juga anda ketahui tidak semua tuntutan ini akan di bayar jika anda tidak mengikut prosedur cara membuat tuntutan . Begitu juga bayaran medical expenses yang hanya boleh di  tuntut dengan satu syarikat insuran sahaja walaupun anda mempunyai lebih dari satu polisi .

Oleh itu jika anda tidak faham elok bertanya pada pihak penyedia insuran apa-apa yang anda rasa perlu ada dalam polisi insurans perjalanan anda.Secara amnya begitulah perlindungan yang akan di berikan kepada pemegang polisi insuran travel. Hanya jumlah pampasan serta bentuk perlindungan mungkin sedikit berbeza antara satu syarikat insuran .

PS :Jangan ambil lewa terhadap kepentingan insurans perjalanan.Ada kes yang berlaku pada rakan kawan saya yang terjatuh ketika berjalan di musim sejuk akibat salji yang licin. Kos rawatannya di sana hampir RM 30,000 !

12 thoughts on “Jika Anda Rasa Insurans Perjalanan Tidak Penting Semasa Bercuti, Kes Michael Schumacher Mungkin Wajar Di Jadikan Panduan.”

  1. Etiqa 360 boleh issue guarantee letter. Tak pasti kalau ada syarikat lain boleh buat juga. Inilah travel insurance terbaik, tak menyusahkan pelanggan sebab rasanya tak ramai yang berjalan bawa duit yang banyak. Kalau banyak pun sebab nak shopping je.

  2. Jika ada ditawarkan perlindungan takaful, pelancong muslim sebaiknya mengambil takaful, kalau tak ada terpaksa juga ambil insurans.

    Tapi sekarang dah banyak tawaran perkhidmatan takaful perjalanan disediakan, cuma mungkin untuk perjalanan yang spesifik seperti pelancongan ke pulau mungkin belum ada.

    Tapi akan datang pasti lebih meriah dengan tawaran takaful yang pelbagai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!