Pocket Wifi memudahkan berhubung semasa di luar negara

Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel

Pocket Wifi memudahkan berhubung semasa di luar negara
Pocket Wifi memudahkan berhubung semasa di luar negara

Apakah trend trend terkini bagi pengembara berhubung dengan dunia luar sekarang ?

Bagi mereka yang gemar mengemas kini status di laman sosial pocket wifi adalah alat komunikasi yang semakin popular.

Kini ada beberapa syarikat pengendali pocket wifi yang beroperasi di Malaysia. Jumlah ini di kira masih kecil berbanding dengan permintaan pengembara Malaysia yang semakin meningkat.

Mungkin salah satu sebab kenapa permintaannya tinggi kerana travel ke luar negara semakin menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Kenapa Perlu Pakai Pocket Wifi ?

Sebelum ini saya sendiri biasa menggunakan simkad tempatan negara yang saya lawati. Pengalaman  travel beberapa kali di Eropah menggunakan simkad tempatan saya dapati adalah lebih menjimatkan.

Bagaimanapun ketika itu saya hanya travel 2 orang.

Pengalaman di South Korea dan Jepun bagaimanpun agak berlainan. Walaupun ramai mengatakan guna je public wifi yang bersepah saya dapati ia taklah seindah yang di khabarkan.

Takkanlah kita hanya duduk satu tempat semata mata nak dapat wifi sedangkan masa travel kita banyak berjalan.

Memandangkan pengalaman menggunakan public  wifi tidak sesuai dengan saya maka saya bercadang untuk menggunakan pocket wifi dalam trip yang akan datang.

Tidak semua negara mudah mendapatkan public wifi
Tidak semua negara mudah mendapatkan public wifi

Ada beberapa company yang saya tengok sediakan pakej yang agak berpatutan. Antaranya Visondata yang menyediakan pakej Samurai Wifi.

Saya ada email kepada 2 buah syarikat yang sediakan servis ni beberapa minggu lepas tetapi Samurai Wifi kelihatannya lebih pantas menjawab setiap email saya.

Time is money ! Jadi semestinya kita beri lebih perhatian pada sesiapa sahaja yang cepat beri respon ye tak ?

Baiklah kita teruskan untuk tengok apa sebenarnya kelebihan pocket wifi .

1.Kita boleh berjimat bila  berhubung dengan dunia luar tanpa perlu roaming .

Roaming sangat mahal. Pernah saya ke Vietnam dan kawan saya menggunakan roaming dengan salah sebuah telco terbesar di Malaysia.

Tak sampai seminggu lepas baik dari Vietnam beliau terperanjat kerana jumlah bil setinggi RM 400 untuk sekitar 3 hari 2 malam.

2.Boleh berkomunikasi bila-bila masa di mana sahaja.

Ada kalanya kita perlu berhubung dengan rakan atau keluarga ketika travel. Jadi dengan adanya pocket wifi komunikasi bukan lagi masalah besar.

3.Liputan yang meluas.

Rata-rata penyedia servis pocket wifi ini memberikan liputan yang luas. Samurai Wifi contohnya menyediakan perkhidmatan ke hampir 100 negara-negara di Eropah, Asia, Amerika Selatan , Afrika serta di Oceania.

Semak laman web mereka  untuk lihat negara yang bakal anda lawati mempunyai liputan tersebut atau tidak

4.Boleh di tempah secara online

Seperti yang saya nyatakan permintaan pocket wifi adalah tinggi . Penyedia servis ini masih lagi dalam skala kecil di Malaysia.

Pihak Visondata syarikat yang mengendalikan Samurai Wifi ini membolehkan tempahan di lakukan secara online untuk traveller yang berada di luar kawasan pejabat mereka.

Mereka boleh ambil di pejabat , di pos dengan courrier atau ambil sendiri di kaunter mereka di lapangan terbang.

5.Boleh di pulangkan secara pos.

Kadangkala flight kita sampai lewat pagi atau tengah malam . Jadi pilihan pemulangan secara pos memudahkan traveller yang menggunakan pocket wifi memulangkan sehari selepas mereka tiba di Malaysia.

Kelebihan pocket wifi ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja
Kelebihan pocket wifi ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja

Macam mana nak guna pocket wifi

Kalau kat rumah kita guna internet dan telekom ada pasang satu modem betul tak ?

Sama sahaja caranya. Bezanya modem pocket wifi tu kita bawa dalam handbag kita ke mana-mana.

Hanya on pocket wifi dan masukkan password dan cari signal dalam handphone anda untuk sambungan internet.

Samurai Wifi menghadkan 5 device atau alat komunikasi untuk satu-satu pakej. Ini untuk memastikan servis yang kita guna lebih lancar .

Tak kiralah kita  guna laptop,handphone, atau tab jadi kalau lebih dari 5 device seeloknya sewa sebuah pocket wifi lagi.

Apa yang kita dapat bila membuat tempahan

Pakej  pocket wifi kita akan dapat :

1.Modem + simkad

2.Cable + adapter

3.Pouch ( beg )

Jika anda nak tambah aksesori lain seperti power bank atau  insuran , mereka juga menyediakan servis tambahan.

Kadar bayaran sewa pocket wifi

Rata-rata lebih kurang sahaja kelebihan pocket wifi Samurai Wifi ni dengan penyedia yang lain. Kadar bayaran tu pun lebih kurang sama. Kadar bayaran sewa ikut negara yang anda bakal pergi.

Semasa kita nak tempah, isi borang online dan masukkan tarikh pergi dan balik untuk sistem mereka auto calculate harga yang perlu kita bayar.

Sebagai contoh semasa saya tulis post ni ada pakej promo untuk Jepun sebanyak RM 15  sehari.

Kalau 7 hari  x RM 15 = RM 105 .

Jika travel 5 orang seorang hanya bayar sebanyak RM 21 sahaja untuk tempoh 7 hari . Murahkan ? Lebih murah dari pakai local simkad .

Kesimpulannya pada pendapat saya jika nak travel bajet dan bawa ahli keluarga atau rakan adalah lebih jimat untuk guna pocket wifi. Gunakan kelebihan pocket wifi ketika travel untuk berhubung sesama anda.

Jika travel seorang mungkin menggunakan local simkad lebih berbaloi.

Nak cuba guna pocket wifi boleh terus ke laman web penyedia di sini >> Samurai Wifi

PS : Anda pernah guna pocket wifi ? Kongsikan pengalaman anda semasa menggunakannya.

Visondata pocket WiFi

20 thoughts on “Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel”

  1. Saya dah booking pocket wifi dr samurai ni utk trip ke korea april nanti, cuma tak berapa faham bila nak kena bayar sewa tu?

    1. Tapi nanti asyik melekatd engan internet sahaja. Saya on internet bila nak guna sahaja. Tak suka biarkan online kalau tak guna nanti bateri cepat habis.

  2. Ohh ini la pocket wifi. Malaysia patut ada banyak benda ni. Senang nak guna wifi berjemaah. Kebetulan bulan 5 ni ada trip ke jepun. Boleh pertimbangkan untuk mencuba, tak la mahal kan.

  3. Saya memang dah guna dah pocket wifi ni.. even walaupun di dalam Malaysia mmg usung kemana2 pocket wifi sbb ianya lbh compatible berbanding buat hotspot dgn phone sendiri..

    cuma pilihan pocket wifi yg ada di Malaysia sgt terhad..huhuhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!