BELI BAJU SEJUK

Kami Nak Beli Baju Sejuk Yang Mampu Milik

BELI BAJU SEJUK

Mendengar keluhan dan luahan rasa pelanggan yang nak beli baju sejuk sudah menjadi rutin saya .

Macam macam rungutan dari pelanggan yang bila pergi ke shopping complex tengok harga baju  terus kata rasa nak pengsan.

Ada yang nak pergi travel dengan famili. Ada yang nak pergi bercuti sendiri.

Tak kira kategori mana pun anda sudah tentunya kos menyediakan pakaian musim sejuk itulah mesti ada peruntukan.

Memandangkan saya masih belum ada kedai fizikal kebanyakan pelanggan saya nasihatkan untuk menempah di laman web sahaja.

Walaupun begitu saya  sebenarnya  menerima ramai pelanggan luar Seremban seperti dari Kuala Lumpur, Kajang, Bangi dan Putrajaya.

Pelanggan dari Johor dan Melaka juga ramai malah kadang-kadang ada yang tiba-tiba call beritahu mereka sedang cari kedai saya.

….Kami nak beli baju sejuk yang mampu milik. Bila pergi kat kompleks sales girl dalam kedai tu tunjuk yang tip top aje kak

 

Itu kata kata dari Puan Suzana yang baru baru ni mengambil kesempatan datang berjumpa saya terus untuk membeli belah.

Tak di nafikan memang harga baju sejuk dan memang tinggi di negara kita kerana pakaian ini bukan pakaian harian. Saya sendiri tak mampu nak beli baju sejuk yang ada di shopping complex.

Puan Suzana menetap di Nilai dan jarak tempat tinggal beliau hanyalah dalam anggaran 20- 25 minit sahaja.

Beliau datang dengan anak anak beliau untuk beli baju sejuk yang akan turut serta bercuti ke Korea pada bulan January nanti.

Memandangkan  bulan January di Korea adalah masa yang sangat sejuk saya berikan sedikit tips pada pelanggan saya ini sambil beliau mencuba jaket musim sejuk yang baru sampai.

Pelanggan seperti puan Suzana tak ada masalah sangat nak cuba baju baju yang di beli sebab lokasi tempat tinggal beliau yang berdekatan.

 

STOK UNTUK CUSTOMER BELI BAJU SEJUK

 

Menurut beliau lagi beliau dah tengok di kedai dalam talian saya. Oleh kerana ketika beliau hubungi saya sekali lagi stok saya baru sahaja sampai,  Puan Suzana minta untuk datang terus berjumpa saya.

..Saya tengok di web banyak barang barang dah sold out. Bila akak wsap beritahu stok baru dah sampai baik saya terus pergi beli sekarang

Alhamdulillah mudah berurusan dengan beliau yang tak banyak soal.

Oleh kerana ini percutian mereka yang pertama kali di musim sejuk ke South Korea yang memang terkenal dengan cuaca sejuk yang ekstrim, saya cadangkan beliau untuk ambil set flexi yang lebih jimat.

Set flexi ni saya sediakan untuk pelanggan yang rata-rata tak ada pengalaman bercuti semasa musim sejuk.

Set ini mengandungi :

(1) Baju sejuk inner
(2) Leg warmer
(3) Skaf musim sejuk
(4) Sarung kaki
(5) Sarung tangan

Pada saya ke lima-lima item ini sangat penting sebagai pakaian asas untuk mereka.

Aksesori percutian musim sejuk  seperti topi  dan earmuff adalah pilihan tetapi bergantung pada lokasi dan ketahanan badan juga.

Set Flexi ini selalu sold out kerana harganya lebih jimat dari membeli satu-satu.

Pada hari tersebut pelanggan saya ini memilih 5 set flexi sementara stok masih ada. Senang lengkap semua dalam satu set.

Untuk jaket musim sejuk pula anak perempuan Puan Suzana memilih 2 helai jaket yang baru sahaja saya bawa masuk.

Sehelai baju sejuk yang kalis air berwarna pink yang mempunyai hoodie yang ada bulu-bulu dan sehelai lagi baju sejuk yang mempunyai lining jenis fleece yang tebal di bahagian dalam.

Pelanggan saya sendiri memilih 2 pasang jaket baju sejuk untuk di pakai nanti di samping sepasang lagi untuk anak saudara beliau yang akan bercuti bersama-sama.

Ha cantik tak baju sejuk warna pink kat atas ni?

Seronok saya tengok mereka mencuba baju-baju sejuk yang baru sampai kerana banyak saiz yang padan dengan mereka.

Berseri-seri muka masing-masing sebab dapat beli baju  sejuk fesyen terbaru idaman hati yang sesuai dengan bajet mereka.

Jaminan Boleh Tukar Jika Beli Baju Sejuk Dengan Kami

Untuk pelanggan online yang masih mencari-cari baju dan mahu beli baju sejuk dengan harga yang mampu milik saya cadangkan anda untuk tenpah di laman web sahaja.

Setiap tempahan dalam talian saya berikan jaminan boleh tukar jika ada antara pakaian tersebut kurang fit apabila telah sampai ke tangan masing-masing.

Saya cuba sedaya upaya berikan ukuran yang tepat dan beri saiz cadangan berdasarkan rangka badan rakyat Malaysia.

Baju sejuk ini saya ambil dari China dan rata-rata cutting baju memang kecik walaupun bersaiz besar.

Bayangkan saiz baju 3XL tetapi saiz yang biasanya boleh di pakai dengan selesa dengan badan orang Malaysia adalah anatar saiz M dan L.

Jadi keterangan atau produk info saya tulis sebaik habis agar pelanggan dapat memilih yang benart-benar fit dengan saiz mereka.

Untuk memudahkan pelanggan menempah di kedai dalam talian, saya dan tambah baik halaman tempahan supaya lebih ringkas.

1. Cara tempahan yang lebih mudah. Tak perlu isi banyak step by step.

Kiranya dalam satu page isi semua detail tempahan tanpa perlu tekan butang klik banyak kali.

2. Pelanggan boleh membayar secara online banking dan kad kredit dengan menggunakan payment gateway.

Jadi mereka tak perlu lagi tunggu invoice untuk buat bayaran kerana bayaran boleh di buat terus semasa tempahan.

Anda yang nak bercuti tak lama lagi dah ada baju sejuk ke belum?

Jika mahukan jaket baju musim sejuk dengan harga yang sederhana dan ready stock boleh terus ke kedai dalam talian saya di sini >>pakaianmusimsejuk

7 thoughts on “Kami Nak Beli Baju Sejuk Yang Mampu Milik”

  1. Blog yang sangat menarik ditambah pula dengan perniagaan perniagaan baju sejuk sesuai dgn niche blog menjadikan blog ini sangat menarik. Teruskan usaha semoga terus maju

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!