SUASANA-TANPA-SKAF-MUSIM-SEJUK-DI-KOREA

Kawan Pun Pinjam Pakai Skaf Musim Sejuk Saya !

SUASANA-TANPA-SKAF-MUSIM-SEJUK-DI-KOREA

Selamat pagi dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Pagi pagi sekarang terasa sangat sejuk. Saya sendiri kadang-kadang terpaksa  pakai skaf musim sejuk atau sweater fleece  dalam rumah.

Mungkin ada perubahan cuaca yang berlaku di negara kita.Pada bulan Januari yang lepas pun beberapa daerah seperti Kuala Pilah , Kuala Krai dan Kota Kinabalu mengalami suhu suhu sejuk yang luar biasa.

Seperti yang kita semua maklum suhu normal negara kita biasanya 27 – 30 celcius tetapi pada bulan January yang lepas suhu sejuk mencecah antara 15 – 21 celcius. Orang kita tak biasa dengan suhu sejuk mengakibatkan ramai  penduduk di kawasan terlibat terpaksa memakai jaket.

Oleh itu kalaulah Malaysia ini di landa musim sejuk seronoklah saya berniaga baju sejuk ye. Tapi bagaimanapun  tanda tanda perubahan cuaca tu sebenarnya menakutkan juga.Pasti ada sebab tuhan jadikan begitu supaya kita ambil pelajaran dan sebagai peringatan yang dunia dah semakin tua.

Cerita pelanggan skaf musim sejuk bercuti di Korea Selatan

Okay saya sebenarnya nak cerita sikit tentang pengalaman salah seorang pelanggan saya yang bernama Cik Faridah. Beliau sebelum ni menghubungi saya melalui wsap bertanyakan tentang skaf musim sejuk yang saya jual di kedai dalam talian kami.

Menurut  customer ini lagi dia bersama rakannya nak bercuti berjalan – jalan ke Korea Selatan. Negara kimchi ni memang jadi favorite rakyat Malaysia pergi bercuti sepanjang tahun. Mungkin ada yang muak bila sebut Korea ni kan tapi negara ni ada keistimewaannya yang tersendiri.

Sebut kimchi teringat saya sedapnya kimci yang di hidangkan bersama ikan bakar yang di makan dengan kawan di Myeondong bulan Ferbruari lepas . Yummy !

Ketika Cik Faridah hubungi saya masa tu baru masuk bulan April . Kalau ikut pengalaman saya bulan April adalah awal musim bunga atau masa peralihan dari musim sejuk ke musim bunga di Korea Selatan.

Justeru itu suhu ketika awal musim bunga ini sebenarnya masih lagi sangat sangat sejuk . Angin pun ketika musim peralihan ni biasanya bertiup kencang.

Pernah ketika saya travel  ke Paris dulu pada bulan April 2012 terpaksa memakai skaf untuk tutup badan walaupun masa tu dah pakai 3 lapis baju termasuk winter jacket.Masa naik hop on hop off bas lagilah kena sentiasa pakai skaf musim sejuk ni sebab bas yang saya naiki jenis dua tingkat dengan bahagian atasnya terbuka.

Takut kak nanti sejuk . Kawan kawan kata better bawa skaf musim sejuk dengan glove supaya lebih selesa

Bagi yang pernah tinggal atau  bercuti ke negara 4 musim pada awal musim bunga pasti tahu macam mana sejuknya ketika musim tersebut.

Gambar lebih nampak cantik dengan sehelai skaf musim sejuk di leher.

TESTIMONI-SKAF-MUSIM-SEJUK-FARIDAH-E

Cik Faridah pun bermurah hati nak kongsi 2 keping gambar beliau bersama rakannya yang travel ke Korea Selatan .Tengok gambar ni. Cantik gambar beliau pakai skaf musim sejuk warna Prussian blue .

Rakan travel pelanggan saya ini juga nampaknya memakai sepasang lagi skaf warna  Mustard yang nampak terang dan berseri dari jauh. Waktu malam memang rasa lagi selesa pakai skaf sebab suhu malam lagi sejuk.

 

TESTIMONI-SKAF-MUSIM-SEJUK-FARIDAH-A

Sebenarnya Cik Faridah menempah 2 pasang skaf warna tadi tu dengan sarung tangan musim sejuk touch screen  warna Prussian Blue dan Yellow Mustard. Cuma kata beliau tak sempat nak snap gambar waktu pakai glove tu.

Seronokkan bila balik travel tak sabar rasa nak kongsi gambar dengan kawan kawan . Ye lah bila lagi nak pakai skaf ala ala macam european gitu kan?

Skaf ni lembut je. Sedap pakai. Glove pun macam tu. Kawan pun pinjam skaf dengan glove saya sebab dia tak tahan sejuk

Betulkan apa saya beritahu tadi?

Bukan semua orang boleh bertahan semasa awal musim bunga .Saya kongsikan sedikit tips di sini terutama untuk pengembara yang kali pertama dan tak ada pengalaman lebih lebih lagi kalau bawa anak  kecik atau pun orang tua.

1. Suhu sejuk sesebuah negara tidak sama walaupun awal musim bunga.  Jadi bawa sahaja skaf sehelai sebagai back up jika terlampau sejuk. Buat sedikit analisa sebelum travel sebagai persediaan.Adalah lebih baik anda bawa baju sejuk yang lengkap termasuk jaket bersama anda sekali.

2. Ada sesetengah orang yang demam atau lebih teruk lagi  jatuh sakit sewaktu berjalan jalan ke negara orang. Ketika musim bunga lebah pun mula banyak berterbangan untuk menghisap madu.  Selain dari elakkan terkena sengatan lebah, jika anda alah pada spora bunga  bawalah skaf musim sejuk untuk menutup hidung.

3.Kos rawatan perubatan di luar negara jauh lebih mahal dari negara kita. Anda juga mungkin tak dapat beli ubat penahan sakit seperti Panadol semudah membelinya di Malaysia. Begitu juga masalah komunikasi yang sukar jika ia bukan negara yang menggunakan bahasa Inggeris.Jika anda sakit ketika di luar negara bersedialah untuk membayar caj perubatan yang kadangkala tak masuk akal.

Nak cari sehelai skaf musim sejuk untuk bercuti ?

Di kedai online kami masih ada skaf musim sejuk dan matching glove untuk anda yang suka travel. Pilihan skaf bergantung pada selera dan bajet. Skaf ini boleh anda pakai tak kira musim sejuk, awal musim bunga atau masuk musim luruh.

Nak cari satu boleh terus dapatkan di laman web kami di sini >> PakaianMusimSejuk

6 thoughts on “Kawan Pun Pinjam Pakai Skaf Musim Sejuk Saya !”

  1. Di Malaysia ini ada tempat sejuk yang pernah saya pergi..

    1.Genting Highland

    2.Kundasang..

    Kalau ada rezeki nak pergi ke luar negara yang sejuk..

    kalau boleh bersama pasangan yang sah ..

    baru la lebih sejuk tu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!