Peniaga di Aleppo, Syria

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian | Assalamualaikum dan apa khabar semuanya. Kaki kiri saya yang terpelecok masa malam raya pun dah hampir baik walaupun belum 100% . Baru saya tahu macam mana rasanya bila kita tak boleh guna kaki yang tuhan bagi. Jadi hargailah kaki anda dan syukuri nikmat yang tuhan bagi masa kita sihat.

Saya juga sekarang sudah menjadi warga Seremban 2. Seperti biasa bila berpindah satu badan sakit sakit sebab hari hari alih dan tolak barang.Masa ni lah rasa nak travel dan hilangkan penat.Tapi keadaan dan suasana politik sesebuah negara saya kena ambil tahu juga.Sekarang ni macam macam sedang berlaku .Meninjau dan meneliti susana sesebuah negara yang mahu kita lawati juga penting bagi saya. Begitu juga dengan sikap serta mentaliti rakyat sesebuah negara yang bakal kita kunjungi,

Travel mate saya hari tu dah list out beberapa negara. Tapi ada negara yang macam tak selamat nak pergi sekarang ni. Negara timur tengah, Asia  dan bahagian Afrika banyak yang bergolak. Berikut apa yang terlintas di kepala saya bila travel mate saya tag nama-nama tempat nak pergi ni.

1.Kashmir .

Boat House yang menunggu penumpang untuk bersiar siar di Kashmir
Sampan berhias yang menunggu penumpang untuk bersiar siar di Kashmir

Ketegangan antara India dan Pakistan masih berterusan. Isu Kashmir dari dulu hingga sekarang masih belum selesai. Kashmir di katakan sangat cantik dengan suhu nyaman serta makanan yang sedap sedap. Bagaimanapun hati bimbang jika waktu kita pergi ada huru hara walaupun ketegangan dan pergolakan itu agak reda sekarang.

2.Turki

Pemandangan menarik di Turki
Pemandangan menarik di Turki

Melawat muzium atau tempat di mana Kamal Atartuk di kuburkan menjadi keinginan saya. Mayatnya di katakan tidak dapat di kebumikan kerana tidak di terima tanah kerana menghancurkan islam di Turki suatu masa dulu.
Baru baru ni Turki berhadapan dengan cubaan rampasan kuasa. Presiden Erdogan bagaimanapun dapat menanganinya dengan cepat. Samada perustiwa ini akan berulang atau tidak sedikit sebanyak buat hati saya rasa tak sedap nak book tiket ke sana.

3.Nepal

Pemandangan rumah berwarna warni di Nepal
Pemandangan rumah berwarna warni di Nepal

Baru-baru ini saya ada terbaca kes pembunuhan wanita backpacker yang menumpang menginap di sebuah rumah ‘host’ di Nepal. Walaupun tuan rumah atau ‘host’ yang menerima tetamu tersebut mendapat rating yang tinggi dari penginap sebelumnya kes sebegini amat menakutkan. Sampai hati bunuh orang tak tentu pasal. Ini menjadi salah satu sebab saya tak berani nak travel solo. Jadi apa-apa tak ada siapa nak beritahu.

4.Syria

Peniaga di Aleppo, Syria
Peniaga di Aleppo, Syria

Negara yang satu ketika dulu makmur sekarang telah di kira musnah. Ketegangan dan perbezaan politik serta isu ugama menyebabkan saya berasa Syria salah satu negara luar yang tidak selamat untuk percutian dengan anak anak ke sini. Mereka yang pernah berkujung ke Syria pasti dapat merasakan bagaimana teruknya kemusanahan yang berlaku kerana tempat yang mereka kunjungi dulu telah tiada lagi atau musnah sama sekali.

5.Egypt

Ukiran patung patung di Egypt
Ukiran patung patung di Egypt

Egypt atau Mesir sangat menarik untuk di kunjungi.Saya teringin nak masuk ke dalam pyramid dan lihat apa yang ada di dalam bangunan tersebut. Mungkin pengaruh filem The Mummy serta cerita cerita lakonan Harrison Ford yang banyak mengambil lokasi negara ini menyebakan saya rasa rugi jika tak melawat negara ni.

6.German

Istana Neuschwanstein yang terkenal di German
Istana Neuschwanstein yang terkenal di German

German berada dalam senarai negara dalam carta top ten saya selain Russia. Saya ingin melihat kesan sejarah dan peninggalan Hitler yang kejam dengan peristuwa pembunuhan yahudi suatu masa dulu. Memandangkan kes islamifobia masih hangat di sana adalah lebih baik untuk meletakkan negara ini di tepi buat seketika.

7.India

India terkenal dengan Taj Mahal
India terkenal dengan Taj Mahal

India terkenal dengan Taj Mahal.Walaupun bila saya baca backpacker yang post gambar gambar menarik semasa di India, saya rasa India salah satu negara luar  yang tidak selamat untuk  percutian terutama wanita. Kes rogol teruk sehingga saya rasa jika pergi dengan lelaki sekalipun ia belum tentu menjamin keselamatan. Ada baiknya elakkan masalah jika dah tahu banyak risiko.

Mungkin ada lagi negara luar yang tidak selamat untuk percutian pada pelancong atau pengembara. Kadang-kadang apa yang kita dengar tidak sama dengan apa yang kita alami. Bagi golongan solo backpacker mereka mungkin rasa tiada apa-apa kerana selalunya backpacker adalah seorang yang berani. Mana mungkin mereka travel seorang diri jika mereka takut ye tak ? Bagi saya cukuplah jika saya pergi ke negara yang tidak buat saya rasa susah hati dan menyesal bila dah book tiket. Banyak lagi negara yang boleh di lawati dan lebih selamat untuk di terokai.

PS : Ini pandangan peribadi saya sahaja. Bagaimana pula dengan pandangan anda ?

 

12 thoughts on “Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian”

  1. India dan Kashmir tu kalau boleh guna agent yang boleh dipercayai insya Alalh ok. Saya travel solo je tahun lepas ke Delhi, Agra dan Rajasthan. Alhmadulillah semuanya ok. Agent yang saya gunakan Kausalya Trip and Tour di Delhi. Selama seminggu saya dibawa oleh driver saya Santosh ketiga tiga Bandar ni. Saya berdua dengan dia je. Tapi sebagai keselamatan saya banyak kan berwirid membaca Qulhu dlam hati banyak banyak, most of the time saya travel solo. India sebuah Negara yang mempunyai banyak tiggalan sejarah dan tempat-tempat menarik dan Sesuai untuk dilawati.

    Selepas 3 bulan balik dari India saya travel solo ke Istanbul pulak. Masa tu keadaan disana ok je, saya tinggal di Sultanahmad area, 10mins je ke Masji biru. Sebelum tu saya ada baca tentang rusuhan di Taksim sebab tu saya tak jadi duduk disana. Pada pendapat saya Turki juga selamat untuk dilawati.

    1. Itulah sebabnya saya pergi ke tempat yang kurang scam dan lebih selamat untuk saya. Malas nak rasa risau sebab nak bercuti tak nak fikir pasal keselamatan yang belum tentu . Tempat macam Kashmir ni saya prefer pergi dengan tour agent walaupun saya sebenarnya lebih suka travel sendiri dari ikut pakej. Hopefully dapat ke sana dan tempat lain kalau ada rezeki .

  2. betul tu, saya juga merasakan benda yang sama. Macam India, still lagi selamat untuk pergi, tapi kena bersama dengan group. Jangan pergi berdua je. Insya Allah boleh pergi dengan agen-agen pelancongan yang ada di sana. Walaupun harga agak mahal sikit, tapi demi keselamatan, boleh consider option tersebut. Sekadar pandangan.

  3. Menyemak keadaan sesebuah negara itu sebelum kita ke tempatnya adalah perkara utama yang perlu diambil berat. Biasanya negara-negara maju lebih selamat, tetapi insiden yang baru berlaku di tempat itu seperti serangan bom, rusuhan, peperangan, perkauman, malapetaka alam, wabak penyakit, mungkin membuat orang tidak berani memasuki negara itu…misalnya USA adalah negara maju, tapi setelah serangan Sept 11, orang Islam dianggap serong di mata mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!