SARUNG-KAKI-BULU-KAMBING-ALPACA

Nak Travel Tapi Belum Ada Sarung Kaki Bulu Kambing?

SARUNG-KAKI-BULU-KAMBING

2 minggu lepas saya order sarung kaki bulu kambing dari supplier. Oleh kerana sekarang di China dah masuk musim panas jadi tak banyak stok yang saya dapat order.

Walaubagaimana pun alhamdulillah mungkin di sebabkan saya dah biasa berurusan dengan supplier ni , stok stokin bulu kambing insyaallah jarang keputusan.

Paling lewat pun 2 minggu stok sarung kaki musim sejuk ni dah ada semula.

Di China supplier jual ikut musim. Kalau masa tu musim sejuk maka pakaian musim sejuklah yang akan berlambak di pasaran.

Kalau musim panas pula,  maka blaus dan skirt cotton pula akan ambil alih .

Oleh kerana itu kalau kita ke sana pada pendapat saya kalau nak shopping ikutlah musim.

Saya tak dapat nak komen lebih  sebab saya belum sampai lagi ke negara Jackie Chan ni. Tengok cerita Jackie Chan memang banyaklah.

Sebenarnya saya nak ulas sikit tentang penggunaan sarung kaki bulu kambing. Bagi orang yang pertama kali nak merasa suasana musim sejuk mereka keliru nak pakai yang mana satu.

Saya faham sebab masa dulu-dulu saya pun macam tu jugak.

Boleh di katakan rata rata produk yang saya jual di kedai dalam talian saya telah di uji terlebih dahulu.

Jika bukan saya sendiri yang pakai semasa travel, saya akan minta customer yang bertuah untuk mencuba pakaian tersebut.

 Sejuk gila aussie suhu siang average 11-14 mlm pulak 8-9 (xde lah extreme sgt..but still….Stokin bulu tu memang padu. Tak rasa sejuk langsung bila pakai .

Itu komen yang saya dapat dari salah seoramg customer saya yang di kenali dengan nama Khairi.

Saya minta beliau cuba gunakan sarung kaki bulu kambing yang saya edarkan semasa beliau bercuti ke Australia.

Selain stokin bulu kambing, saya juga minta beliau mencuba satu set baju dan seluar thermal dengan sepasang sarung tangan touch screen.

Untuk tujuan post kali ini saya kongsikan komen beliau mengenai stokin bulu kambing yang telah beliau pakai.

Walaupun suhu sejuk di Australia  tidak seteruk seperti negara seperti Korea Selatan atau China, kita yang duduk di negara Khatulistiwa pasti tidak biasa dengan suhu rendah seperti ini.

Suhu bilik adalah suhu normal kita seperti 27 celcius.

Stokin bulu kambing ni berbeza dengan stokin jenis kapas yang kita biasa pakai di negara kita.

Materialnya walaupun bukan 100% bulu kambing sebab ada campuran bulu arnab dan spandex , permukaan stokin ini kasar.

Bila di pegang ia tak licin seperti stokin kapas.

Menurut pelanggan saya ini juga

tapi tak boleh pakai masa suhu biasa (suhu bilik 20-23 darjah) sebab nanti gatal kerana stokin bulu tu memang panas

Pakaian atau mana mana aksesori musim sejuk yang di perbuat dari bulu binatang memang mahal.

Jadi sebagai pilihan stokin musim sejuk juga ada di perbuat dari bulu tiruan selain dari campuran bulu kambing.

Keberkesanan sarung kaki bulu kambing?

SARUNG-KAKI-BULU-KAMBING-ALPACA

Saya sudah mencuba kedua dua jenis stokin musim sejuk.

Pada pendapat saya kedua duanya berfungsi dengan baik asalkan kita memakai pada suhu yang betul di samping memakai boot atau kasut musim sejuk yang betul.

Sekali lagi saya nyatakan bukan semua oramg mampu membeli boot atau kasut musim sejuk yang mahal.

Jadi jika kita salah memilih kasut dan tak sesuai dengan keadaan pun stokin yang kita pakai pun jadi tidak membantu.

Saya juga pernah merasai kedua dua belah tapak kaki saya seperti di rendam dalam air batu ketika travel ke Amsterdam 3 tahun lepas.

Suhu masa tu 8 celcius. Bagaimanapun di sebabkan hari hujan dan pada suhu sejuk pun hawa dingin tu meresap dalam kasut menyebabkan stokin saya terasa sangat lembap.

Bila balik ke apartment saya terpaksa sidai stokin yang saya pakai di tepi heater untuk di keringkan.

Bayangkan ketika itu saya cuma bawa sepasang stokin sahaja.

Sebagai panduan saya tuliskan sedikit tips memilih sarung kaki musim sejuk untuk anda yang suka mengembara.

1. Bawa sekurang kurangnya 2 pasang stokin musim sejuk ketika bercuti. Jika salah satu basah anda masih ada sepasang lagi untuk di pakai keesokkan hari.

2. Jika anda memakai boot yang bahagian dalamnya ada lapisan bulu yang ebal, pakai stokin yang sedikit nipis supaya kasut tidak menjadi ketat dan menghalang pengaliran darah.

3. Jika boot atau kasut and tidak di lapisi dengan bulu bulu yang tebal seeloknya anda pakai stokin bulu kambing atau fleece yang tebal.  Pakai 2 pasang jika perlu.

4.Kasut berasaskan canvas tak sesuai kerana ia tidak tahan dengan suhu sejuk. Jika anda memakai kasut sukan pastikan material kasut jenis yang tidak mudah basah atau meresap air.

5. Jangan kita terlalu yakin jika kita dah biasa dengan suhu sejuk. Ada orang yang dah biasa travel masa musim sejuk pun demam.

Kaki merupakan  salah satu bahagian yang lebih terdedah dengan suhu luar. Jadi seharusnya kita pakai kasut dan stokin musim sejuk yang betul.

Kedai dalam talian kami masih ada stok stokin musim sejuk yang sesuai untuk anda.

Ada yang nak travel dan masih mencari stokin bulu kambing yang sesuai ?

8 thoughts on “Nak Travel Tapi Belum Ada Sarung Kaki Bulu Kambing?”

    1. Betul. Kalau lembap atau kotor boleh tukar. Kalau tak kena keringkan malam malam dekat heater. Kalau lupa esok nak jalan pakai la dalam lembap lembap tu 🙂

  1. selepas membaca artikel ini..baru tahu ada stokin khas yang diperlukan untuk musim sejuk..

    dah rasa tak sabar pulak nak bawa ‘new wife’ pergi melancong ke negara 4 musim..

    mudah-mudahan Allah bagi izin kepada segala perancangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!