melancong ke turki 4

Pakej Melancong Ke Turki 2017 – Istanbul Aku Datang

melancong ke turki 5

Mahu melancong ke Turki negara antara dua benua ?  Teringin nak jadi seperti  seperti Lisa Surihani menaiki feri melayari Bosphorus Cruise dan menyusuri jalan-jalan di Istanbul seperti dalam file Istanbul  Aku Datang ?

Filem lakunan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi itu benar-benar buat rakyat Malaysia yang suka melancong mula mengalihkan perhatian ke negara antara dua benua ini. Filem yang shooting di luar negara dengan pemandangan yang cantik memang akan menggamit sesiapa yang menonton memasang angan-angan ke sana.

Walaupun statistik pelancong bercuti ke Turki menurun sejak dari tahun 2015 hingga 2016 akibat berlakunya ketegangan dan siri rampasan kuasa, jumlah pelancong Malaysia ke  sana tidak menujukkan penurunan yang besar.

Sepanjang tahun 2017 ini pun banyak agensi pelancongan terus menerus mempromosi pakej melancong ke Turki kepada pelancong Malaysia yang mahu menjejakkan kaki ke sana.

Jika anda tak punya banyak masa untuk merancang percutian secara sendiri, mengambil pakej melancong adalah lebih baik. Kesemua urusan percutian anda akan lebih teratur dengan agensi pelancongan yang berpengalaman .

 Juara Travel & Tours

Salah satu agensi pelancongan yang menawarkan pakej melancong ke Turki ialah Juara Travel & Tours . Ibu pejabatnya terletak di  Taman Nirwana Ampang .

Saya mengenali pemilik  Juara Travel cawangan Port Dickson iaitu Ustazah Saniah Salim yang datang  membeli kelengkapan percutian musim sejuk bersama anak beliau.

 

Foto dari Juara Travel & Tours cawangan Port Dickson

Juara Travel ada banyak cawangan untuk memudahkan pelanggan memilih yang terdekat dengan tempat tinggal untuk memudahkan urusan tempahan. Agensi pelancongan ini  berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan telah banyak menganjurkan pakej percutian di luar negara termasuk umrah.

Ustazah Saniah ada berikan saya beberapa keping pamplet pakej percutian yang syarikat beliau anjurkan dan salah satunya  ialah pakej melancong ke Turki 2017. Saya ringkaskan pakej percutian ini di sini jika anda mahu menjadikan Turki sebagai destinasi percutian anda yang akan datang.

Pakej Melancong Ke Turki 10 hari 7 malam.

Ada 3 tarikh yang boleh anda pilih iaitu

  • 13 Oktober  2017 ( Musim Luruh)
  • 11 December 2017 ( Musim Sejuk )
  • 14 December 2017 ( Musim Sejuk )

Masih ada banyak masa untuk kumpul duit ye.

Harga pakej seperti berikut :

  1. Dewasa RM 4488
  2. Kanak-kanak ( penginapan dengan katil ) RM 3568
  3. Kanak-kanak ( tanpa katil ) RM 3128
  4. Bayi RM 550

Kesemua tempahan adalah termasuk

  • Harga tiket pergi balik
  • Bagasi yang telah di benarkan
  • Penginapan selesa bertaraf 3 atau 4 bintang
  • Makanan seperti di dalam jadual perjalanan
  • Pengangkutan berhawa dingin dengan wifi
  • Tiket masuk yang di tetapkan dalam itinerari
  • Tour Guide fasih berbahasa Inggeris
  • Air Mineral di sediakan

Apa yang tidak termasuk dalam pakej ?

  • Bayaran tips untuk pemandu pelancong /driver
  • Insurans perjalanan
  • Tiket yang tidak di nyatakan dalam itinerary
  • Lain-lain perbelanjaan peribadi

Harga yang di tawarkan untuk melancong ke Turki ini agak kompetitif . Ia tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Sama seperti apa yang di tawarkan oleh agensi pelancongan yang lain seperti Kembara Sufi dan Andalusia.

Baca artikel dahulu : 7 Cara Elakkan Di Tipu Pakej Pelancongan Palsu

Untuk setiap tempahan anda perlu buat booking dahulu dengan bayaran sebanyak RM 1000 setiap seorang ( lihat  promo terkini mereka jika ada pengurangan ).Bayaran penuh perlu di jelaskan 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.

Tempat menarik dalam itinerari

Itinerary melancong ke Turki anda boleh dapatkan di laman web rasmi mereka di Juaratravel.com.my . Di sini saya cuma ringkaskan di sini beberapa tempat -tempat menarik yang ada di sana. Kebanyakan pakej percutian kelolaan agensi travel adalah lebih kurang sama. Boleh rujuk artikel saya sebelum ini bertajuk 9 Tempat Menarik Di Turki yang Di Sukai Rakyat Malaysia.

1.Ankara
Ankara ibu negara Turki. Di sini anda dapat menjenguk Attaturk Mouselum yang menempatkan kubur Kamal Attarturk. Sejarah mengatakan Kamal Attaturk adalah bapa pemodenan Turki sedangkan sebenarnya dalam sejarah islam beliau adalah seorang perosak islam yang terbesar di negara itu.

Di katakan bahawa jasad beliau tidak di terima bumi ketika mahu di semadikan. Benar atau tidak saya tidak tahu tetapi jika ia betul ia sama seperti Firaun yang mayatnya mahu di tunjukkan sebagai peringatan kepada umat Islam. Ambillah pengajaran melalui lawatan ini untuk di sematkan di dalam hati kita.

melancong ke turki cappadocia

2.Cappadocia

Cappadocia ( di sebut kapadokya ) terkenal dengan pemandangan yang di hiasi dengan belon udara panas . Jika anda biasa tengok orang tunjuk gambar pemandangan belon udara panas di Turki di sinilah tempatnya. Harga untuk naik belon panas ini lebih kurang RM 800 . Jika cuaca baik anda berpeluang untuk melihat pemandangan dari udara yang sangat cantik ini.

3.Bolu

Ada banyak tempat menarik di sekitar Bolu seperti Golcuk Nature Park , Yeddigoller National Park serta Kartalkaya yang terkenal dengan tempat bermain ski dan salji. Jika anda pergi ke Bolu pada musim sejuk di sini salji yang bertukar menjadi ais menjadi pemandangan yang mengasyikkan.

4. Pamukkale

Pamukkale di anggap sebagai keajaiban dunia . Bandar ini banyak terdapat mata air yang membentuk kolam air panas yang becampur dengan bahan semulajadi yang di bawa ketika air mengalir . Rupanya seperti lantai -lantai berbentuk seperti kapas yang berwarna putih kebiru-biruan.

Di kawasan sekitar Pamukkale juga ada peninggalan sejarah iaitu Hierapolis ( seperti di zaman kerajaan Greek ) yang di istiharkan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO .

melancong ke turki 8

 

5.Konya

Di Konya juga ada tapak sejarah di panggil Caravanserai Sulthani. Ia merupakan bangunan lama tempat pertemuan para pedagang ketika di Anatolia, Turki. Tempat ini dulu menjadi sibuk kerana para pedagang berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pamukkale. Melvana Museum juga terletak di sekitar kawasan ini untuk anda melihat peninggalan sejarah dan artifak.

6.Kusadasi

Kusadasi terkenal dengan barang-barang buatan kulit . Di sini juga anda boleh ke Epesus Ancient City yang menjadi tepat pertemuan cendikiawan dan para ilmiah di zaman Greek lama. Banyak skulptur , ukiran dan binaan lama termasuk buku-buku ilmiah yang musnah akibat cubaan membakar termasuk gempa bumi .

Isabey Mosque yang terletak di Seljuk yang juga berdekatan dengan Epesus Ancient City . Masjid lama ini di bina dengan laman yang luas pada tahun 1375 . Ia unik kerana senibinanya melambangkan zaman peralihan senibina dari kerajaan Seljuk ke zaman Usmaniah.

 

melancong ke turki 7

7.Istanbul

Ini adalah tempat umpuan pelancong yang datang ke Turki. Di Istanbul banyak tempat menarik yng boleh di kunjungi dengan berjalan kaki sahaja. Antara yang terkenal ialah Hagia Sofia yang bertukar tangan dari sebuah gereja kepada sebuah masjid.

Ketika Kamal Attarturk menjatuhkan kerajaan Usmaniah , beliau menukar fungsi masjid ini kepada sebuah muzium. Masjid ini sekarang kekal sebagai muzium hinggalah sekarang.

Tidak jauh dari Hagia Sofia ialah Masjid Biru yang unik dengan binaan dinding jubin di dalam masjud yang berwarna biru.

Selain dari itu anda berpeluang ke Topkapi Palace, Grand Bazaar, Spice Bazaar termasuk makam sahabat Nabi Muhamad SAW yang juga seorang pahlawan islam yang terkenal dengan gagah dan berani iaitu Ayub Al Ansari.

Ayub Al Ansari ini di ceritakan sebagai seorang yang tidak pernah gagal menyertai semua peperangan kecuali peperangan yang berlaku serentak. Beliau di semadikan di Istanbul yang dulu di kenali sebagai Constantinople.

Tertarik nak ke Turki sekarang ?

Jangan lepaskan peluang mengembara ke negara yang menjadi pertembungan antara barat dan timur ini. Banyak tempat menarik termasuk kesan sejarah semasa pemerintahan Sultan Al Fatih sebelum berdirinya negara Turki yang sekarang.Mengetahui sejarah Turki akan menyebabkan anda lebih menghargai kunjungan anda ke sana.

Untuk tempahan terus ke laman rasmi mereka di juaratravel.com.my atau hubungi melalui talipon untuk info lanjut.

PS : Mahu dapatkan tips , update serta promosi sebelum percutian seterusnya? Sign up borang di bawah post ini supaya saya dapat terus hantar ke email anda .

4 thoughts on “Pakej Melancong Ke Turki 2017 – Istanbul Aku Datang”

Comments are closed.

error: Content is protected !!