musim sejuk

Panduan Pakaian Musim Sejuk Mengikut Suhu Negara 4 Musim

musim sejuk
musim sejuk

Assalamualaikum. Sibuknya tidak terkira minggu ni lebih lebih lagi bila ada stok yang saya tempah dari supplier dah sampai. Alhamdulillah stok stokin bulu kambing atau wool socks yang saya order 25 pasang  habis terjual dalam masa 2 hari sahaja dan baru saja saya re-stock 30 pasang lagi. Terima kasih pada semua subscriber yang memberikan sokongan dan tahniah kerana anda mendapat harga istimewa sempena pra pelancaran laman web .

Siapa yang nak tempah stokin musim sejuk boleh klik di menu kedai online pakaian musim sejuk di atas blog ni. Kedai online baju musim sejuk ni belum siap sepenuhnya tapi boleh je order macam biasa. Nak tunggu 100 % siap akan makan masa.Stok pun baru sampai sikit-sikit sebab kalau saya order serentak semua takut tersangkut dekat kastam .

Bilakah musim sejuk bermula ?

Ramai pembaca blog yang menempah stokin hari tu mengirim email dan wsap bertanyakan tentang tips memakai pakaian kerana ada yang kali pertama nak pergi ke negara 4 musim . Ada yang dah biasa pergi tapi kali pertama untuk musim luruh dan juga winter. Saya bukanlah tahu semua tapi saya kongsikan mengikut pengalaman saya sendiri.

Musim sejuk sesebuah negara bergantung kepada kedudukan sesebuah negara tersebut. Paling mudah jika negara tersebut berada di hemisfera selatan seperti Australia dan New Zealand musim sejuk mereka bertentangan dengan musim sejuk di negara berada di Hemisfera Utara.

Berikut saya tunjukkan contoh perbezaan 2 buah negara yang terletak di hemisfera utara dan selatan.

New Zealand  / Australia -terletak di hemisfera selatan

  • Musim Sejuk     – June, Julai, August
  • Musim Bunga   – September, Oktober ,November
  • Musim Panas   – December , January, Februari
  • Musim Luruh  – March , April, May

UK / France -terletak di hemisfera utara

  • Musim Sejuk     – December , January, Feb,
  • Musim Bunga   – March, April , May
  • Musim Panas   – June, Julai , August
  • Musim Luruh  – September , October , November

Ia bukanlah anggaran yang tepat kerana kadang-kadang sesuatu musim itu ada lewat atau cepat seminggu atau 2 minggu dari kebiasaan. Sesetengah negara juga musim sejuk mereka salji sangat rare atau jarang turun seperti kota London.

Sesetengah negara pula musim sejuk mereka sangat sejuk hingga ke bawah paras beku tahap beku seperti di Beijing China. Macam mana nak tau suhu tu sejuk ke tak sebenarnya bergantung juga pada tahap ketahanan badan kita.

Secara amnya sejuk atau tidak suhu tu lebih kurang bolehlah di gambarkan seperti di bawah . Anggaran ni mengikut apa yang saya rasa dan alami sendiri.

  • 20 ke atas celcius panas
  • 12 –    20 celcius  nyaman
  • 7   –   12 celcius sejuk|
  • 7 celcius ke bawah  sangat sejuk

Suhu sesebuah negara juga berbeza-beza dengan lokasi negara mereka. Ada banyak laman web untuk semak jangkaan suhu dan cuaca. Contohnya anda boleh check di laman web Accuweather.com.

Dari situ kita boleh agak samada persiapan terutama pakaian adalah bersesuaian atau tidak. Dekat handphone kita pun ada update suhu betul tak ?

musim sejuk

Pakaian asas musim sejuk

Berikut saya senaraikan pakaian asas yang mesti di sediakan ketika musim sejuk. Sekali lagi ia bergantung pada tahap ketahanan badan kita. Kalau darah sejuk jenis reptilia tu kena la bawak lebih ye tak ha ha.

  • Winter jacket (lagi elok kalau jenis down jacket atau yang kalis air dan windbreaker )
  • Thermal wear atau long john
  • T-shirt jenis wool atau sweater
  • Sarung tangan
  • Stokin ( elok jenis stokin bulu kambing biri-biri )
  • Muffler ( lindung hidung dan muka dari angin sejuk )
  • Olive Oil ( minyak zaitun ini sapu seluruh badan termasuk muka untuk elakkan gatal-gatal akibat liang roma terbuka luas   )
  • Lip Balm atau vaselin ( elak bibir kering dan merekah )
  • Hot pack ( jika suhu terlalu sejuk )
  • Beanies atau topi ( jika suhu terlalu sejuk )
  • Boot ( sangat di cadangkan jika ada salji )
  • Ear Muff ( jika suhu terlalu sejuk )

Pakaian musim sejuk secara asasnya yang lengkap adalah dengan memakai secara berlapis atau layer by layer.Kalau kita T-shirt cotton tanpa thermal dan lepas tu terus pakai jacket ia kurang membantu menghangatkan badan. Begitu juga kalau kita pakai T-Shirt cotton berlapis-lapis sejuk tetap terasa sebab t-shirt cotton yang kita biasa pakai di Malaysia ni menyerap peluh dan sejukkan badan.

Tips pakaian semasa musim luruh 

 

musim luruh
musim luruh

Jika awal musim luruh cuaca baru beralih perlahan-lahan dari summer kepada autumn. Cuaca masa ni nyaman dan dingin. Suhu selalunya dalam anggaran 12- 22 celcius yang mana ia akan jatuh perlahan lahan sehinggalah muncul musim sejuk.

Tak perlu sangat nak pakai persiapan pakaian musim sejuk yang lengkap seperti winter jacket dan winter boot.Jika jenis tak tahan sejuk standby sweater .Atau boleh saja pakai cardigan , wool blouse atau jacket . Sarung tangan, muffler, hot pack dan thermal wear seperti long john juga tidak perlu tetapi tetap kena tengok ketahanan badan kita sendiri.

Kalau nak standby sebab cuaca kadangkala tak menentu bawak saja sepasang sarung tangan, stokin, , fleece jacket serta winter jacket yang biasa. Jika kita berada sewaktu penghujung musim luruh dan cuaca bila-bila masa akan beralih ke musim sejuk elok di bawa pakaian yang memang perlu di pakai sewaktu musim sejuk.

Musim Bunga

 

musim bunga yang nyaman
musim bunga yang nyaman

Kita selalu nampak mat salleh berjemur di tengah-tengah panas di padang-padang atau di taman. Ketika itu sebenarnya mereka sedang menikmati musim bunga dan suhu dari musim sejuk sudah beransur panas. Tapi panas mereka taklah panas mana pun. Suhu pun selalunya 20 celcius ke  atas.

Dulu saya kata gila mereka ni berjemur tengah panas. Bila dah pergi sendiri baru saya sendiri tahu betapa seronoknya dapat berjemur setelah berbulan-bulan terperap berbungkus dengan baju sejuk. Memang tak panas pun masa tu sebab matahari macam tak betul-betul keluar macam kat negara kita.

Awal peralihan cuaca dari musim sejuk ke musim bunga kita tetap perlu pakai pakaian lengkap . Cuaca semasa peralihan masih sangat sejuk dan sekali angin sejuk bertiup rasa tembus ke tulang hitam.

Selalunya 2 minggu ke atas cuaca akan makin panas dan bunga-bunga dah mula tunjukkan diri. Masa ni taman bunga memang sangat cantik ! Masa ni pakailah pakaian biasa kita seperti di Malaysia .

Jika anda perlukan pakaian musim sejuk tetapi kurang pasti cara memilih pakaian yang betul , kenapa tidak luangkan 10 minit masa anda untuk baca sedikit profail saya di ruangan ‘ Tentang Saya ‘ .

PS :  Sesiapa yang ada pengalaman menetap di negara 4 musim lagi seronok agaknya. Boleh sharekan di sini sebab saya pun nak tau juga.

22 thoughts on “Panduan Pakaian Musim Sejuk Mengikut Suhu Negara 4 Musim”

  1. Assalam, nak mintak pandangan. Bln march nanti nak bwk anak2 umur 8 tahun, 15 tahun dan 19 tahun ke shanghai. Berdasarkan info weather masa tu dlm 12 – 5 degrees. Maklum, first time nak bwk drg dan jakun sikit, pakaian mcm mana yg suitable yer. Bdk2 nie sedangkan 22 degrees pon drg dah rasa sejuk sambil kelam kabut pakai sweater.

  2. Sy akan ke Yiwu.. Hangzhou china.. Suhu di sana lebih kurang 6 hngga 12 celcius.. Sy nak tanya perlu ke pakai sarung tangan ye..maklum lah kali pertama nk krluar negara..

  3. Sekarang ni kat shoppng mall tengah ada sale winterclothing..cantik-cantik pulak tu.. terus teringat kat kak rahimah yang banyak pengalaman.

    Lagi best consult kak rahimah terus. Personal touch gitu..heheh

    1. Tak boleh nak buat lagi affiliates tu. Barang cepat habis. Insyaallah tahun depan awal January saya borong ambik direct terus dan bukak affiliates.Tahun ni bagi settle anak-anak periksa dan pindah rumah .

    1. Kalau tak pakai memang sejuk kalau suu terlampau rendah.Kalau badan jenis tak tahan sejuk 4 lapis pun masih terasa sejuknya. Memang nampak gemuk la masa tu 🙁

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!