boot percutian di musim sejuk.

Percutian Di Musim Sejuk – 5 Tips Memilih Winter Boot

tips memilih boot percutian di musim sejuk
tips memilih boot percutian di musim sejuk

Percutian Di Musim Sejuk – 5 Tips Memilih Winter Boot | Persiapan percutian di musim sejuk memang banyak terutama jika negara tersebut bersalji. Kalau tak banyak bajet beli barang-barang bundle saja.Dulu di kawasan saya ada 5 buah kedai bundle yang berdekatan. Ada 3 kedai bundle khas menjual baju-baju terpakai terutama winter jacket dan 2 buah kedai yang banyak menjual kasut bundle. Sekarang dah tak ada dan susah nak dapatkan kasut bundle terutama boot untuk winter.

Minggu lepas juga ada beberapa pelanggan meminta tolong carikan winter boot untuk mereka. Insyaallah tahun depan saya akan tambah produk di web saya dan buat servis boot winter untuk di sewa pulak ye he he. Bagus jugak idea ni kan sebab nak dapatkan boot bundle susah dan nak beli baru pun memang mahal.

Nak beli boot pun bukan main beli aje sebab silap beli boot tu nanti menyakitkan kaki bila di pakai. Jadi hari ni saya berikan sedikit tips memilih winter boot yang sesuai semasa percutian di musim sejuk.Jika tempat yang kita bakal pergi memang akan ada salji, carilah sekurang-kurangnya sepasang boot yang khas untuk musim sejuk.

5 tips memilih winter boot yang sesuai semasa percutian di musim sejuk

Antara kasut sport dengan kasut boot kalau banyak berjalan kedua-duanya memang sesuai . Bagaimanapun cuaca yang terlalu sejuk dan memakai kasut canvas atau sport shoes sebenarnya akan menyebabkan kaki rasa berendam dalam air. Jadi pakailah sarung kaki bulu kambing supaya tapak kaki rasa hangat.Memakai boot sebenarnya  lebih selesa berbanding kasut sport dalam apa keadaan sekali pun jika travel pada musim yang bercuaca dingin.

1.Jika negara yang kita bakal pergi memang salji yang turun agak tebal sehingga melebihi 3-4 inci carilah winter boot yang parasnya lebih tinggi sedikit atau di paras betis anda. Jika boot yang di pakai terlampau rendah di takuti salji yang tebal akan masuk di celah-celah boot anda dan terperangkap di dalam kasut. Nanti kasut anda akan jadi kasut air batu pulak.

2.Semasa memilih winter boot pilih yang mempunyai tapak keseluruhan yang tinggi sedikit dan bergetah ( macam tayar kereta tu lah )  . Tapak yang keseluruhannya tinggi sedikit ini akan mengelakkan boot anda di resapi salji dan terperangkap di tepi jahitan kasut (  tepi jahitan boot yang mencantumkan antara tapak dan kasut boot anda )

3.Tapak boot jangan yang tinggi di bahagian tumit kerana ia akan menyebabkan kaki akan rasa tegang jika anda banyak berjalan. Kalau travel tak berjalan bukanlah travel namanya. Ini juga akan menyukarkan rakan travel anda terutama jika pergi secara berkumpulan dan melengahkan jadual perjalanan anda .

boot percutian di musim sejuk.
credit foto outdoorgearlab.com : boot percutian di musim sejuk.

4.Paling baik adalah winter boot  kalis air. Jika boot kulit seeloknya ia mempunyai water proof coating di bahagian luar . Boot kulit yang tiada lapik dalam atau lining yang kalis air  akan menyebabkan boot di resapi air atau salji . Jika boot yang anda beli kosong atau rata boleh cari insole atau tapak yang mempunyai bulu seperti karpet untuk menghangatkan tapak kaki terutama bila cuaca terlampau sejuk atau mungkin bawah paras beku.

5.Cari corak tapak kasut boot anda  seperti corak tayar kereta kerana salji yang tebal dan beku adalah sangat licin. Kita boleh terjatuh dan mendatangkan kecederaan jika tidak berhati-hati. Jika nak main salji sewa saja kasut yang ada di situ lebih mudah.

Begitulah lebih kurang sedikit tips untuk memilih winter boot yang sesuai untuk percutian di musim sejuk. Banyak boot yang cantik-cantik di kedai winter tapi carilah winter boot yang benar-benar sesuai. Jangan cari winter boot yang cantik di mata tapi sakit di kaki nanti sakit pulak di hati. Winter boot bukan murah dan jika membeli winter boot yang baru jangan pula menyesal di kemudian hari.

Jika tak ada bajet cari saja kedai bundle atau pakai sahaja dulu kasut sport anda untuk sementara waktu. Sampai di negara di tuju carilah sepasang winter boot di sana  Pastikan anda tahu dan cari sedikit maklumat di mana anda boleh dapatkan winter boot dengan mudah di negara tersebut.

Di Europe Primark adalah antara tempat termurah untuk shopping barang winter . Cari outlet Primark di negara tersebut supaya anda boleh berjimat dan mempunyai sepasang boot yang murah dan berkualiti.

PS : Idea sewa winter boot yang saya sebut tadi agak-agaknya bagus tak ?



Save on your hotel - www.hotelscombined.com

22 thoughts on “Percutian Di Musim Sejuk – 5 Tips Memilih Winter Boot”

    1. Tak boleh nak komen sebab kasut atau boot ada macam-macam design dan fungsi. Kena tengok gambar atas, luar , dalam, tempat mana kita pergi, aktivit dan kesesuain dengan kasut yang kita pakai.

    1. Setahu saya kasut converse materialnya kain / canvas. Tak sesuai apda pandangan saya sebab kain tu sejuk untuk kaki. Takut kaki rasa beku nanti di tambah pula dengan hujan yang memang selalu turun masa winter.

  1. ooo baru tau kenapa tgk gambar kawan2 kat tempat salji mesti pakai boot yang tinggi sampai lutut tu. hihi ingatkan fesyen. lom berpeluang sampai tempat bersalji lagi. terima kasih atas tips ni. nanti kalau ada rezeki nak jalan-jalan tempat salji at least dah tau kena pakai kasut yang macamana.
    Nazlin Myblouseshop recently posted…Blouse Muslimah Trendy LilyMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!