Periuk nasi untuk travel

Periuk Nasi Untuk Travel Yang Mudah Di Gunakan

Periuk nasi untuk travel
Periuk nasi untuk travel

Post ni sebenarnya dah lama terperap. Hari ni saya keluarkan sebab nak komen penggunaannya semasa saya travel hari tu. Saya ada beli periuk nasi untuk travel atau portable rice cooker di Aeon Seremban 2. Harga RM 109 .Comel je macam balang kuih raya lebih kurang saiznya.

Saja beli nak tengok ok ke tak sebab nampak tak makan ruang . Periuk nasi jenama Elba 1.2 Liter dengan waranti 1 tahun.Mula mula nak beli periuk nasi untuk travel ni di lelong.com.my atau Lazada brand Nova .Oleh kerana portable rice cooker Nova tu dah out of stock saya beli je brand Elba ni masa singgah Aeon.

Pandangan mata kasar periuk nasi ni kecik je tapi boleh masak 2.5 pot ikut sukatan . Ikut dalam description periuk nasi ni untuk 1-2 orang makan tapi bila dah masak saya tengok sekali masak 4 orang boleh makan. Masak pun tak lama dalam 15 minit nasi dah siap. Saya test sebelum travel takut terkena rice cooker yag terpaksa tunggu berjam-jama baru boleh masak hu hu.

Segala kelengkapan periuk nasi untuk travel
Segala kelengkapan periuk nasi untuk travel

Satu yang saya suka periuk nasi ni  sebab periuknya boleh di tanggalkan. Saya memang kurang gemar jenis yang sekali dengan badan periuk .Susah nak cuci jenis yang body periuk jenis detachable .

Dalam kotak ada di lengkapkan sekali dengan pot plastik yang ada sukatan berapa beras dan berapa air yang perlu kita letak. Sudip kecik pun ada cuma saya pakai sudu je sebab rasa sudip kecik tu comel sangat nak senduk nasi dalam pinggan.

Ada juga satu bekas khas warna putih dan berpenutup yang boleh di jadikan bekas makanan . So kalau tak bawa bekas makanan boleh guna cuma kena letak dalam plastik supaya tak tumpah. Saya cuma guna letak makanan atas meja je. Kalau letak dalam beg saya ada bawa tupperware container yang memang saya pakai setiap kali travel.

Periuk nasi untuk travel ni juga jenis under coating atau yang tak melekat di bahagian dalam. Senang dan cuci dan nasi tak berkerak. Kalau berkerak pun sikit saja dan mudah sangat di cuci bila kita guna sudip nasi. Tak perlu rendam dengan air nak bagi kerak nasi lembut pun.

Perencah makanan segera semasa yang mudah di sediakan
Perencah makanan segera yang mudah di sediakan

Masa saya gunakan di Seoul hari tu macam macam nasi goreng saya buat guna periuk nasi ni. Dah masak nasi saya letak margerin dan tambah perencah sayur  sebab hari hari makan pek Brahim pun tak dapat nak telan juga ye tak ? Esoknya saya guna perencah nasi goreng Adabi pula.Sedap je makan time panas panas.

Nak masak seafood pun boleh.Masukkan je semua seafood yang dah siap dalam pack dan campurkan dengan perencah tomyam dah siap.

Tak perlu sempurna sangat bila berada di luar negara asal perut kenyang. Anak anak pun suka sebab hari hari resepi lain lain asalkan ada nasi. Kalau ada nasi buat breakfast memang kenyang  .Jadi saya suggest sesiapa yang nak travel dan jimat belanja bawa je portable cooker ni di samping makanan segera lain yang biasa di bawa .

Saya dah kira kalau setakat nak lunch  dekat kedai makanan halal seorang makan RM 30++. Kalau 3 orang makan RM 90. Itu baru sekali makan untuk lunch satu hari saja. Kalau 7 hari x RM 90 = RM 630. Boleh bangkrap kalau hari hari makan di kedai.

Ada sekali masuk kedai makan Siti Sarah di Itaewon pun entah apa-apa rasa lauk yang di masak ( macam makanan tak sudah ). Bukan nak perfect cuma di luar nampak banyak menu, masuk kedai 2-3 jenis je yang ada. Maybe sebab ramai orang dan meja pun tak terurus sebab meja orang habis makan tak di bersihkan. Nak bagi berapa bintang pun tak tau .

Kesimpulannya periuk nasi untuk travel atau portable rice cooker Elba ni berbaloi untuk di bawa . Ia khas untuk orang yang tak berapa nak berduit macam saya dan much better kalau travel bawa anak. Bila ada rice cooker senang nak masak dan bawa bekal dan yang penting jimat belanja.

PS  :Update selepas travel di Tokyo.Saya bawa travel cooker ni ke Tokyo tapi tak sesuai di gunakan di sana kerana Voltan Japan yang rendah. Jadi setakat ini travel cooker ini boleh di gunakan di South Korea tetapi tidak sesuai di Jepun.

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

32 thoughts on “Periuk Nasi Untuk Travel Yang Mudah Di Gunakan”

  1. Assalam. Nak tanya kat korea kalau di hotel, bukan guesthouse, boleh tak nak masak guna periuk ni…ada masalah tak…takut jugak ada masalah nanti…

    1. Wsalam. Kalau di hotel biasanya mereka ada smoke detector. Biasanya saya masak nasi saja kalau di hotel sebab kalau masak berasap nanti ada smoke detector pulak. Why not ambil apartment sahaja lebih mudah ?

  2. Dengan PortaCooker, boleh guna diseluruh dunia sebab dual voltage. Lagi satu kalau dapatkan jugak aksesori kit, lagi senang nk masak nasi dan lauk tanpa perlu nak alih kan ke bekas lain. Kalau travel dengan famili jadi lebih mudah.

  3. Hi sis, mini rice cooker sis tu sis hand carry or check in? Sb plan nak bawa juga ke korea nanti tapi takut tak lepas time pemeriksaan kastam.

  4. Hi sis, mini rice cooker sis tu, sis check in ke or hand carry? Sb plan nak bawa mini rice cooker juga, tapi takut tak lepas time pemeriksaan kastam

  5. Hi, nak tanya. Periuk nasi atau periuk yg biasa tu boleh masuk kabin tak? Maksudnya letak dalam backpack je, tak beli luggage.

  6. Mmg boleh guna kat semua tempat di korea ke? Tempoh masak lama x kalau guna disana? Sy tgh mencari rice cooker yg betul2 sesuai sbb nak travel ke sana..

  7. Kak, kalau nak guna utk masak soup-based meal sesuai tak guna? Sebab saya mencari multi-cooker yg bagus, so far tak jumpa lagi…

    1. Kalau di Korea multi cooker ni boleh masak nasi dan soup based seperti biasa. Kalau di Jepun jangan bawa sebab voltage Jepun rendah tak sesuai. Sampai petang pun nasi tak masak nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!