SUSAHNYA NAK CARI JAKET BAJU SEJUK BAWAH 300. BETUL KE

Susahnya Nak Cari Jaket Baju Sejuk Bawah RM 300. Betul Ke?

Assalamualaikum kepada pembaca blog kakimelancong sekelian.

Saya dah setahun berehat menulis di blog ni . Saya dah rancang untuk buat sedikit perubahan ketika bercuti dari menulis.

Saya bukanlah ke mana mana cuma saya tak cukup tangan untuk uruskan blog. Mana nak uruskan jualan jaket baju sejuk dan barang-barang lain . Di samping itu menghadiri beberapa kursus online yang telah saya rancang sebelum ini.

Dalam pada tu ramai customer saya yang datang secara walk in di Seremban. Terpaksa saya juga santuni mereka ni walaupun saya tak ada kedai fizikal yang proper buat masa ni.

Sebelum dan selepas raya hari tu saya ada berkenalan dengan salah seorang pelanggan terbaru yang mahu berjumpa dengan saya terus. Menurutnya beliau tinggal tak jauh dari area rumah saya.

Cerita pelanggan yang mencari jaket baju sejuk untuk melawat anak di New Zealand

Puan Zaitun seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Rahang. Beliau ada seorang anak yang sedang belajar di New Zealand.Menurut Puan Zaitun  lagi beliau bersama suami nak travel ke New Zeland iaitu ke Christchurch pada bulan Ogos . Lebih kurang 2 bulan selepas raya.

Sebelum ini Puan Zaitun pernah ke sana iaitu di Wellington. Best jalan jalan ke Wellington katanya sebab bandarnya bersih, teratur . Mengikut pengalaman guru sekolah ini , selepas dapat peluang melawat anak di Wellington, kali ini beliau mahu datang lagi berjalan-jalan ke New Zealand.

Seronokkan? Bila ada anak belajar di luar negara , ibu bapa ada peluang melawat anak sambil bercuti.

Kali pertama ke New Zealand menurut Puan Zaitun cuaca di Wellington memang sejuk beliau masih ok. Memang New Zealand bukan negara yang beriklim sejuk ekstrim tetapi kulit kita ni dah biasa dengan suhu khatulistiwa.

Bagaimana pun oleh kerana kali ini anaknya berpindah di Christchurch, anak beliau dah berpesan dengan ibunya siap siap supaya bawa pakaian musim sejuk yang cukup dan lengkap.Suhu di Christchurch katanya lebih sejuk berbanding tempat lain.

Bayangkan ketika kali kedua Puan Zaitun berjumpa saya untuk beli lagi tambahan pakaian musim sejuk yang lain, suhu di Christchurch sudah pun mencecah -4 celcius.Untuk pengetahuan kita semua , New Zealand terletak di hemisfera selatan. Bulan 6- 9 mereka akan mengalami musim sejuk sama seperti jiran mereka di Australia.

Apa yang jadi masalah pada Puan Zaitun ni adalah mencari baju sejuk, jaket serta keperluan musim sejuk yang lain dengan harga yang lebih berpatutan. Beliau dah masuk ke pusat beli belah sebelum ni. Ini katanya :

 

tak sanggup nak bayar harga jaket sehelai sampai 500 sedangkan nak pakai beberapa hari je

 

Yelahkan kita ni bukan duduk lama di negara sana. Kita jadi ibu bapa yang ada anak belajar di luar negara mungkin dapat melawat mereka setahun sekali sahaja.Perbelanjaan dan persediaan bercuti ke luar negara juga mahal seperti harga tiket kapal terbang, sewa hotel, upah tour guide, kos beli baju sejuk termasuklah makan minum . Semuanya mesti di kira.

 

kalau nak pakai baju sejuk sampai 500 larilah bajet kami nak jalan jalan ke sana sini. Jadi bila ada baju sejuk yang harga lebih sederhana, baik saya ambil peluang cepat- cepat

 

Betullah tindakan Puan Zaitun ni sebab kalau nak tunggu sehingga bulan august baru nak cari, silap silap baju yang di cari tak ada stok.Kalau ada pun mungkin warna yang di ingini tak ada atau lagi kes berat saiz yang sesuai pulak langsung tak ada.Tak ke naya di buatnya ?

Anda pun ada rancangan nak ke New Zealand melawat anak macam Puan Zaitun? Atau memang ada plan nak travel ke negara  dalam jangkamasa terdekat?

Kami ada jaket baju sejuk wanita tak sampai RM 200 sehelai.

 

Stok jaket baju sejuk wanita yang ada dalam tangan saya tak sampai 10 pasang. Jaket ni kalis air dan ada non detachable hoodie.Kalau hujan atau ada salji , insyaallah baju kita bahagian dalam tak basah. Itu kelebihan bila pakai jaket baju sejuk yang kalis air.

Kalau kita pakai jaket yang berasaskan kain cotton ada sedikit kekurangan kerana kain cotton bersifat sejuk. Selain itu ia mudah meresap air  jika terkena hujan atau salji walaupun fesyennya sangat cantik di mata.

Oleh merana saya ada limited stok, saya bercadang nak buat clearance dan  hadiahkan sarung tangan percuma bernilai 27.90. Kalau stok jaket baju sejuk wanita ni habis saya tak gerenti ada restock dalam masa terdekat . Supplier kata autumn nanti baru ada stok semula ( lagi 3 bulan dari sekarang )

Amacam? Nak tempah sekarang anda boleh terus ke kedai online saya di >> pakaianmusimsejuk.com

Jumpa lagi nanti dengan kisah yang lain pulak ye.

PS: Rata-rata peniaga di Tanah Besar sedang menghadapi musim panas. Jadi stok baju sejuk ni memamg lambat lagi nak keluar.

3 thoughts on “Susahnya Nak Cari Jaket Baju Sejuk Bawah RM 300. Betul Ke?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!