Pastikan tempahan penginapan tiada masalah

Tempahan Penginapan Melalui Agoda Di Batalkan. Salah Siapa ?

Pastikan tempahan penginapan tiada masalah
Pastikan tempahan penginapan tiada masalah

Saya terfikir untuk kongsikan masalah yang saya hadapi ketika menempah penginapan melalui Agoda dengan menggunakan kad debit Maybank bulan December lepas. Bagi yang dah biasa menggunakan Agoda mungkin boleh skip saja post saya kali ni.

Saya tulis sebab kad debit yang di gunakan adalah ketika kita tengah sibuk di arahkan menggantikan kad bank sedia ada ada dengan kad ‘ paywave’.Hampir semua bank mengarahkan kad debit yang ada di tukar pada kad paywave . Walaupun ada isu mengenai tahap keselamatan kad paywave ni tapi saya  tak ada masa nak semak dengan bank.

Setakat ini berapa pun jumlah saya bayar di kaunter beli barang, semua cashier suruh saya tekan password dengan mesin kad kredit mereka. Saya jarang bayar cash sebab dah reserve duit dalam kad untuk perbelanjaan. So lupakan lah dulu masalah ni buat sementara.

Saya telah buat tempahan sebuah apartment di Seoul pada bulan October 2016 .

Baca : Central Apartment di Seoul Selesa Untuk Penginapan  Famili

Apartment tersebut sangat sesuai memandangkan saya tak mahu transfer dan turun naik train . Waktu sampai di airport sebelah petang dan saya tak nak terperangkap bawa beg dengan anak dan terpaksa cari tempat duduk .Sebelum itu saya ada juga semak melalui skyscanner , airasiago serta hotelscombined .

Memandangkan harga melalui Agoda adalah paling murah ketika itu berbanding di Booking.com serta laman tempahan yang sekutu dengannya , saya terus  buat tempahan .

Salah satu syarat adalah pay later dan saya tak perasan tarikh paylater tu sebab tengah sibuk masa tu  .Tapi lama jugalah sebab saya book bulan October dan lagi 3 minggu flight baru bayaran penuh di kenakan. Saya cari juga guesthouse atau mana mana bilik lain tapi agak susah sebab banyak full house.

Menghampiri tarikh paylater  Agoda caj debit kad Maybank paywave  yang saya dah aktifkan penggunaan secara online. Sebelum ini saya selalu guna kad prepaid Visa Electron Public Bank untuk mana mana tempahan flight dan bilik sebab memang tak ada masalah langsung.

Semak kad debit atau debit paywave dengan bank
Semak kad debit atau debit paywave dengan bank

Kad gantian Public Bank saya belum sempat reload duit sebab kad baru dapat . Saya kena thyroid sebelum tu dan urusan penghantaran kad gantian yang telah expired terpaksa di huat 2 kali sebab saya tak sempat nak update address. Tak sihat jadi banyak urusan tergendala betul tak ?

Okay lagi 5 minit pukul 12 malam pada tarikh paylater Agoda email bagi tahu transaction gagal. Mereka ada beri link untuk update segera tapi tengah malam nak call bank server tengah refresh bank suruh tunggu dalam 2 jam. Dalam masa 2 jam tu link Agoda beri tu expired so saya tak boleh proceed. Kena tunggu dalam masa 24 jam untuk Agoda cuba caj semula.

Malam tu juga saya call Maybank dan saya  di beritahu purchase limit saya hanya RM 500. Jumlah tu default amount sebab saya kena naikkan limit  dulu. Okay saya buat betul-betul lagi 5 minit nak masuk pukul 12 tengah malam. Saya naikkan jumlah lebih dan email juga Agoda supaya alert dengan tempahan saya.

Keesokannya owner apartment wsap tanya samada saya memang cancel booking tapi saya beritahu tidak cuma Agoda tak dapat caj sebab kad saya kad yang baru. Malam tu transaction gagal lagi. Pelik dan saya terus Maybank lagi sekali apa isu pula sebab sebelum ni di beritahu limit transaction.Dah call Maybank pukul 12 tu saya di suruh call balik dalam pukul 2 pagi.

Email tempahan apartment di batalkan
Email tempahan apartment di batalkan

Sakit hati pulak tengah malam-malam buta orang syok tidur saya menggelabah dengan booking apartment. Mana tidaknya lagi seminggu nak fly mana nak cari apartment lain . Time tu jugak dah nak masuk krismas mestilah banyak dah kena book.

Pukul 2 pagi saya call Maybank semula  dan di beritahu kali ni yang Agoda adalah company yang  beroperasi di luar Malaysia iaitu di Singapura. Jadi saya perlu aktikan kad saya untuk transaksi luar negara sama seperti seolah-olah kita kena aktifkan kad untuk transaksi luar negara sebelum travel.

Wah teruknya sebab saya tak ada masalah langsung dengan Public Bank walaupun hanya kad prepaid sahaja sebelum ni .

Setakat mana mana saya pergi ATM luar negara, shopping outlet atau tempahan bilik  tak pernah tersangkut  macam ni. Malam tu jugak saya try cari bilik lain untuk standby dan kacau partner saya kat Nilai mintak tolong seacrh sekali.

Hangin malam tu he he. Sambil booking guesthouse lain siang tu saya try book lagi sekali apartment yang sama dengan harapan tak ada orang booking dalam masa 3-4 jam pagi tu. Redho je kalau ada orang lain ambik.

Alhamdulillah kalau dah tertulis  rezeki kita punya kita tetap dapat juga. Nasib baik tak ada orang lain book apartment tu dan saya berjaya buat tempahan dan bayar terus.

Akhirnya dapat jugak apartment yang di tempah
Akhirnya dapat jugak apartment yang di tempah

Jadi sila semak dengan  bank tentang kad paywave yang baru ni sebab bila bertukar kad ciri-cirinya juga bertukar dari yang lama. Macam saya guna kad debit Maybank paywave hari tu kena update semula limit dan bila nak bayar Agoda kena aktifkan penggunaan untuk transaksi di luar negara.

Mungkin sesetengah bank tak sama prosedur tetapi untuk kad paywave Maybank semuanya perlu di kemas kini semula.Selepas kes ni saya guna kad Visa Electron Public Bank untuk tempah penginapan di Tokyo dan tempahan saya  buat di Booking.com selepas selepas membandingkan harga dan terms mereka di hotelscombined.

Baca : Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara

Bila di fikirkan serik menggunakan Agoda dan serik juga  mengunakan kad debit Maybank . Nak salahkan dua dua pihak juga tak boleh jadi saya salahkan diri sendiri. Mungkin sebab saya dah biasa guna Kad prepaid Public Bank dan Booking.Com yang jarang beri masalah pada saya.

PS: Ada sesiapa pernah ada masalah booking penginapan kena cancel bila tarikh flight dah dekat?

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

14 thoughts on “Tempahan Penginapan Melalui Agoda Di Batalkan. Salah Siapa ?”

  1. saya pun ada tempah guna kad maybank jugak…bagaimana nak pastikan semasa tarikh potongan nanti kad tak da masalah.

    1. Pastikan 2 hari sebelum tu kad telah di aktifkan untuk penggunaan luar negara dan masukkan duit lebih dari jumlah sebenar. Atas faktor currency, masukkan lebih supaya jumlah mencukupi bila mereka cuba tolak dari akaun dan terselamat dari booking kena cancel . Masih boleh buat bayaran jika dalam amsa yang di ebri kita semak email dan buat tambahan duit cepat-cepat.

    2. Pastikan duit cukup ( atau lebihkan sikit ) dan aktifkan untuk penggunaan luar negara 2 hari sebelum tu. Takuit terlupa langsung kena reject kalau leka.

    1. Kad Maybank memang style nya begitu. Bila saya deactivate transaksi luar negara nak bayar hotel tak boleh. Kad Public Bank tak payah activate terus approve. Maybank belum dapat capai standard Public Bank.

  2. Saya pernah kena yang lebih kurang sama macam ni. Dengan Agoda jugak. Tapi tempahan apartment untuk bercuti dalam negara je la. Last minute Agoda kata apartment tu dah tak available. Padahal dah book.

    Tapi lepas tu, Agoda ganti apartment lain yang kononnya lebih mahal, tapi bayar dengan harga yang sama sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!