fujiyama salah satu roller coaster di Fujikyu

Tempat Menarik Di Tokyo – Taman Tema Fuji-Q Highland

tempat menarik di tokyo- takabisha roller coaster di Fujui Q highland
Foto dari ikidane-nippon.com

Adakah anda seorang yang menyukai dengan permainan di taman tema ? Jika ya, taman tema manakah yang paling anda sukai ?

Di Malaysia juga ada banyak taman teman seperti Sunway Lagoon ,  Lost World Of Tambun ,  Merah Lake Resort  , A’ Famosa Theme Park di Melaka dan beberapa nama lagi. Taman tema luar negara yang paling terkenal pula ialah Disneyland dan Universal Studio yang mempunyai banyak rangkaian seperti di Hongkong, Osaka , Paris dan banyak lagi kota-kota terkenal di dunia.

Jangan salah sangka kerana taman tema bukanlah hiburan untuk kanak-kanak sahaja malah permainan untuk orang dewasa juga di sediakan.  Jika tidak sudah pastilah taman tema ini rugi kerana ibu bapa pasti mahu juga berhibur selain menunggu anak mereka berseronok.

Jika anda sukakan taman tema yang penuh dengan permainan ekstrim, saya sangat menyarankan anda mencuba satu tempat menarik di bandar Tokyo iaitu Fuji-Q Highland . Tak pernah dengar nama taman tema tu ?

Jom saya kongsikan kenapa Fuji- Q Highland yang terletak kira-kira 2 jam setengah dari bandar Tokyo  sebagai salah satu destinasi wajib percutian anda jika ke Jepun.

Fuji-Q Highland salah sebuah tempat menarik di Tokyo

Di Tokyo ada 2 taman tema iaitu Disneyland dan Fuji-Q Highland. Disney Land lebih dekat dengan bandar Tokyo dan selalu di kunjungi oleh ibu bapa yang membawa kanak kanak. Mungkin sebab itu Disneyland yang juga memiliki Disney Sea lebih terkenal di kalangan pelancong Malaysia.

Taman tema Fuji-Q pula  terketak di bandar Fujiyoshida di kaki bukit Gunung Fuji. Kita boleh nampak Gunung Fuji dengan jelas jika cuaca ketika itu sangat baik.

Jika anda memandu untuk menikmati keindahan Gunung Fuji dan Kawaguchiko anda akan ternampak taman tema ini di pertengahan jalan.Sangat rugi jika tidak singgah di ini kerana merupakan salah satu tempat menarik di Jepun.

Jika anda merancang ke sini cuba elakkan datang pada hari Sabtu dan Ahad kerana rakyat Jepun memang fanatik dengan taman tema .

Apa yang menarik di Fuji-Q Highland ?

 

Taman tema ini di buka pada tahun 1966 dan telah berusia 51 tahun.  Fuji-Q Highland terkenal dengan roller coaster yang ekstrim. Ini tidak menghairankan kerana Jepun memang terkenal dengan teknologi yang canggih .

Di Fuji-Q Highland ada lebih kurang 40 permainan tetapi permainan tetapi yang paling terkenal ialah 4 buah roller coaster yang memegang rekod dunia. Kesemua roller coaster ini ada keistimewaan masing-masing.

1.Dodonpa

Dodonpa di perkenalkan pada tahun 2001 dan rupanya seakan -akan lipan. Ia bergerak dengan  kelajuan sehingga 172 mph dalam masa 1.8 saat !  Roller coaster ini sedang di tutup seketika untuk kerja pengubahsuaian dan akan di buka kembali pada bulan July.

2.Takabisha

Jika anda ke sini mata anda pasti terpaku melihat betapa curamnya roller coaster ini . Dari jauh anda sudah nampak cerun curam setinggi 121 darjah kerana ia paling tinggi dengan track paling luas dan kelajuan sehingga 100 mph.

Ketika badan roller coaster sampai di cerun tertinggi tersebut,  ia akan berhenti beberapa saat seakan-akan mengambil nafas. Dalam masa beberapa saat itu juga tiba-tiba ia akan menjunam dengan mengejut dan ketika inilah anda akan dengar jeritan kuat mereka yang menaikinya .

4.Eejanaika

Roller coaster ini sangat menakutkan saya kerana saya telah menaikinya pada trip saya yang lalu . Ia mempunyai kecerunan setinggi 76 meter dengan kelajuan 126 mph .Mencubanya sekali terasa seperti badan di goncang seperti mahu tercampak di udara . Bayangkan tempat duduk anda berpusing dengan kaki ke atas ketika badan roller coaster itu sendiri sedang melakukan pusingan 360 darjah. Bukan sekali tetapi hampir 14 kali !

4.Fujiyama

 

fujiyama salah satu roller coaster di Fujikyu
Saya bersama Kamal Zharif penulis buku I’ am Backpacker Japan yang mempelawa kami ikuti beliau ke Gunung Fuji

Pada ketika taman tema ini di buka dahulu Fujiyama merupakan roller coaster tertinggi di dunia. Sekarang dengan ketinggian cerun  79 meter serta kelajuan 13o mph  Fujiyama adalah  roller coaster ke 8 tertinggi, ke 5 terpanjang dan ke 10 terpantas di dunia.

Ada banyak lagi permainan ngeri yang boleh anda cuba di sini termasuk permainan seram yang di panggil rumah berhantu.Rumah berhantu atau The Super Scary Labyrinth Of Fear di reka seperti sebuah hospital yang telah usang dan terbiar.

Anda akan di bekalkan dengan lampu suluh setiap seorang sebelum memasuki rumah hantu ini kerana ia sebuah rumah yang gelap. Tempoh untuk keluar dari rumah hantu ini mengambil masa hampir setengah jam itupun jika anda bukan seorang yang pengecut.

Harga tiket

Ada beberapa cara  cara untuk membeli tiket taman tema ini. Bagaimanapun harganya berubah-ubah mengikut musim. Harga tiket dewasa, remaja dan kanak-kanak juga tidak sama. Ketika saya pergi dahulu saya hanya membeli di kaunter pintu masuk dan harga dewasa ketika itu adalah 1500 Yen .

Tiket permainan pula di beli melalui vending machine yang di letakkan berdekatan dengan platform setiap permainan. Harga setiap permainan berbeza-beza.

1.Beli di kaunter masuk Fuji-Q Highland

Kita boleh terus membeli di kaunter masuk taman tema ini tetapi jika jika sampai agak lambat anda mungkin terpaksa beratur panjang. Ketika saya membeli tiket di kaunter dulu sudah agak petang dan tidak perlu beratur pun. Tiket ketika itu adalah 1500 Yen ketika musim sejuk. Untuk pelancong sila bawa passport kerana staff di kaunter akan meminta untuk semakan.

2.Beli di laman web rasmi

Taman tema ini mempunyai laman web mereka sendiri dan anda boleh beli jika anda faham bahasa Jepun, Walaupun anda boleh translate jika menggunakan google chrome tetapi ada laman tertentu yang mana button-button penting tidak di paparkan dalam bahasa Inggeris. Jadi agak sukar jika kita tak tahu bahasa Jepun.

3.Beli dari agen rasmi 

Kalau agen luar negara agen sah seperti Klook.com di dapati sangat popular di kalangan peneggemar antarabangsa. Di Malaysia saya dapati HIS Travel yang mempunai cawangan di Malaysia merupakan salah seorang agen sah mereka.

Jika anda lihat harga di Klook.com harga tiket dewasa ketika artikel ini di tulis ialah RM 205 sementara di HIS Travel adalah RM 250 . Tiket di Klook sudah mencakupi harga pass masuk dan anda boleh bermain semua permainan yang ada kecuali yang perlukan harga tambahan seperti rumah hantu yang saya sebutkan di ats tadi.

Ada perbezaan yang amat ketara di situ dan sudah pasti ia sangat menjimatkan. Pastikan anda bertanya ( boleh juga mesej mereka melalui online chatting untuk lebih cepat ) apa yang termasuk dalam harga tiket sebelum membuat tempahan.

Jika anda lihat di laman web Fuji-Q Highland di mana mereka juga bekerjasama dengan hotel resort yang menawarkan tiket taman tema khas untuk pelancong yang menginap di hotel mereka. Begitu juga highway bas yang menawarkan pakej pengangkutan pergi balik dari Shinjuku termasuk harga pass masuk dan tiket permainan yang di panggil Toku-Q Pack.

Lihat senarai harga yang di tawarkan samada berbaloi atau tidak kerana masa menunggu untuk menaiki sesebuah roller coaster mengambil masa antara satu hingga 3 jam juga .

4. Beli di kedai serbaneka di Jepun

Di Jepun ada 3 buah kedai serbaneka seperti Seven Eleven, Family Mart dan Lawson. Setakat yang saya tahu tiket taman tema ini boleh di beli di Lawson dan Family Mart melalui mesin layan diri. Jika anda kurang pasti cara menggunakan mesin layan diri yang mungkin agak memeningkan adalah lebih baik beli saja di pintu masuk atau dari agen sah secara online.

Bagaimana untuk ke taman tema ini ?

Trip saya ke Tokyo yang lepas saya menaiki kereta walaupun plan asal hendak menaiki bas. Menaiki kereta dari Tokyo ke Fuji-Q Highland mengambil masa 2 jam setengah. Jika anda pergi hari minggu keluar awal untuk elakkan jem kerana masyarakat jepun di bandar Tokyo menggunakan kereta untuk bersiar-siar pada hari minggu.

Jika anda berada di sekitar Tokyo boleh ambil bas highway di Shinjuku , Tokyo dan juga Shibuya. Paling terkenal ialah bas di Shinjuku yang perlu di tempah secara online terlebih dahulu. Bas ini menuju ke Gunung Fuji tetapi anda boleh minta turun di Fuji – Q Highland. Tambang bas sehala sebanyak 1700 Yen dan di nasihatkan untuk mengambil tiket balik untuk mengelakkan anda terlepas perjalanan balik.

Jika menaiki keretapi anda perlu ambil Chuo Line dari Shinjuku station dan berhenti di Otsuki ( perlu ada pass JR ). Dari Otsuki ambil Fujikyu Line terus ke Fujikyu Highway station ( bukan JR line ).

Baca : Bagaimana menaiki keretapi laju di Jepun

Kesimpulannya taman tema Fuji-Q Highland adalah pilihan yang sangat tepat jika anda seorang peminat roller coaster yang ekstrim .  Dengan jarak yang hanya sekitar 2 jam setengah dari bandar Tokyo , taman tema ini merupakan tempat di menarik di Tokyo yang tak boleh anda lepaskan . Sambil menikmati kecantikan dan keindahan Gunung Fuji yang boleh nampak dengan jelas anda berpeluang berhibur melepaskan stress seharian bekerja apabila bercuti .

PS : Jika anda ke sini pada musim sejuk pastikan anda memakai pakaian musim sejuk yang lengkap kerana kawasan ini berdekatan dengan Gunung Fuji yang sejuk dan berangin kuat. Dapatkan baju sejuk serta aksesori percutian di kedai dalam talian kami di pakaianmusimsejuk.com

11 thoughts on “Tempat Menarik Di Tokyo – Taman Tema Fuji-Q Highland”

  1. Puan, sy nk tanya. kalau di jepun kita booking apartment untuk 8 orang, tetiba masa sampai di sna kita dtg 10 org. boleh jd tak boleh check-in ke? sbbnya mungkin tak perlukan extra bed pon . cuma bertanya, sbab ada yg ckp di sana sgt la straight kalau nk check-in..

    1. Alin bilik di Jepun secara amnya dah tulis 8 maknanya 8 orang sahaja yang dah selesa. Kalau lebih sangat tak selesa nanti sebab mereka dah budget capacity ikut keluasan. Janganlah bawa lebih sebab kalau host atau owner tu duduk di situ walaupun check in kadang-kadang pakai password je. Kalau mereka nampak silap-silap baki 2 orang tadi tak di benarkan masuk. Jepun ni ikut buku. Jagalah tatasusila kita sebab mereka rata-rata jenis sangat berdisiplin dalam segala hal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!