Terlepas Kapalterbang

Terlepas Kapal Terbang- 5 Punca Dan Cara Elakkannya

Terlepas Kapal Terbang
Terlepas Kapal Terbang –  Jangan jadi seperti ini.

Ada sedikit kerisauan saya bila terbaca kes tertinggal kapal terbang di facebook semasa saya membaca luahan rasa seorang penumpang beberapa minggu lepas .

Tak silap saya mereka terleka shopping walaupun dah sedar masa untuk shopping dah habis tapi masih teruskan aktiviti bershopping sehinggalah tertinggal kapal terbang ( Memang seronok shopping di negara orang bila berduit he he ).

Bagaimanapun di lihat dari jawapan mereka  termasuk jangkamasa untuk check in dan boarding sudah terlalu lama memang munasabah mereka untuk di benarkan terbang. Bila jadi macam ni kita tak boleh salahkan orang lain sebab memang salah sendiri.

Sebelum ni pun banyak kali saya lihat penumpang yang menggigil-gigil pegang passport minta di beri laluan kerana mereka telah terlewat sampai. Kasihan pun ada sebab pasti mereka tak sengaja terlewat sampai.

Polisi Syarikat Penerbangan

Kebiasaannya kita di minta berada di lapangan terbang untuk daftar masuk atau ‘check in ‘sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masa penerbangan. Ia juga bergantung kepada syarikat penerbangan yang kita naik jadi semak dahulu polisi syarikat penerbangan tersebut.

Syarikat penerbangan Airasia contohnya ada menyediakan ‘self check-in’ secara online untuk mengelakkan berlaku que yang panjang. Rata-rata syarikat penerbangan lain juga ada menyediakan kemudahan ini.

Check in boleh di lakukan melalui beberapa cara iaitu  melalui ‘mobile check in’, ‘ online check in’ dan ‘counter check in’.

Jadual penerbangan
Jadual penerbangan

Bila dah self check in kita boleh elakkan que yang panjang . Kita  hanya perlu pergi ke kaunter khas untuk verification sahaja.

Biasanya kaunter ni kosong dan selepas urusan di situ selesai ( 5 minit je selalunya ) kita boleh terus ke departure hall.Kaunter bagasi atau baggage counter juga akan ditutup satu jam sebelum masa penerbangan.

Selalunya di dalam itinerary yang kita terima dari email seperti Airasia contohnya akan menyatakan boarding gate akan di tutup 20 minit sebelum berlepas.

Untuk selesaikan proses ni pun sebenarnya makan masa juga. Kita perlu melalui pemeriksaan imigresen serta screen ‘handcarry’ yang kita bawa.

Oleh kerana itulah adalah lebih baik jika kita boleh terus gunakan ‘ self check-in’ secara online supaya dapat mempercepatkan proses untuk berlepas.

Baca : 29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Antara punca-punca  tertinggal kapal terbang dan cara atasi

Kunci jam loceng supaya tidak terlepas
Kunci jam loceng supaya tidak terlepas

1.Terlupa kunci jam

Ini sepatutnya di lakukan sehari dua sebelum tarikh perjalanan. Jika tidur mati tak tahulah nak cakap apa sebab letaklah jam dinding besar sekalipun kalau jenis susah nak bangun memang bahaya.

Jadi kuncilah jam anda atau set reminder di handphone.

2.Jalan ‘jammed ‘

Situasi ini sepatutnya kita dah tahu kebih awal. Jalan ‘jammed’ adalah perkara biasa terutama jika kita sedang berada di waktu puncak. Jika kita tahu flight lagi 3 jam sepatutnya 3 jam sebelum itu kita telah berada di airport atau datang lebih awal untuk elakkan kesesakan.

3.Ada halangan tiba-tiba

Ini memang kadang -kadang sesuatu yang tak dapat di elakkan.Biasanya ia bukan sesuatu yang berada di bawah kawalan kita. Contohnya kita dah keluar awal tapi ada kemalangan di laluan yang kita ikut.

Jika perkara seperti ini berlaku cuba maklumkan syarikat penerbangan situasi anda supaya mereka ‘alert’.

Keluar awal jika perlu memandu ke lapangan terbang
Keluar awal jika perlu memandu ke lapangan terbang

4.Tak beritahu orang lain

Kadang-kadang kita terlupa yang orang yang akan terbang bersama kita tu ada kepentingannya. Jika kita pergi lebih dari seorang seeloknya kita minta partner kita untuk ingatkan kita sekali terutama bila flight awal pagi atau tengah malam.

Kalau kita tertidur sekurang-kurangnya ada yang akan tolong ingatkan kita.

5.Tidak memeriksa email atau pesanan di handphone

Kadangkala jadual penerbangan di tunda dan kita akan di beritahu melalui email oleh syarikat penerbangan. Sila semak email sekurang-kurangnya  seminggu sebelum berlepas .

Syarikat penerbangan jenis ‘ premier airline ‘ iaitu bukan jenis ‘ tambang murah ‘ biasanya akan menalipon kita jika ada sebarang  penundaan.

Jika kita dah buat semua ni tetapi masih juga terlepas maknanya bukan rezeki kitalah tu. Apa pun cuba pergi ke staff yang menjaga gate jika masih ada masa ( kebiasaannya memang susah nak dapat terutama jika bawa ‘checked baggage’.

Periksa email jika ada jadual penerbangan yang tertunda
Periksa email jika ada jadual penerbangan yang tertunda

Jika staff di gate baik hati kita mungkin di lepaskan tapi kenalah berlari sekuat hati sebelum pintu kapalterbang di tutup. Tetapi jika memang dah suntuk dan tak boleh buat apa sebaiknya pergi ke kaunter dan terangkan apa yang terjadi.

Jika sesuatu halangan itu bukan di sebabkan kecuaian kita seperti ada kemalangan atau bencana alam berlaku , kita mungkin akan di masukkan ke dalam senarai penerbangan yang berikutnya.

Kita juga mungkin terpaksa membayar tambahan sedikit tambang tiket berbanding dengan membeli tiket penerbangan yang baru.

Harga tiket di kaunter yang di beli pada hari berlepas memang sangatlah tidak berbaloi  jika kita bukan jenis berduit dan selalu naik kapalterbang bila ada promo tambang murah.

Bayangkan kalau dah beli tiket tambang murah hanya RM 200-  RM 300 tetapi akhirnya terpaksa membayar sehinga beribu ringgit di sebabkan kecuaian kita sendiri.

PS:  Siapa pernah tertinggal penerbangan dan apa yang jadi selepas tu ? Kongsikan di sini samada anda dapat berlepas atau tidak .

6 thoughts on “Terlepas Kapal Terbang- 5 Punca Dan Cara Elakkannya”

  1. Buat masa ni, saya tak pernah lagi terlepas kapal terbang. Tapi kalau sengaja tak datang airport tu dah buat beberapa kali ha3

    Kebetulan pada hari nak naik flight tu, ada perancangan lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!