masjid-di-korea-selatan

Walaupun Pelat 9 Orang Student Korea Ini Tetap Mahu Belajar Membaca Quran. Saya Kagum !

Walaupun pelat 9 Orang Student Korea Ni Tetap Mahu Belajar Membaca Quran. Tajuk ni tak ada kena mengena langsung dengan percutian dan sebagainya.

Sebenarnya saya baru saja berkakoa talk dengan rakan saya yang sedang study di Korea tentang puasa di sana. Menurutnya sekarang sana sedang summer.

Subuh pukul 3.17 pagi dan waktu iftar pukul 7.55 malam.Maknanya di Korea siapa berpuasa di sana terpaksa menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 16 jam. Lama tuh !

masjid-di-korea-selatan
masjid-di-korea-selatan

Kata rakan saya lagi jika ke  Korea sumber makanan halal senang di dapati di Itaewon. Hmm, bulan puasa jarang orang pergi bercuti baik di luar negara atau dalam negara sendiri pun. Kalau orang putih mungkin sebab dia nak rasa pengalaman ramadan di negara muslim.

Kalau di Australia memang seronoklah sebab sana sedang musim sejuk sekarang.Waktu paling seronok berpuasa di sanaa  rasanya waktu musim sejuk sebab hari cepat gelap dan maghrib pun cepat.

Saya pula dari awal bulan Mei hari tu dah mula belajar bahasa Korea atau Han Geul. Saya belajar di UTM Space di sebelah Ampang Park setiap hari Ahad. Alhamdulillah saya dah boleh baca , bercakap , menulis dan mengira yang mudah-mudah dalam bahasa Korea ni.

Best belajar kat sini sebab UTM Space memang limitkan student dan lecturer saya pun orang Korea. Bahasa inggerisnya memang tahap tadika sebab nak sebut satu-satu perkataan tu punya susah saya tengok.

Tadi masa bukak video tentang islam di negara luar saya terjumpa pulak video menarik ni tentang student Korea yang belajar baca surah pendek-pendek.

Memang mereka susah nak sebut dalam bahasa arab lebih-lebih lagi kalau perkataan hujung tu bunyi ‘ r’ dengan ‘s’. Yang ‘r’ jadi ‘l’ dan kalau ada bunyi ‘s ‘ perkataan tu jadi ‘ sie’. Bukan bahasa arab je, bahasa ingegris pun mereka memang susah nak master.

Ramai orang bukan islam mula membaca quran untuk mengetahui isi kandungannya sebelum memeluk islam.Dari sini mereka mula terbuka untuk mempelajari islam dengan lebih mendalam dan  jika di beri hidayah mereka jadi saudara baru.

Jangan kita cepat buat anggapan melulu bila kita lihat mereka mempelajari membaca surah-surah ni.Kita sendiri kena tanya diri kita jika kita muslim berapa banyak sehari kita baca dan memahami ayat-ayat dalam surah tersebut .

Jom tonton sekarang sambil kita tambah sesi baca Al Quran di bulan Ramadan ni .

27 thoughts on “Walaupun Pelat 9 Orang Student Korea Ini Tetap Mahu Belajar Membaca Quran. Saya Kagum !”

  1. Saya nk tanya sikit pasal utm space korea sbb berminat nk ke sana, utk lepasan spm mcm mna eh? Ada biasiswa ke? Boleh terangkan tak pasal program ni.

    1. Ansar, kalau UTM space ni ada 3 short course. Beginner, Intermediate 1 & 2. Kursus ni hanya untuk sesiapa yang nak belajar bahasa sahaja. Kalau untuk lepasan SPM , MARA/JPA setahu saya ada buat preparation selama 9 bulan di Shah Alam untuk lepasan SPM. Mereka akan belajar TOPIK selain subjek lain tetapi loan education yang di tawarkan limited untuk 3 disiplin sahaja iaitu engineering, computer science dan satu lagi saya tak ingat he he. Selain JPA, UNIKL pun ada buat preparatory course tapi kena bayar sendiri ( 3 semester RM 30,000 ). Kalau lulus dan dapat at least TOPIK tu band 3, university di Korea pun ada banyak sponsorship tanpa perlu ikat bond. Hubungi UNIKL untuk further info. Saya tahu semasa buat survey masa education expo tentang prepatory course ke Korea untuk anak saya 2 minggu lepas.

  2. Kita juga sebenarnya pelat juga bila membaca Al-Quran.. Nak tau pelat atau tidak, cuba belajar di Mekah.. Salah sebutan, boleh jadi makna lain..

    1. Kata lecturer korea saya barang kita kalau tertinggal tak hilang.Toilet mereka pun bersih.Kita ambil yang bagus je sebab tiap negara ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

    1. Terima kasih sudi singgah ye Nurul. Belajar seronok tak de lah asyik tau sebut annyeong haseyo je he he.Berkembang jugaklah vocabulary Han Geul saya sekarang walaupun tunggang terbalik .

    1. Saya tak sempat tengok tv tahun ni.Tak cukup masa langsung. Tapi kalau kita ikut siri ni memang seronok tengok orang-orang belah sana yang cuba belajar mengenai islam.

  3. warghh 16jam puasa kat korea yer. Bersyukurnya kita di malaysia berpuasa tak sepanjang berada di luar negara sana. Kagum dengan rakyat korea yang mula tertarik dengan AlQuran .Di Japan pon sekarang ramai Japanese yang mula meminati agama Islam dan Mosque juga makin banyak. Moga makin berkembang Syiar Islam di negara Korea dan Japan .
    auntiekemai recently posted…Anak Obesiti Salah Siapa? | MealShakes Bantu Anak SihatMy Profile

    1. Memang english bagi mereka sangat susah sebab struktur ayat mereka semua terbalik.Jadi kita yang belajar Han Geul ni pun mula-mula pening juga masa mula-mula belajar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!