pengalaman-dalam-kapal-terbang

Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )

Ramai rupanya yang meminta saya menulis pengalaman  bercuti  ke Amsterdam dulu  dan ada yang mintak saya tuliskan secara terperinci termasuk kos yang di perlukan. Bukan tak nak tulis tapi saya tak mampu nak tulis panjang-panjang macam travelog tu dan tak berapa ingat jumlah sebenar.

Jadi ada yang saya dah cover sebelum ni saya tuliskan sikit-sikit mana-mana tempat yang saya pergi dulu selama seminggu. Tak semua tempat saya dapat cover sebab seminggu tu hujan turun renyai-renyai di sesetengah tempat. Travel sendiri macam tulah .Tapi memang lebih seronok bercuti  jalan sendiri dari guna pakej.

Okay.Saya pernah ke sana tahun 2012 waktu early spring dengan Airasia. Dapat tiket tambang murah RM 1500 pergi balik ke London dan last batch sebelum Airasia stop penerbangan ke sana.

Saya book tiket bulan 9 dan perjalanan pada bulan April.Maknanya saya beli tiket 7 bulan sebelum terbang.Masa tu saya pusing London, Brussels, Paris dan Amsterdam selama 2 minggu.

 

Jadi 2015 saya pergi lagi sekali untuk puaskan hati .Kali ni saya naik Garuda dengan transit lebih kurang 5 jam di Jakarta.Tiket asal RM 1020 , dah campur semua all in jadi RM 1200 pergi balik. Budget RM 1500 dah save RM 300.

Tak pernah naik Garuda  rasa seriau juga bila kapal terbang berlepas. Lebih seriau bila mengenangkan tahun 2014 macam macam menimpa negara kita.Kapal terbang hilang dari radar la, kena tembak la dan macam-macam lagi. Tawakal !

Ada juga kawan-kawan tanya tak takut ke pergi time sekarang ni. Saja saya gurau bagi tau Airasia atau Garuda mereka tak attack kot .Kalau jadi apa-apa saya mintak mereka maafkan saya dan halalkan makan minum sepanjang kenal saya he he.Macam pergi Mekah la pulak.

So perjalanan di teruskan dengan rasa bercampur campur .

Dari KLIA saya sampai ke Soekarno Hatta Airport dalam 1 jam lebih. Kelakar rasanya bila tali pinggang keledar tu dalam bahasa Indonesia di panggil sabuk pengaman.Ingatkan apa bendanya sabuk pengaman tu .

Kecik aje Soekarno Hatta Airport ni rupanya dan ada bas khas dari airport ke arrival hall.Tak lama dalam 10 minit je.Kami di tempatkan di Emerald Sky Lounge di Terminal 2.

baru-sampai-emerald-lounge-jakarta
baru-sampai-emerald-lounge-jakarta

Dekat lounge ni ada surau jadi boleh sembahyang kat sini tak ada masalah.Makan minum free dengan wifi selama 6 jam menunggu tu.

Lebih kurang pukul 1 pagi 18hb February kami naik flight ke Amsterdam. Masa tu baca doa banyak-banyak supaya kapal terbang tak hilang dari radar dan tak kena tembak  .

Takut tu tetap ada tapi simpan dalam hati .

Sejam berlepas dan pramugari dengan pramugara tengah sibuk bahagikan makanan tiba-tiba je kapten kapal buat pengumuman supaya anak kapal duduk di tempat masing-masing.

Dah bertempiaran semua pramugara dengan pramugari menuju ke tempat masing-masing di kabin. Menurut kapten, cuaca di luar kurang baik.

Berderau darah kejap ( bukan kejap dekat 1 jam lebih) bila lepas pengumuman tu flight macam tak berapa stabil.Boleh rasa gegar sana sini sepanjang satu jam tu.

Dalam pada tu makin rasa kecut perut bila kapal terbang tu tiba-tiba menjunam ke bawah . Sakit jiwa sekejap mengenangkan nak pergi mana tak boleh.Nak bukak pintu kapal terbang pun tak boleh nak ambik angin.

Menyesal tak boleh nak cakaplah sebab tangan gatal  book tiket.Terpaksa duduk diam -diam sebab semua orang senyap.

Member sebelah saya tengok dah kumat kamit tunduk tak toleh toleh. Yang bangsa lain tak tau ugama apa pun senyap .Semua tunduk. Macam dekat kubur pun ye.Sunyi je. Suara budak menangis pun tak ada.Satu kapal senyap.

Saya  baca segala  surah yang saya hafal dari yang pendek pendek sampailah surah yang panjang panjang. Saya berdoa moga-moga kami semua dalam flight akan selamat sampai .

Saya jugak berdoa jika dah di takdirkan nyawa dah sampai di penghujung jalan saya minta tuhan ampunkan dosa saya yang bertimbun ni dan masukkan saya dalam syurga ( mesti nak masuk syurgakan ? ).Hu hu diri rasa kecik betul masa tu.

Dah hampir nak terlena barulah kapal terbang tu rasa stabil sikit. Tapi ikut pengalaman saya la, kapten kapal terbang MAS dengan Airasia lebih berpengalaman dan lebih smooth bawak kapal terbang berbanding dengan kapten Garuda. Itu pendapat saya sendiri.

Dah stabil flight barulah rasa lega.Kami pun mula di berikan makanan yang dah tertangguh dari tadi.Perut dah lapar makan je lah apa yang di bagi. Tapi makanan dalam Garuda ni memang mewah dan sedap !

makanan-tradisional-dalam-garuda
makanan-tradisional-dalam-garuda

Selepas hampir 13 jam akhirnya sampailah juga kapal terbang mendarat di lapangan terbang Schipol .Amsterdam aku datang lagi !

Officer imigresen tanya berapa lama di sini waktu di pintu masuk. Kawan saya tunjuk booklet itinerari kami yang dah siap cantik pakai file. Tengok pun tak fail itinerary bila kami tunjuk tapi dia  senyum dan cakap ‘ Selamat Datang’. Pandai cakap melayu pulak mat Amsterdam so kami layan ajelah he he.

Taktik nak lepas cepat dari di soal macam penjenayah ialah sediakan itinerari ye. Bukan apa kadang-kadang kena yang banyak songeh silap jawap lambat kita jadinya.Jadi tak sampai 5 minit selesai semua paspport dah siap cop dan kami di istiharkan pendatang tak haram.

Sampai airport saya terus beli simkad negara sana supaya senang nak call anak dekat rumah. Begitulah pengalaman buruk saya sewaktu dalam penerbangan menuju ke Airport Schipol.

Saya stop sini dulu. Nanti saya sambung lagi  dengan cerita lucu waktu dalam train yang tersesat-sesat.

PS: Serik tak naik kapal terbang bila jadi macam ni ?

64 thoughts on “Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )”

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ———————————————————————-
    Amsterdam & Belgium
    Tulip Garden package
    25 April – 16 May 2016
    3D 2N | 3D2N
    5 px | 6 PX
    £2500 | £2850
    What included in the package
    – Hotel
    – Breakfast
    – Ferry fare
    – MPV
    – Netherland
    Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
    – Belgium
    Atomium, Mini Europe
    Harga ade berubah terubah
    Hotel reservation & ferry fare
    ———————————————————————-

  2. As salam. Sy nak share juga, tahun lepas sy dan family ke london dan paris. Sy book emirates, dpt purata rm2300 seorang, sy rasa mcm dh murah berbanding MAS. Bln mei hari tu emirates offer rm2050 seorang ke ams, pada sy murah dah tu, rupa2nya naik garuda lagi2 murah!! Tp bila baca psl gegaran tu, mcm takut gak nk naik indon punya flight. Memang ajal kita tak tau, berdoa je lah. In shaa Allah selamat jika belum ajal kita. Tapi sy mcm tak serik, pengalaman di sana sgt seronok dan berhajat nk pegi lagi.

    1. Wsalam. Terima kasih Siti sudi share pengalaman di sini. Selalunya bajet saya RM 1500 ke bawah je kalau ke Europe sebab memang boleh dapat harga tu even guna non low cost flight. Bestnya bila guna premier airline ni makanan mewah dan luggage 30 kg tu tak payah nak fikir lagi dah. Memang boleh borong banyak-banyak kalau nak shopping gila-gila kat sana terutama dekat Londonkan?.Gegaran tu kami kena waktu pergi dan balik juga tau cuma waktu balik saya tertidur tak sedar kapal terbang bergegar .Memang bila dah sampai rumah selamat semua tak rasa serik pun sebab DNA nak pergi travel tu lagi kuat dari gegaran tu ha ha.

    1. Saya seat tengah-tengah.Memang kalau belakang lagi rasa. Yang duduk tengah pun dah berpeluh sejuk. Tapikan sebenarnya pergi dan balik memang kami kena air turbulence tu. Dua-dua selepas satu jam perjalanan. Haru betul.

    1. Boleh je tanya-tanya sebab selalu juga saya dapat offer tiket murah ni. Bab kapal terbang menjunam tu kena lontar jauh-jauh bila dah book tiket .

      1. kalau dpt flight murah ke london and tempat tinggal yg murah bole roger sy ye.. teringin bawak husband ke tempat stadium arsenal.. sy dh pegi masa student dulu kali ni nk bawak husband plak

    1. Makanannya memang lumayan mewah dan sedap ! Mahu juga travel lagi sekali jika dapat tiket tambang murah. Tapi harapnya tak ada bergegar lagi 🙂

    1. Kira oklah dapat tiket RM 1200 pergi balik dengan 30kg free baggage. Garuda bukan low cost flight, saja nak cuba ok ke tak..gugur jantung waktu flight tiba-tiba menjunam hu hu.

    1. Saya jarang rasa penat cuma jet lag tu je lah. Masuk pukul 11.30 pagi dah mula rasa nak lelap mata. Pernah lepas masak terus tidur sebab time tidur belum habis adjust.

    1. Insyaallah, kita rancang cuma perbelanjaan kena lebih dengan famili. Sesekali elok juga bawa mereka pergi jauh sikit tengok budaya negara luar.

    1. Banyak yang kita dapat kutip pengalaman bila berjalan.Dapat kawan baru dapat kenal-kenal dengan local people dan yang paling best bila bercakap dengan local peopleyang tak tau bahasa inggeris. Macam itik dengan ayam he he.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!