pertandingan berenang dalam kolam ais di Harbin

Bercuti Ke China Meredah Suhu Negatif 30 Di Harbin ?

Bercuti Ke China Meredah Suhu Negatif 30 Di Harbin ?|  Lama tak update blog ni. Tergendala segala urusan di sebabkan sibuk menguruskan urusan jualan rumah yang belum selesai. Nak ke mana-mana pun tak boleh. Tension sungguh rasanya . Setiap kali nak update post ni pun connection di server asyik lost.Dah cuba save banyak kali sampai berjam-jam menyiapkan satu post. Sebulan saya simpan post ni sebab masalah server .

Travel partner ajak saya ke Oslo nak tengok Aurora Borealis. Tak dapat ikut kali ni. Saya pula ada terbaca beberapa pengalaman traveller yang telah bercuti ke China iaitu di Harbin . Tempat yang agak menarik pada saya sebab Harbin adalah tempat sejuk beku .Bercuti musim sejuk tu kegemaran saya.  Jadi post yang dah saya simpan sebulan ni pasal Harbinlah nampaknya ye.

Di mana letaknya Harbin ?

kedudukan-harbin-china
Foto kredit mapregion.com : kedudukan-harbin-china

Harbin  terletak di Heilongjhiang di utara China . Kedudukannya betul betul bersebelahan dengan Russia yang mana terletaknya salah satu stesen keretapi terpanjang di dunia . Harbin juga di kenali sebagai Oriental Moscow. Asalnya Harbin ni adalah wilayah kepunyaan Rusia tetapi telah di rampas oleh China suatu masa dulu.

Penduduk di sini fasih berbahasa Russia dan perawakan mereka agak berlainan dengan hidung yang agak mancung dan rupa paras yang lebih mirip orang Rusia ( kena sampai dulu baru tau mancung ke tidak ye ) .Rata rata bangunan di Harbin juga bercirikan seni bina bangunan negara asal mereka.

Suhu di Harbin jika kita baca pengalaman traveller lain sangatlah ekstrim sehingga boleh mencapai sehingga -30 celcius iaitu di bawah paras beku. Bayangkan kalau -19 celcius tu adalah biasa bagaimana pula sejuk membeku bila jatuh tahap -30 celcius tu ye ?

Apa yang menarik di Harbin ?

Di Harbin ada macam macam aktiviti yang boleh kita lakutkan  . Oleh kerana Harbin terkenal sebagai kota ais maka sudah tentulah aktiviti di sini semuanya berasaskan ais. Mungkin kalau minuman berasaskan ais pun selain aiskrim kita boleh jumpa macam ais kacang atau ABC dekat Harbin ni ye tak ?

1.Central Street

Zhongyang street
Zhongyang street – foto kredit chinatravelca.com

Zhongyang Street ini adalah umpama pusat ibukota di mana terletaknya hotel, bangunan pejabat serta kompleks membeli belah. Kedai pakaian berjenama seperti H & M, kedai makanan segera seperti MCD ada di sini serta kedai-kedai menjual cenderamata.

Laluan pejalan kaki di sini di bina dengan batu-batu serta rekabentuk senibina Russia menjadikan laluan pejalan kaki ini sangat unik. Bongkah-bongkah asi dan salji juga di ukir dan boleh di dapati di sepanjang jalan ini sebagai hiasan .

Lebih kurang 1.2 km dari  Zhonyang street juga terletaknya muzium St Sophia . Muzium ini asalnya sebuah gereja semasa berada dalam negara asal mereka.Setelah di rampas dan berada dalam jajahan China gereja ini di tukar menjadi muzium sebagai tarikan pelancong ke Harbin.

2.Harbin Ice& Snow Festival

Festival Ais di Harbin
Festival Ais di Harbin – foto kredit qz.com

Festival ini berlangsung setiap tahun mulai 5 January dan  akan berakhir pada bulan Februari . Untuk tahun 2016 festival ini berakhir pada 25 February 2016 ini. Ketika ini bandar Harbin akan di penuhi dengan rekaan binaan ais dan salji  yang berbagai bentuk .

Semasa festival ini berlangsung ada macam-macam aktiviti pertunjukkan dan pertandingan berasaskan ais dan salji di jalankan . Paling menarik ada pertandingan berenang di dalam kolam ais untuk menguji ketahanan fizikal dan minda para peserta dalam mengharungi cuaca ekstrim.

Tengok gambar ni. Macam cerita Harry Potter dah kan ?

 

pertandingan berenang dalam kolam ais di Harbin
pertandingan berenang dalam kolam ais di Harbin -foto kredit harbinice.com

Begitu juga pertandingan mengukir skulptur yang mana para peserta juga datag dari seluruh dunia termasuk negara kita. Pernah terbaca dalam suratkhabar peserta dari negara kita menang tempat ke berapa saya tak ingat. Di sini rupanya pertandingan tu di jalankan.

Teringinkan nak tengok sendiri pesta ni ?

3. Snow World & Sun Island

Bercuti di China
Bercuti ke China – foto kredit boston.com

Kalau dah sampai ke sini taman tema ini tak harus di lepaskan. Di sini juga ada macam macam ukiran dari bongkah ais dan salji. Pemandangan juga pasti lebih cantik di waktu malam memandangkan hiasan bongkah ais ini di pasang lampu LED di waktu malam .

4. Pesta Tanglung

Selain itu kita juga boleh jamu mata mengunjungi pesta tanglung di Zhaolin Park  . Seluruh kawasan di taman ini akan di penuhi dengan hiasan tanglung berwarna warni terutama yang berwarna merah yang juga warna rasmi orang cina . Warna ‘ong’ kata mereka. Tanglung ini di pasang bersempena menyambut ketibaan Tahun Baru China.

5.Siberian Park

siberian park di harbin
siberian park di harbin – foto kredit hdimagelib.com

Bersebelahan dengan Sun Island ialah Siberian Park. Siberian Park merupakan taman harimau Siberia yang di lindungi. Kawasan ini sangat luas sehingga mencapai 1000 juta kaki persegi. Harimau di sini di biarkan berkeliaran dan bebas tetapi masih dalam kawasan berpagar untuk keselamatan pengunjung.

 

siberian park
siberian park – foto kredit dailymail.co.uk

Aktiviti memberi makan ini  adalah aktiviti ngeri bagi mereka yang sanggup tengok. Haiwan peliharaan seperti ayam, kambing dan lembu akan di campak atau di lepaskan di dalam kawasan taman di mana tempat  kawasan harimau lepak .

Selepas itu kita saksikanlah sendiri bagaimana harimau ni mengoyakkan dan menyiat lembu ni untuk di jadikan santapan. Tak sanggup saya tengok aktiviti macam ni . Sampai hati buat lembu tu macam tu.Cuba kita di letakkan kat tengah tengah taman tu dan suruh rimau tu terkam. Suka tak ?

6.Harbin Polarland

Di Harbin juga ada sebuah taman hidupan air yang memelihara haiwan hidupan air termasuk beruang polar . Arctic fox yang berbulu putih yang selalu kita lihat kalau menonton National Geographic pun ada di Harbin Polarland.Selain itu kita boleh juga menyaksikan pertunjukan ikan paus serta singa laut sambil melihat hidupan air yang lain. Konsepnya lebih kurang seperti Aquaworld dekat KLCC atau satu lagi tempat hidupan air ni di Langkawi.

7. China Snow Town

snow town
snow town- foto kredit icefestivalharbin.com

China snow town ini adalah perkampungan ais yang cantik yang terletak kira-kira 280 km dari Harbin. China ni luas ye dan jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain memang makan masa. Di kawasan perkampungan ais dan salji ini rumah kita akan dapat lihat jagung serta cili yang bergantungan untuk di keringkan. Paling menarik ialah salji di sini boleh mencapai setinggi 2 meter !

 

china snow town
china snow town -foto kredit chinafactours.com

 

Bagaimana mahu ke Harbin ?

Harbin Xi Railway Station
Harbin Xi Railway Station

Setakat ini jika kita nak bercuti ke China dan singgah ke Harbin memang tak ada penerbangan terus dari Malaysia ke Harbin. Kita terpaksa transit di beberapa perhentian sebelum dapat sampai ke Harbin. Jika kita lihat di web Airasia ada penerbangan ke Beijing dan 13 lagi desinasi ke China .  Kalau dari  Beijing boleh ambil high speed train atau keretapi berkelajuan  tinggi yang mengambil masa 8 jam.

Harga tiket dari Beijing ke Harbin West ( Harbin Xi ) sebanyak 306.50 Yuan atau dalam duit kita sekarang lebih kurang RM 204 sehala . Harga ni untuk 2nd class seat. Kalau 1st class seat lagi mahal antara 20-40 % dari harga 2nd class seat.

Harga tiket bergantung pada jenis keretapi dan dan kelas yang kita ambil . Keretapi laju ni pun ada yang jenis sleeper train iaitu yang kita boleh tidur tapi yang ni untuk perjalanan jarak jauh . Rasanya  8 jam dalam keretapi pun dah jauh sangat pada saya sebab harga tiketnya pun dah beratus ringgit hu hu.

Kalau nak check jadual perjalanan keretapi berkelajuan tinggi ni boleh terus ke laman web ctrip.com dan pilih bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris ( kalau faham bahasa Russia pun ok jugak ha ha ha ).

Bagaimana dengan penginapan dan makanan ?

Bagi yang nak bercuti ke China secara pakej ia mungkin tak perlu di fikirkan sangat kerana travel agensi akan menyediakan penginapan dan makanan halal dalam pakej mereka.

Bagi yang travel redah saja seperti saya perlu buat sedikit persediaan. Beberapa info yang saya rujuk dari blog traveller  yang pernah berkunjung ke Harbin ada beberapa buah hotel dan hostel yang di cadangkan.

Penginapan ini kelihatan memudahkan jika kita berkunjung ke Harbin kerana ia berdekatan dengan lokasi pelancongan  serta kedai makanan halal. Boleh riki riki hotel Green Tea serta hostel Kazy di Harbin dan survey harga penginapan lain yang di tawarkan di Hotelscombined.com.

Untuk nak dapatkan makanan halal pula boleh klik link berikut  > Senarai kedai makanan halal Di Harbin

Tips sebelum bercuti ke China.

Sedikit tips saya kongsikan di sini sebelum kita bercuti ke China terutama kota sejuk beku seperti Harbin. Oleh kerana musim sejuk di sana tahap melampau, ambillah insuran perjalanan  supaya percutian dan perjalanan lebih lancar. Sungai yang membeku serta jalan licin berais boleh menyebabkan kita mudah terjatuh . Kalau nasib tak baik kita cedera patah riuk macammana ?

Pakaian juga harus lengkap untuk mengelakkan ketidakselesaan. Suhu di sini sangat ekstrim kerana mencapai negatif serendah -30 celcius.  Bawalah sekurang-kurangnya dua pasang pakaian thermal yang agak tebal materialnya seperti velvet yang lebih berupaya  menahan diri kita dari kesejukan. Bawa juga sekurang-kurangnya  sepasang  wool sweater serta  jaket yang mempunyai lining yang lebih tebal seperti ‘ fur lining’ .

Selebihnya boleh shopping di sana terutama kasut boot musim sejuk  yang pastinya lebih murah dan banyak pilihan. Sediakan duit lebih ya sebab murah-murah pun mungkin puluh-puluh juga. Boot untuk travel musim sejuk di tempat licin berais lain sikit sebab perlu ada spike yang tajam macam paku di bawah tapak boot tu.

PS: Tiket ke Beijing murah saja. Rata-rata anggaran RM 400 sahaja pulang balik. Untuk ke Harbin , tambang keretapi berkelajuan tinggi dalam RM 204 sehala . Jumlah RM 804. Kumpul duit sebulan RM 200 dalam masa 4 bulan  bulan dah boleh jejak kaki ke sana. Siapa berani pergi Harbin he he ?

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

26 thoughts on “Bercuti Ke China Meredah Suhu Negatif 30 Di Harbin ?”

  1. .
    Saya beberapa kali mengunjungi Harbin Ice Festival, ada kalanya setiap tahun berturut-turut. Setiap tahun berbeza dan pasti festival tahun berikutnya dibuat festival yg lebih cantik, lebih besar & lebih meriah.

    First time saya sampai di Harbin dengan menaiki keretapi laju D1327 dari Dalian. (6.25 pm Dalian North Railway Station – 22:33 pm Harbin West).

    Saya baca kisah Nota Kembara tentang keperluan pakai kasut boots yg sesuai ketika berjalan di Harbin. Keadaan jalan amat licin kerana dimerata tempat di Harbin termasuk tepi jalan diliputi salji beku dah menjadi ais. Kasut boots yang dipakai di Beijing tidak lagi sesuai dipakai di Harbin.

    Jadi tak pakai snow boots, cuma pakai kasut jogging (guna stokin tebal) semasa berjalan keluar dari stesen keretapi untuk sampai ke penginapan – Pandora Apartment 哈尔滨潘朵拉公寓. Suhu di bawah paras beku -30°C.

    Esok pagi pakai kasut jogging naik bas utk pergi ke Masjid Daowai yg saya tahu disekitar masjid ada banyak restaurant tempat makan. Saya masuk Restaurant Halal Lao Zhen Xing Guan 老镇兴馆. Saya berbual-bual dengan orang-orang yg berada dlm restaurant, penduduk di sini mesra dan talkative. Saya dapat berkenalan dgn pemilik restaurant tersebut bernama Mubarak. Beliau tunjukkan kedai jual kasut yg berhampiran. Nama gedung kasut tersebut adalah Makewei Shoes City 玛克威鞋城. Harga boots yg baik adalah dlm sekitar 80元 (sekitar 50 Ringgit).

    Kasut snow boots orang dewasa, selesa, buatan teguh sesuai dipakai utk banyak tahun berikutnya utk berjalan atas ais ketika berada di territory suhu extreme dibawah paras beku.
    .

    1. Memang teringin ke sana. Kembara Prof Naramas tu memang buat kita terliur nak nak jelajah kalau boleh seluruh China tu.Sangat-sangat menarik terutama yang ada penduduk islam kat situ.

  2. .

    Masa penerbangan paling singkat dari KLIA untuk sampai ke Harbin Airport adalah dengan melalui Beijing 北京. Atau pun melalui Guangzhou 广州. Kedua-dua journeys ambil masa 10 jam termasuk stopover di bandar-bandar saya sebutkan tadi.

    Saya pernah sampai ke Harbin dengan penerbangan Eastern China dengan stopover di Shanghai. Pembelian tiket hanya 2 minggu sebelum dari tarikh perjalanan. Harga tiket adalah RM 1500 termasuk return. Saya singgah di Shanghai 上海 dan juga melancong di Nanjing 南京 selama 2 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Harbin.

    Saya takut naik Teksi jadi semua perjalanan guna pengangkutan awam selain dari Teksi. (Sepanjang beberapa kali datang ke China atas urusan kerja, cuma pernah naik Teksi dari Airport Dalian ke tengah Kota Dalian. Sebenar tiada apa nak ditakutkan pun.)

    Dari Airport naik bas berhenti di tengah kota Harbin dan naik Metro Mass Transit ke Stesen Metro Bowuguan dan jalan kaki ke Harbin Walker Coffee Hotel.

    Harbin tempat cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Ramai orang indonesia di sini yang rata-rata bertutur Bahasa Melayu (indon) sahaja.

    Saya makan di restaurant halal dimiliki orang Huizu 回族 yg sgt byk di kota ini. Hampir di mana shj saya singgah makan pasti ada sahaja yg bertanya saya asal dari mana. Saya balas balik, “bagaimana tahu saya bukan orang negara China?”. Selalunya mereka akan reply, “Wajah, dialek dan fesyen pakaian!”. Satu lafaz aqidah berbeza resam.

    .

  3. Assalamualaikum…
    Jom Rasakan Kesejukan sehingga mencapai suhu -30C sambil menikmati kecantikan binaan ice sculpture ketika WORLD ICE FESTIVAL di HARBIN,CHINA

    Mungkin Ada di kalangan kita x mampu ke RUSSIA kan?….

    So tggu apa lg..Jom lah g Harbin..sempadan RUSSIA ja ni..binaan bgunan dia pon ala2 Russian…souvenir Russian pon ada kt sini…
    Bg sy “HARBIN IS FROZEN CITY”

    WORLD ICE FESTIVAL merupakan acara tahunan di HARBIN yang memberikan pengalaman yang menyeronokan kepada anda ketika berada di sana. JOM sertai kami ke HARBIN WORLD ICE FESTIVAL 2017 :
    RM2550 + RM70(Tipping) based fly from KUL.
    10-16 Jan 2017 by MAS.

    Domestic flight booking tidak termasuk…
    Sekiranya berminat bolehlah membuat tempahan segera dengan membayar deposit RM1000…

    ALL IN PRICE : RM2620
    TEMPAT ADALAH TERHAD
    HUBUNGI SY SEGERA:
    0125735371 – Fauzi Best
    Call / Whatsapp

    Sila lihat album saya semasa January 2016
    https://www.facebook.com/fauzibest/posts/10208110028049463

    1. Terima kasih Professor Naramas Aman, memang saya suka baca kembara prof di China.Berhari-hari tak habis saya baca entry tu.Teringin betul saya nak rasa tahap sejuk macam prof pernah alami tu.

        1. Mana -mana pun boleh. Actually nak dapat tiket murah tu sekarang ni senang aje. Kalau nak tiket ke Aussie RM 700 and below ( returned ticket ) boleh contact saya atau subscribe form kat side bar blog saya ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!