Central Apartment Di Seoul Selesa Untuk Penginapan Famili

Apartment Di Seoul jenis Economy Studio
Apartment Di Seoul jenis Economy Studio

Pada 20 December 2016 sehingga 27 December 2016 saya mengambik kesempatan membawa 2 orang anak saya bercuti ke Seoul . Trip saya berlima selama 7 hari dan kami menginap di Central Apartment di Seoul yang berdekatan dengan Seoul Station.

Seoul Station ni umpama KL Sentral yang menjadi hub atau penghubung kepada pengangkutan keretapi. Memandangkan trip kali ni saya bawa anak maka apartment menjadi pilihan supaya anak anak lebih selesa. Kalau travel sendiri lain cerita.

Mungkin ada baiknya saya kongsikan di sini kelebihan dan kekurangan apartment yang saya inap selama 7 hari . Sebelum tu saya nak beritahu juga yang owner apartment ni mempunyai beberapa unit apartment lain di bangunan ini. Jadi anda boleh pilih mengikut bajet dan keselesaan.

Saya menginap di Central Apartment yang berhadapan dengan Seoul Station. Turun dari Incheon airport saya ambil Express train yang di panggil AREX . Samada ambil AREX atau All Stop Train , kita tetap akan berhenti di Seoul Station. Bezanya AREX ni express dan hanya berhenti di Seoul Station. All Stops Train akan berhenti di beberapa station sebelum berhenti di Seoul Station sebagai perhentian terakhir .

Landmark dinding warna merah untuk mudah cam laluan
Landmark dinding warna merah untuk mudah cam laluan

 

Bangunan Apartment Dari Luar - Tulisan hangeul ye
Bangunan Apartment Dari Luar – Tulisan hangeul ye

Owner apartment ada wsap pada saya bagaimana mencari lokasi apartment berserta ganbar supaya kami tidak tersesat. Password untuk masuk ke bangunan dan apartment juga di berikan kerana mereka tidak menggunakan kunci.

Tak susah pun nak cari sebab gambar landmark berwarna di berikan dalam bentuk pdf file. Hanya ikut landmark dan kami sampai dalam lebih kurang 10 minit dari exit 15 .

Alamat apartment yang saya salin dari Agoda :

Central Apartment
27, Cheongpa-ro 85-gil, Yongsan-gu, Jung-gu, Seoul, South Korea

Owner : Jay Jung ( boleh berbahasa Inggeris ) memudahkan anda untuk berkomunikasi jika nak tanya apa-apa .

Apartment yang saya pilih jenis Economy Studio ( kapasiti untuk 6 orang ) ni agak selesa kerana ada 2 queen bed dengan satu sofabed yang di susun kemas walaupun tanpa bilik. Ada locker berserta penyangkut baju dan penyidai baju. Selimut extra dan cadar jika nak guna sofabed sebagai tempat tidur pun ada.

Anak saya dah tak sabar nak landing selepas 6 jam dalam flight
Anak saya dah tak sabar nak landing selepas 6 jam dalam flight

 

Warna putih memang menampakkan bersih dan kemas
Warna putih memang menampakkan bersih dan kemas

Meja makan , almari kasut , meja tv di susun di bahagian tepi dan ada ruang untuk duduk bersila di lantai jika nak lunjur kaki. Peti ais bersih di tampal nombor  talipon penyedia makanan jika anda nak order.Sebelah katil ada ruang untuk kitchen yang bersambung terus dengan stove dan washing machine. Electric kettle dan toaster pun ada jika nak masak air dan nak bakar roti . Sudu , cawan memang ada cuma saya tak guna sebab ada bawa sendiri .

Ada shower sahaja tapi airnya memang laju
Ada shower sahaja tapi airnya memang laju

 

Sinki dan cermin kalau nak mekap lama-lama
Sinki dan cermin kalau nak mekap lama-lama

Bilik air memang bersih dan di lengkapkan dengan keperluan asas sepert sabun, syampoo serta ubat gigi . Bath tub je yang tak ada tapi sedap je mandi air panas dengan shower yang airnya yang hangat dan laju. Lama anak saya mandi air panas time sejuk-sejuk dari balik berjalan ha ha.

Overall saya puas hati menginap di Central Apartment di Seoul ni sebab selesa dengan kemudahan yang di sediakan. Manual penggunaan mesin basuh serta peralatan , tempat mana nak buang sampah, nak tempah pick up nak ke airport semua ada dalam manual tu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Korea. Saya baca dalam bahasa Korea dan fahamlah sikit sikit. Saja nak praktis skill belajar hangeul kat UTM Space dulu.

 

Manual dalam dwi bahasa untuk kemudahan penginapan
Manual dalam dwi bahasa untuk kemudahan penginapan

Nak ke mana mana pun senang sebab Seoul station serta taxi stand hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Nak shopping di Lotte Mart pun mudah sebab ada Lotte Mart dalam Seoul Station tu sendiri. Lotte Mart ni banyak betul outlet mereka kat mana-mana. Mesti owner Lotte Mart ni kaya raya ye tak ? He he

Mana nak book apartment ni? Tengok dekat booking.com, Agoda atau lagi senang kat hotelscombined sebab kita akan dapat bandingkan harga di mana yang lebih murah.Di  hotelscombined saya pilih Agoda sebab masa tu harga apartment tersebut  adalah RM 3615 untuk 7 hari . Harga apartment yang sama di Booking.com pula beza harga dekat RM 1000 ! Jadi dah save banyak guna hotelscombined sebelum terus booking kat Agoda atau kat Booking.Com

PS: Selalunya kalau bawa anak keselesaan mereka sangat penting berbanding dengan travel sendiri yang saya sendiri tak kisah kalau duduk dalam bilik kecik . Ada sesiapa pernah menginap di sini juga ?

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

10 thoughts on “Central Apartment Di Seoul Selesa Untuk Penginapan Famili”

    1. Azam tahun baru kena update selalu ha ha. Apartment tu dekat dengan segalanya jadi senang nka bergerak bawa anak ni.Memang bersih dan seperti di dalam gambar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!