Review Hotel Halo Ho Chi Minh City Vietnam.

Sewaktu saya bercuti ke Vietnam tahun lepas saya menempah bilik di Hotel Halo setelah membaca beberapa komen pelancong yang pernah ke Vietnam. Memang selalunya saya akan buat research dulu hotel mana yang dekat dengan tempat yang saya nak kunjungi supaya tak perlu buang masa dan duit untuk bayar transport.

Setelah mencari info dan maklumat lanjut di Agoda dan  di Booking.Com saya buat keputusan untuk menggunakan Booking.com sahaja kerana saya hanya perlu membayar setelah berada di sana nanti. Saya memang kurang suka menempah hotel yang perlu terus di bayar serta merta kerana jika ada halangan kita juga yang rugi sedangkan pihak hotel boleh pada bila-bila masa menggantikannya dengan pelanggan lain.

Pada hari saya sampai di Ho Chi Minh City, saya mengambil taxi sahaja dari airport. Dari airport Tan Soo Nhat ke Halo Hotel sebenarnya tidaklah jauh .Sepatutnya dalam 15 minit sahaja tetapi pemandu taxi ni mengenakan kami. Dalam berjaga pun terkena juga dengan pemandu yang mulut manis di luar . Kalau anda naik teksi ambil teksi Vinasun sahaja ye sebab taxi itu sahaja yang betul-betul mengikut rate yang lain kebanyakannya nak mengena.

Halo Hotel cuma bertaraf 2 bintang sahaja tetapi pada pandangan saya semasa 3 hari di sana ia sudah cukup memuaskan. Jom tengok beberapa gambar hotel ni .

cari hotel murah di vietnam

 

harga hotel murah di vietnam

 

hotel bajet vietnam

 

hotel murah di vietnam

 

Halo hotel ni cuma 2 bintang tapi bagi saya ia selesa. Dalam bilik ada wifi cuma ia mungkin tak laju. Bilik bersih dan toilet ada tub dan shower. Kebanyakan pengunjung dari Malaysia suka membeli belah di Vietnam kerana ia lokasi terdekat untuk memborong baju atau kain pasang.

Kebanyakan kelengkapan bilik hotel memang terjaga dengan baik serta bersih. Reception hotel serta bel boynya juga mesra dengan pengunjung cuma saya rasa kasihan melihat mereka ini kurus-kurus belaka. Susah nak jumpa yang gempal sebab negara ni terlalu lama berperang dulu dan sekarang sedang dalam proses membangun.

Halo Hotel terletak di kawasan yang sibuk iaitu di District 1 di Bandar Ho Chi Minh . Di sekelilingnya juga ada banyak hotel lain. Menariknya hotel ini paling dekat dengan Ben Thanh market iaitu lokasi paling popular di Vietnam untuk memborong baju kurung bagi orang Malaysia. Keluar dari hotel toleh kanan dah nampak Ben Thanh market yang hanya 5 minit berjalan kaki.

Berhadapan dengan Halo hotel ni ialah Restauran Serai yang menyediakan  makanan halal yang enak. Di sebelah hotel  ni juga ada restaurant Haji Halim yang juga menjual makanan halal yang lain yang menerima matawang Malaysia selain US Dollar .Tak ada masalah kalau anda tak ambil sarapan di hotel ni kerana kedai makanan halal berada di depan hotel sahaja.

Jika anda nak ke tempat borong di Cho Bin Thay dari hotel ni juga anda boleh taxi dan perjalanan lebih kurang dalam 10 ke 15 minit juga. Teksi berada di mana-mana sebab ia kawasan paling sibuk dengan pelancong.Sewaktu saya ke sini dulu saya lebih kepada memborong baju kurung jadi kawasan pelancongan memang saya tak sempat pergi. Insyaallah lain kali saya nak melancong di Vietnam pada next trip.

Jadi walupun hotel ni cuma 2 bintang ia sangat selesa dan saya rekomen anda duduk menginap di sini jika berkunjung ke Vietnam.Harga bilik hotel saya dah tak berapa ingat tetapi untuk 3 orang dulu saya hanya bayar RM 150 untuk 3 hari 2 malam. Murahkan?

Nak cari hotel murah yang lain diVietnam , anda boleh terus cari di sini>> harga hotel murah di Vietnam

*Sumber gambar dari google

3 thoughts on “Review Hotel Halo Ho Chi Minh City Vietnam.”

  1. Ni la perkara paling saya tak suka. Orang tak jujur dalam memberi perkhidmatan. Secara tak langsung buruk nama negara tu di sisi pelancong. Pemandu teksi sepatutnya jadi duta. Bukan buta hati macam tu.
    Amran recently posted…Makan Apa di Krabi?My Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!