Review Menginap Di Cambrai Hotel Murah Di Paris

Cambrai hotel murah di paris
Cambrai hotel murah di paris

Review Hotel Bajet Di Paris- Cambrai Hotel | Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di Paris. Orang kata Paris is City of Love. Apa yang city of love nya pun saya tak tau cuma saya memang nak sangat pergi kalau saya dah sampai di London sebab kedudukan mereka dekat-dekat aje.

Saya sampai dari London ke Paris awal pagi selepas ambil keretapi laju Eurostar dari London . Ambil awal sebab nak dapat tiket keretapi laju murah dan jimat masa sebab ada 4 buah kota nak di terokai dengan duit yang cukup-cukup makan.

Lokasi Hotel Cambrai

Cambrai Hotel terletak di tengah-tengah kota Paris dan berdekatan dengan stesen keretapi laju Gare Du Nord. Macam mana nak sebut stesen tu saya tak tau sebab payah nak sebut bahasa perancis ni. Sampai di stesen memang tak ada pemeriksaan imigresen sebab negara di Europe ni  bila kita masuk mereka hanya check di pintu masuk negara pertama kita sampai.

Setelah sampai di pintu keluar kami di sapa warga arab yang peramah dan bertanya saya dari mana dan mahu ke mana? Sebaik tahu saya dari Malaysia terus lelaki bangsa arab ni menyebut Langkawi, Malaysia , Dr Mahadzir berkali-kali.

Sukanya mereka bila bercerita tentang Dr Mahadzir Mohamad sampai saya dan kawan saya bercakap sesama sendiri yang kalau saya bagi tau Dr Mahadzir uncle saya pun tak apa he he.Mereka terus tunjuk arah dan bagi tau hotel Cmbari ni dalam 10 minit je jalan kaki.

Tak susah nak cari sebab dari stesen Gare Du Nord ikut sebelah kiri dan belok ke kanan terus dah sampai .Sampai di hotel nampaklah bangunan tertulis nama hotel ni . Biasa-biasa aje dari luar sebab hotel murah je saya tempah. Hotel ini kepunyaan warga Paris keturunan India tak silap saya dan receptionistnya boleh berbahasa Inggeris.

Betul-betul di hadapan hotel ni ada bus stop . Lobby hotel lebih kurang macam ni dan ada veding machine kalau nak beli air. Tak lama tunggu check in kami dah boleh masuk sebab bilik kosong cuma kena naik lif . Lorong ke lif memang sempit muat 2 orang berjalan je lebarnya.

lobby hotel cambrai di paris
lobby hotel cambrai di paris

Bilik saya tempah online dulu saya ambil twin sharing dan yang ada tingkap. Bilik saya berhadapan dengan jalan dan pagi-pagi bila bangun syok tengok orang pergi kerja.  Bilik biasa sahaja dan ada almari kayu dengan hanger untuk gantung baju.

Bilik ni saya ambil ensuite iaitu yang ada bilik air di dalam bilik tu sendiri. Bilik air pun kecik aje dan ada pintu kaca untuk mandi. Towel di sediakan termasuk basic toiletries. Pada saya okay aje asalkan heater dalam air panas ada sebab masa tu baru habis musim sejuk.

 

bilik hotel cambrai di paris
bilik hotel cambrai di paris

 

dewan makan hotel cambrai di paris
dewan makan hotel cambrai di paris

Saya tak breakfast di hotel ni kerana tak berapa yakin breakfast mereka halal. Jadi saya cuma masak nasi pagi-pagi atau makan maggi sebelum keluar berjalan-jalan. Lagi pun saya nak save duit dan kurangkan berat bagpack sebab berat makanan boleh tahan bila pikul beg atas bahu. Kedai arab jual kebab ada tak berapa jauh denngan hotel ni. Kalau on the way balik sebelum sampai hotel boleh singgah untuk beli makanan malam.

Kalau nak ke mana-mana dari hotel ni taklah susah sebenarnya sebab kedudukannya terletak di tengah-tengah kota Paris. Cuma di sebabkan warga Paris ni memang tak friendly jadi terasa yang dekat pun jadi jauh. Lagi satu nak cam bangunan agak susah sebab bangunan kat sini rendah-rendah aja ala-ala zaman Napoleon Bonaparte. Nak shopping pun tak selera bila masuk Paris. Macam nak masuk kedai baju kat Jalan TAR je stylenya kat sini.

Mungkin rata-rata di lokasi kawasan pelancung, beginilah kalau nak yang murah tetapi dekat dengan kawasan pelancung, dekat dengan stesen bas dan juga stesen keretapi. Ia memudahkan sebenarnya kerana kita tak perlu ambil transport dengan jarak yang jauh kerana kesemuanya berdekatan.

Dari hotel ini kami menaiki bas biasa lebih kurang 10-15 minit ke muzium monalisa dan di sana kami menaiki bas hop on hop off untuk ke destinasi pelancongan yang lain seperti champs elysees, eiffel tower, paris de la concorde dan sebagainya.

Caj Penginapan yang saya bayar 

Berapa saya sewa bilik hotel ni ? Untuk 3 hari 2 malam twin sharing saya bayar 130 Euro. Jadi kalau convert duit Malaysia  lebih kurang RM 585 . Kiranya seorang dalam RM 97.50 sehari semalam. Pengiraan ni ikut nilai duit kita sekarang ye sebab dulu masa saya pergi ringgit masih kukuh.

Bagi kami yang backpack saja dulu, hotel seperti ni dah cukup baik sebab kami bercuti bukan nak duduk dalam hotel tapi nak berjalan. Kalau anda tanya saya berapa bintang nak bagi pada hotel ni, kami bagi 2 bintang aje . Jika anda nak tengok harga bilik hotel ni boleh check di sini>>hotel murah di paris

Kredit Foto Cambrai Hotel France

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!