
Sekarang ni semakin menjadi-jadi pula kes penipuan pakej pelancongan Sejak bulan lepas saya tengok lepas reda sekejap naik balik kes-kes ni. Mereka yang di tipu bukan sikit-sikit malah sampai mencecah berpuluh ribu.
Seram saya tengok jumlahnya terutama mana-mana wakil syarikat yang membantu promosi travel agensi tersebut.Silap-silap duit mereka sendiri yang terpaksa di gunakan jika mereka sendiri turut di perdayakan.
Kalau sikit – sikit oklah juga tapi kalau dah berpuluh ribu mampu ke nak guna duit sendiri dulu ?
Jadi sebelum kita tertipu saya kongsikan sikit beberapa cara yang saya rasa berguna . Jangan kita menyesal dah bayar beribu-ribu rupanya pakej pelancongan yang di tawarkan adalah palsu belaka.
1.Semak travel agensi berlesen
Gunakan kemudahan menyemak senarai agensi travel laman web kementerian pelancongan motourgov.my . Guna kemudahan semakan yang di sediakan untuk memastikan kita berurusan dengan agensi yang sah .Jika tiada dalam senarai larilah cepat-cepat supaya kita tidak tertipu .
Satu lagi ialah ada syarikat yang hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) tetapi tidak dengan kementerian pelancongan.
Mereka ini masih perlu mendapatkan lesen kementerian pelancongan kerana pendaftaran di SSM hanyalah untuk tujuan pendaftaran perniagaan sahaja.
2.Bayar menggunakan cek atau bank draf.
Pembayaran mengunakan cek atau bank draf akan mengambil masa selama 3 hari . Selepas 3 hari baru wang yang kita bayar masuk ke akaun penerima.Jika dalam masa 3 hari tu tiba tiba kita rasa ada yang tak kena kita masih ada masa untuk hubungi pihak bank untuk hentikan transaksi.
Jika tak ada buku cek gunakan kemudahan bank draf. Nak buat bank draf bukan susah sangat .Pergi mana mana kaunter bank dan cakap nk buat bank draf . Kita akan di berikan borang dan biasanya jika tak ramai orang ia hanya mengambil masa tak sampai 10 minit.
Biar susah di sini jangan susah kemudian hari.

3.Minta resit bayaran
Resit bayaran adalah bukti kita telah buat bayaran dan pihak agensi pelancongan telah menerima bayaran dari kita.Minta walaupun wakil pakej pelancongan agensi tersebut adalah rakan kita. Ada orang boleh gelap mata bila tengok duit banyak depan mata walaupun duit tu duit orang lain.
Jika anda berurusan dengan wakil syarikat semak juga dengan agensi tersebut samada mereka memang wakil yang saha. Kebiasaannnya wakil syarikat akan di bekalkan dengan buku resit untuk terima bayaran bagi pihak syarikat.
Pastikan resit tertera nama syarikat termasuk nombor pendaftaran dengan kementerian pelancongan, alamat serta nombor talipon. Jangan lekas percaya jika resit mereka adalah resit yang boleh di beli kedai stationary.
4.Semak komen di media sosial.
Kebanyakan agensi pelancongan mempunyai follower mereka di media sosial seperti di instagram, facebook atau twitter.
Gunakan kemudahan media sosial ini untuk semak samada agensi pelancongan yang kita berurusan menerima banyak komen negatif.
Komen komen menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kes pembatalan dan pemulangan yang berulang-ulang tanpa sebab yang munasabah sangat meragukan.
Tak ada pakej pelancongan yang betul betul sempurna.
Kadang kadang terjadi kelewatan atau jadual di tunda akibat masalah cuaca atau sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Kes seperti ini biasanya pihak agensi pelancongan yang berwibawa ada back up plan mereka sendiri.

5 .Semak dan hubungi testimoni jika anda masih rasa sangsi.
Walaupun tak semua nombor talipon di paparkan atas dasar privasi , tak salah anda minta no talipon pelanggan terdahulu untuk di buat rujukan. Kita bayar beribu mesti nak puas hari dengan apa yang kita bayar betul tak?
Jika mereka jujur pasti dengan senang hati agensi pelancongan tadi berikan kepada anda,
6.Simpan segala dokumen dalam sebuah fail
Setiap bayaran, resit yang kita buat harus di kumpul dan di masukkan ke dalam fail. Biar ikut turutan supaya mudah kita rujuk semula .
Jika kita main campak dokumen seperti resit dan terlupa nak simpan semula. Jangan masuk dalam poket baju atau seluar kerana kedua-dua item ni kita selalu masukkan dalam mesin basuh.
Kalau dah masuk mesin basuh kertas tersebut akan hancur dan kita telah tiada bukti untuk di buat rujukan.

7.Bincang buat bayaran berkala
Ini adalah salah satu cara kita tak rugi banyak jika nak terkena sekali pun. Bayar duit booking kebiasaannya adalah sebanyak RM 500. Selepas itu agensi pakej pelancongan akan meminta bayaran kedua dan bayaran akhir apabila tarikh penerbangan makin hampir.
Saya pasti bayaran tersebut untuk urusan tempahan tiket dan penginapan. Minta kepastian sebelum buat bayaran.Jika ia untuk tempahan tiket kapal terbang minta bukti selepas beberapa hari untuk salinan itinerary syarikat penerbangan tersebut.
Jangan percaya jika mereka katakan tiket atau penerbangan akan di berikan seminggu atau sehari sebelum berlepas. Ia sangat bahaya kerana hati kita akan jadi tidak tenang mengingatkan urusan penting yang belum selesai.
Jika mereka berdolak dalik selepas anda bayar jumlah yang di minta baik jangan teruskan bayaran seterusnya. Risiko untuk kita di tipu di sini sangat tinggi kerana sebaik anda selesai bayra silap-silap agensi yang and berurusan tidak dapat di hubungi lagi.
Jika anda lihat kesemua perkara yang saya tulis ni rata rata kita sendiri pun memang dah alert .Cuma kadangkala bila tengok pakej murah-murah dan tempat tu memang kita teruja nak pergi memang ramai yang sanggup ambil risiko.
Buatlah kira-kira mudah dulu sebelum kita tertipu dan ikut panduan yang saya tulis di atas sebagai langkah berjaga-jaga.
PS : Katakan anda telah tertipu tipu, apa agaknya yang anda akan lakukan ?