Tentang Saya

Dulu saya aktif menjual produk set berpantang yang sangat terkenal di Malaysia.Walaupun sales tak la banyak sangat tapi bagi seorang yang bekerja dari rumah  , RM 20 000 sales sebulan adalah jumlah yang besar buat saya.

Itulah saya Rahimah Majid seorang usahawan perniagaan dalam talian sepenuh masa.

Dengan hasil berniaga online saya simpan sikit-sikit. Lepas 3 tahun simpan duit , dapat saya dapat jejak kaki  ke London , Paris, Brussels dan Amsterdam.

Seronoknya tak boleh nak cakap. Itulah   kali pertama saya dapat jalan jauh melangkah sampai ke negara orang putih.Dah sampai sana rasa nak migrate je.

Walaupun masa saya sampai tu baru nak masuk musim bunga, dapat jugak saya merasa macam mana sejuknya musim bunga mereka.

Ingatkan musim bunga tu panas

Rupanya  awal musim bunga tu sejuk macam duduk dalam peti ais jugak. Dah la sejuk sekali angin tiup terkial-kial tarik skaf tutup badan .

Masa tu saya baju biasa dengan sweater je. Sweater yang saya pakai masa tu macam tak cukup panas . Jaket pula tak bawak sebab ingat tak sejuk dah.

Betul la kata kawan sebelum pergi tu pesan saya sungguh-sungguh bawak baju lengkap. Awal musim bunga sejuk katanya. Memang sejuk sampai  boleh tembus sampai ke tulang rasanya.

Dalam tube semasa di London

Saya ingat lagi masa mula-mula sampai. Pukul 12 tgh malam dengan kawan pikul bagpack terhoyong hayang  macam benggali bawa roti. Nak jalan kaki ke stesen underground tu lutut dah rasa  menggeletar . Masa sampai airport tu lupa pulak nak pakai longjohn.

Baru saya tahu kenapa ramai mat salleh lari masuk negara orang lain bila tiba je musim sejuk.Saya pulak beria datang negara orang time diorang lari macam  ‘ runaway bride’.

Habis jalan sakan 2 minggu dekat europe saya balik.

Waktu balik tu saya rasa macam nak bagi tau kat orang lain jangan datang main redah time musim sejuk ni.Bahaya . Boleh kebas tangan kebas kaki . Silap-silap demam terus . Kawan saya pergi sekali tu demam selsema sekejap waktu baru sampai.

bercuti di london

 

So dah balik Malaysia saya jual la sikit-sikit baju yang saya beli kat kedai bundle jual kat Mudah.my. Sambil tolong orang yang cari baju sejuk dapatla jugak duit tambah-tambah untuk pergi travel lagi.Makin lama makin seronok pulak .

Cuma satu yang saya perhatikan rata-rata orang Malaysia ni memang malas nak pakai baju banyak lapis . Ye lah sebab kita kat sini mana nak pakai baju macam tu ye tak ?

Jadi bila customer tanya -tanya tu panjanglah pulak consultation hours dengan mereka. The best way saya buat blog kongsi pengalaman dan kongsi tips masa travel masa winter ni.

Maka inilah blog yang anda baca sekarang.

( Artikel saya mengenai Persediaan Sebelum Travel pernah di kongsikan di dalam blog terkenal The Vocket )

Bagaimana saya bermula 

Eleh !  Macam  pandai sangatkan ? Baru pergi sekali dah nak ajar orang. Tak lah. Tahun 2015 saya pergi lagi sekali tapi kali ni ke Netherland je. Masa backpack dulu tu  rasa macam masa pendek sangat. Kali ni saya pergi bulan February. Betul- betul time winter.

Bulan February ni kalau kat Europe sejuknya memang menggila. Bayangkan masa tu kat Netherland salji memang jarang turun tapi waktu saya sampai beberapa hari lepas tu salji melayang-layang dari langit.

Masyaallah walaupun tak dapat sentuh salji dengan tangan sebab stesen bas berbumbung ,  saya rasa seronok sangat ! Seronok dalam sejuk.

Bercuti di amsterdam

Satu lagi saya perasan dekat Europe ni waktu musim sejuk selalu hujan. Nasib saya bawa baju hujan walaupun jaket saya ada hoodie. Kasut saya pakai kasut Nike bundle tu je. Spray kasut dengan undercoat pun tidak sebab masa tu tak tau rupanya ada spray untuk elakkan kasut kita basah .

Stokin saya bawak sepasang sebab malas nak bawa banyak-banyak. Stokin tebal dan panjang tapi kaki tetap rasa sejuk beku macam berendam dalam air batu. Tension masa tu sebab dah la hujan kaki pulak rasa dah beku.

Rupanya masa musim sejuk ni hawa dingin tu meresap dalam kasut kita. Baru saya tahu kenapa mat salleh pakai boot sampai ke lutut.

Anda bawa stokin ekstra ye kalau travel time ni.

Yongpyong ski resort korea

Kawan saya lagi sorang tu pulak asyik suruh ambik gambar dia. Tangan kita dah rasa beku dah ni sebab glove kat tangan macam tak rasa pakai apa-apa.Kita malas nak cabut sarung tangan sebab nak snap gambar dengan handphone susah.

Nak marah pun ada sebab dia ambik gambar kita senget benget. Gambar dia cantik aje kita ambik. Masa tu tak tau lagi pasal sarung tangan touch screen yang saya jual sekarang ni.

Macam tu lah susahnya bila pakai sarung tangan biasa ni.

Balik Amsterdam saya plan nak berniaga barang musim sejuk dengan serius. Bisnes set berpantang saya tutup sebab penangan gst buat harga jadi terlampau mahal . So saya tutuplah dengan hati yang terbuka walaupun itulah bisnes internet saya yang pertama.

Lama juga ambil masa nak cari supplier sebab rata-rata pakaian musim sejuk kena ambik kat luar negara. Kalau nak ambik kat Malaysia pun kena pre order sampai dekat sebulan baru dapat barang.

stok pakaian musim sejuk

 

Jadi saya usaha cari supaya saya dapat sediakan pakaian musim sejuk yang customer tak perlu tunggu lama. Alhamdulillah saya berjaya dapatkan stok dari luar negara dengan cepat. Jadi customer tak payah tunggu berminggu-minggu  sebab semua barang dalam kedai online saya sekarang adalah ‘ ready stock ‘ .

Memandangkan tak semua orang dapat peluang berjalan negara 4 musim ni banyak juga soal jawab yang saya terima tentang cara pemakaian .

Antara yang selalu saya sarankan ialah cara memilih pakaian yang betul seperti dalam artikel saya  3 Tips Bagaimana Memilih Pakaian Musim Sejuk Thermal Yang Betul.

Pakaian musim sejuk memang mahal sebab ia bukan pakaian harian kita. Tapi saya cuba berikan harga yang setanding kualiti. Tak berapa mahal dan tak berapa murah.

Yang penting pelanggan mesti puas hati.

Nak yang mahal dan berkualiti tinggi boleh sebab kat Malaysia ni pun ada outlet yang jual pakaian dan aksesori musim sejuk. Cuma outlet ni hanya di KL rata-rata dan customer susah nak beli secara online.

Jadi saya buat satu konsep yang mudahkan customer nak beli secara online di laman web saya. Saya faham macam mana perasaan kalau kita tak dapat nak pegang , nak sentuh dan nak cuba sendiri baju kat badan kita. Saya sendiri pun macam tu jugak.

Boleh tukar jika tak fit 

Pakaian dan aksesori di kedai dalam talian saya boleh di tukar saiz dan warna jika tempahan yang pelanggan terima kurang padan . Keterangan produk saya tulis setepat yang boleh tapi jika masih tidak fit jangan bimbang hantar saja balik pada saya. Kita tukar. Customer senang saya pun senang !

Seperkara lagi saya cuba educate pelanggan yang datang ke kedai online saya untuk baca saranan saya tentang cara berpakaian yang betul. Tak semestinya kita kena pakai tebal semua nanti kita rasa macam robot bila berjalan.Nak duduk dan nak bergerak pun susah.

Mat salleh kata pakai baju ‘ layer by layer ‘. Jadi bila haba terperangkap dalam lapisan baju kita tetap rasa hangat dan selesa walaupun baju kita tak tebal mana.

Badan kita ni pun tak sama. Ada orang tahan sejuk kuat ada orang sejuk musim bunga pun tak tahan. Lagi satu bab cuaca dan suhu ni kerja tuhan bukan kerja kita. Jadi standby baju yang patut bila nak travel.

Ikut pengalaman saya sejuk di Europe ( kecuali negara ekstrim macam Russia, China, Canada, Norway dan sebagainya ) tidak sesejuk di Korea dan Jepun. Di Europe saya jarang pakai muffler sampai ke muka. Kalau pakai pun letak kat leher je.

Di Jorea dan Jepun lain pulak ceritanya. Muka kena tutup sebab rasa tak selesa bila terdedah terlalu lama. Angin tu rasa tampar-tampar kat muka kita. Sekali tengok gambar macam orang Palestine pun ada he he bila bertutup begitu.

Tangan pun macam tu, kat Korea dan Jepun ni bila suhu terlampau sejuk better letak ‘ hot pad ‘ dalam poket jaket. Bila sejuk boleh genggam ‘hot pad ‘ dalam poket. Baru rasa selesa.

Panjang pulak saya bercerita . Kalau anda sanggup baca sampai ke tahap ni maknanya anda mesti suka nak bercuti masa musim sejuk macam saya kan?

Nah jika anda sedang mencari  pakaian musim sejuk yang sesuai, ini laman web saya —–> pakaianmusimsejuk.com

Apa yang anda akan dapat jika membeli -belah dengan saya ?

  • Dapat barang cepat sebab semua barang di kedai online saya ialah ‘ ready stock ‘
  • Nikmati diskaun RM 30 jika berbelanja RM 150 ke atas
  • Boleh jimat poslaju bila tempahan anda melebihi RM 50
  • Jaminan puas hati serta penukaran saiz yang mudah
  • Dapat special consultation terus dengan saya jika anda perlukan penerangan lanjut

Ambil masa untuk lihat dan teliti apa yang saya tawarkan . Setiap satu produk saya cuba tuliskan setepat yang boleh berserta kesesuaiannya mengikut suhu .Tak perlu beli semua . Tak semuanya anda kena sediakan serentak .

Anda boleh tanya saya semula jika  rasa tak berapa faham. Atau lebih baik anda isikan nama dan email address dalam borang di bawah untuk kita ‘stay connected ‘ . Dengan cara join mailing list saya ini  , anda akan dapat  special tips dan update dari saya setiap bulan.

Ni borang yang saya cakap tadi.

error: Content is protected !!