itinerary ketika bercuti sangat penting

Adakah Perlu Sediakan Itinerary Ketika Bercuti Di Luar Negara

itinerary ketika bercuti

Pernah tak anda terlihat kata-kata seperti ” Failing To Plan is Planning To Fail ” ? Ayat ini selalu di laung-laungkan oleh pemain multilevel dalam strategi marketing mereka. Memang ayat tu menarik kerana tidak kira apa pun yang kita lakukan jika tiada perancangan selalu ia akan berakhir dengan kegagalan.

Sama juga bila kita nak bercuti atau merancang untuk bercuti lebih-lebih lagi ke luar negara. Jika dalam negeri kos untuk ke mana-mana masih rendah walaupun kita tiada plan lansung. Bagaimanapun jika anda telah mengambil cuti , sukar untuk dapat cuti atau bercuti di luar negara tanpa perancangan yang teratur ia adalah sangat merugian. !

Bayangkan perbelanjaan percutian di luar negara bukanlah sedikit . Harga tiket kapal terbang, kos penginapan, kos kenderaan awam yang lain, tiket masuk , makanan dan berbagai lagi bukanlah murah lebih-lebih di masa matawang kita semakin menurun.  Bukankah ia suatu pembaziran ?

Jadi di sinilah pentingnya untuk sediakan itinerary ketika bercuti.

Pengalaman saya

Saya masih ingat lagi sewaktu percutian saya ke Europe 5 tahun lepas ketika mula-mula jejak kaki di Airport Gatwick London. Saya dapati bercuti dengan menyediakan itinerari bukan saja menyenangkan kita buat program lokasi mana hendak pergi dulu malah sewaktu bersoal jawab dengan pegawai imigresen.

Ketika tahun 2012 itu saya dan travel partner  saya bersengkang mata mencari info lokasi tempat-tempat yang kami mahu pergi. Kami bersedia hampir 6 bulan iaitu sebaik sahaja kami selesai menempah tiket penerbangan. Kami tak mahu percutian bajet kami ini berakhir dengan kegagalan kerana ia adalah kembara kami yang pertama dan jauh beribu batu dari tanah air.

Sepanjang 2 minggu itu juga kami masuk dan keluar ke 4 buah kota di negara berasingan. Saya dapati London sebagai pintu masuk saya imigresennya agak ketat berbanding France, Belgium dan juga Holland.  Ketika di pintu masuk di imigresen kami di tanya kenapa kami datang ke sana , berapa lama nak duduk sana serta adakah kami telah menempah penginapan.

Oleh kerana masa itu kami telah pun bersedia dengan itinerary yang telah siap di cetak proses melepas imigresen menjadi lebih mudah. Kami tunjukkan slip tempahan tiket kapalterbang pergi balik , slip tempahan hotel berserta alamat penginapan sebagai bukti. Malah tiket kenderaan awam yang telah kami beli serta apa saja yang tiket masuk yang perlu di bayar di cetak sekali.

Kesemuanya di masukan sebagai bukti di dalam fail lutsinar. Itinerary yang kami sediakan di letakkan di bahagian hadapan sekali supaya pegawai pemeriksa dapat melihat yang kami memang datang hanya untuk berjalan-jalan .

Sesetengah negara mereka mempunyai tanggapan pelancong yang datang dengan niat untuk bekerja secara haram.Kita dari Malaysia terutama orang melayu yang berugama islam pasti akan di periksa atau di soal jawab lebih dari pelancong negara barat. Suka atau tidak kita terpaksa berdepan dengan ‘ Islamophobia ” dengan masyarakat barat.

Bercuti dengan group atau bilangan yang ramai

Pada pendapat saya jika kita pergi dalam kumpulan atau bilangan yang ramai setiap seorang mestilah mempunyai salinan itinerary masing-masing.

Di kaunter imigresen kadangkala kita akan di pecah-pecahkan oleh staff bertugas untuk beratur di kaunter imigresen yang berlainan.  Jika hanya seorang sahaja yang menyimpan salinan itinerary dan kaunter pula berlainan, ia boleh menimbulkan masalah.

Ada ahli kumpulan yang di kira sebagai ‘ sleeping partner ‘ . Mereka hanya ikut kita sebab ini mungkin kali pertama berjalan keluar negara. Jika nasib kurang baik dan tiada sebarang itinerary dalam simpanan sendiri beliau mungkin terkial-kial apabila di tanya. Situasi ini boleh menyebabkan pegawai imigresen rasa sangsi dan besar kemungkinan kita akan di bawa ke sudut lain untuk siasatan lanjut.

Sebaiknya cuba terangkan pada staff yang ketika masih beratur bahawa anda datang berkumpulan dan tunjukan bilangannya. Jika di terangkan dengan baik selalunya mereka akan gantikan dengan pelancong lain. Saya sendiri juga pernah ketika di pintu masuk di Seoul tahun lalu. Anak saya yang berumur 11 tahun di suruh beratur di kaunter lain .

Saya beritahu dan tunjukkan kepada mereka passport dan berapa orang dalam kumpulan saya . Macam mana anak nak jawab kalau di tanya soalan yang bukan-bukan betul tak ? Jadi jangan takut-takut dan beritahu dengan baik kita datang berkumpulan.

2 Cara sediakan itinerary ketika bercuti yang mudah 

Sebelum menyediakan itinerary, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Ini kerana minat seseorang tidak sama. Apa yang saya suka atau mahu lihat tidak sama dengan apa yang orang lain mahu tengok. Ini sangat penting jika kita tarvel dalam bilangan yang ramai. Jadi sebaiknya sebelum merangka itinerary cuba

1.Beli buka panduan travel

Buku panduan ini sebenarnya sangat berguna terutama jika kita malas nak melayari internet dan baca blog orang lain yang pernah pergi ke destinasi yang kita ingin pergi. Melalui buku panduan travel kita boleh lihat satu-satu samada sesuatu lokasi itu berbaloi atau tidak untuk di lawati.

Lihat samada dalam satu arah yang sama kita boleh pergi ke beberapa tempat tarikan pelancong. Ia bertujuan agar kita dapat jimatkan masa perjalanan . Kita juga dapat bersiar-siar dengan lebih lama jika jarak dari satu lokasi ke lokasi yang lain tidak jauh.

2.Sesuaikan tujuan dan minat  serta bajet

Bukan semua orang mempunyai minat yang sama. Jika anda minat melihat bangunan lama serta muzium rakan kita mungkin lebih meminati untuk bershopping. Di sini mungkin terjadi konflik jika itinerary tidak di sediakan. Sangat penting mencari rakan travel yang mempunyai minat yang sama atau boleh lebih kurang.

Tak semestinya minat yang sama asalkan kita boleh bersama-sama menikmati keinginan masing-masing sebenarnya sudah cukup baik. Berikan masa contohnya rakan kita suka nak shopping cenderamata. Jadi berikan masa 3 jam untuk masing-masing mencari apa yang mereka mahukan.

Dengan cara ini kita sendiri tidak terkejar-kejar mengejar masa tetapi masih dapat meluangkan masa pergi ke tempat yang telah di rancang sebelum memulakan perjalanan.

Begitu juga dengan bajet perjalanan. Tuliskan sekali berapa bajet atau kos perjalanan , tiket atau apa saja yang memerlukan wang. Di situ kita dapat tahu dan tidak tergesa-gesa mengeluarkan wang atau mencari ATM pada hari aktiviti di mulakan.

 

Contoh merangka itinerary  

Saya tunjukkan contoh bagaimana menyediakan itinerary untuk hari pertama dan kedua sebagai panduan.

CONTOH ITINERARY KETIKA BERCUTI

Itinerary ketika bercuti tidaklah perlu terlalu lengkap jika kita tiada masa yang banyak. Cukup dengan beberapa info penting untuk memudahkan kita merancang perjalanan. Info seperti masa, lokasi, kenderaan serta harga tiket adalah beberapa info yang pada saya perlu. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana menyediakan itinerary yang memudahkan mereka sendiri.

Jangan di tiru bulat-bulat contoh itinerary yang saya tunjukkan di atas ye.  Harga tiket , nama  guesthouse , masa serta aktiviti yang di lakukan contoh di atas hanya sebagai panduan untuk anda merangka apa yang perlu bila menyediakan itinerary.

Akhir sekali terpulang kepada anda samada nak sediakan itinerary ketika bercuti atau tidak ? Jika anda tanya saya jawapannya sudah pasti ya. Walaupun dengan adanya itinerary tidak bermakna saya akan dapat pergi tempat yang ingin saya pergi tetapi sekurang-kurangnya saya telah merancang percutian saya dengan lebih teratur.

PS : Adakah anda rasa penting untuk sediakan itinerary ketika bercuti ? Kongsikan komen anda di ruangan komen di bawah.

13 thoughts on “Adakah Perlu Sediakan Itinerary Ketika Bercuti Di Luar Negara”

  1. assalamualaikum..
    itinerary mmg penting. wajib ada kerana jimat masa dan tenaga.
    sy ke NZ selama 23 hari dan alhamdulillah satu percutian yg sgt seronok dgn itinerary yg telah kita siapkan awal. 2 bulan sy study nz tru internet sebelum sy plan itinerary sy.

  2. saya belum ada pengalaman untuk melancaong ke luar negara..

    namun saya pasti ada perancangan yang teratur dan teliti maka percutiaan itu menjadi yang terbaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!