aksesori-percutian-musim-sejuk

Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan

aksesori-percutian-musim-sejuk

 

Coco Chanel pernah berkata  : In order To Be Irreplaceable One Must Always Be Different

Ungkapan kata-kata Coco Chanel ini mengingatkan saya zaman umur 20 an dulu. Sebagai seorang yang menggilai fashion saya sangat suka melihat baju yang di reka oleh pereka tersohor ini.

Saya suka design jaket yang ala-ala bolero tu. Bila tengok majalah punyalah lama tatap majalah tu. Itu cerita dulu-dulu waktu umur suka bergaya. Fesyen Chanel simple dan tak banyak aksesori. Pakai mana yang perlu sahaja.

Sama juga kalau kita nak pergi bercuti ni. Kalau musim panas memang kita kena pakai macam kita dekat Malaysia saja kan ? Tapi kalau musim sejuk aksesori ni semua perlu tak ?

Inilah yang saya nak ulas sebab percutian di musim sejuk ni agak berlainan. Ada benda yang perlu dan kadangkala ia perlu pada masa tertentu sahaja.Janganlah kita berfikiran bila musim sejuk je kena beli semua.

Saya kongsikan pendapat saya berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1.Earmuff

Ear muff ni alat penutup telinga. Ada macam-macam bentuk tapi yang biasa orang pakai yang nampak macam bulu gebu tu.Kalau dalam kapal terbang kita boleh pakai untuk elakkan rasa sakit telinga seperti yang saya terangkan dalam artikel  7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapalterbang

Telinga kita adalah bahagian yang terdedah termasuk muka dan kepala kita. Jadi ia lebih cepat terasa sejuk bila tiada sebarang pakaian atau aksesori melindunginya.

Jika suhu ketika musim sejuk baru bermula ia mungkin tidak penting tetapi amat penting di pakai bila suhu makin menurun. Di negara suhu musim sejuk ekstrim susah nak nampak telinga penduduk mereka sebab boleh di katakan kesemuanya bertutup.

2.Skaf Musim Sejuk

Skaf ni bila di gayakan dnegan jaket memang nampak cantik . Kena pula kalau warna skaf tu kontra dengan warna jaket atau match dengan warna sarung tangan. Kaum wanita memang suka mix & match ni ( saya pun kaum wanita jugak ).

Sama seperti earmuff, ada masanya ia bleh di tinggalkan ( awal musims sejuk ) dan ada masanya anda bawa jika mahu selesa. Jika anda tak suka memakai topeng muka ( macam orang Jepun ramai pakai topeng macam doktor ) bawalah sehelai skaf.

Kita kadang-kadang rasa susah bernafas dan rasa tak selesa bila hidung dan muka terdedah dengan angin. Skaf ni boleh di tarik sampai ke muka dari leher anda. Cari skaf yang tebal dan panjang supaya boleh di lilit hingga menutupi hidung.

3 . Shoe Spike

shoe spike aksesori percutian musim sejuk
Foto offgridweb.com

Sesetengah negara musim sejuk ni ada salji dan ada pulak setakat suhu saja yang sejuk tapi salji tak ada. Jika tak salji kasut dan tak ada winter boot tak bermakna kita tak boleh berjalan. Cuma kaki kita cepat rasa lembap sebab hawa dingin tu masuk meresap dalam kasut.

Sport shoes jenis waterproof sangat di galakkan untuk elakkan kasut basah dan lembap.

Bagi negara bersalji pula shoe spike ini sangat penting untuk elakkan kita terjatuh bila berjalan. Sangat bahaya kalau kita travel tak ambil insurance sebab kos perubatan luar negara sangat mahal.

4.Heat Pack

Sesetengah orang panggil hot pad, hot pack heat pad dan macam-macam nama lagi . Bahan dalam heat pack ini bertindak balas dengan udara dan bila di pakai di musim sejuk .

Heat pack ni boleh di lekatkan pada baju bahagian dalam untuk panaskan badan. Boleh juga di lekatkan pada stokin atau dalam poket jaket untuk panaskan tangan .

Jika kita jenis tak tahan sejuk walaupun hanya sejuk musim bunga elok di bawa bersama. Begitu juga kalau kita bawa orang tua bersama kita. Bagaimana pun ia tak di galakkan di pakaikan pada bayi atau kanak-kanak.

Bayi atau kanak-kanak yang masih kecik tidak pandai memberitahu kita jika heat pack yang di gunakan terasa terlalu panas.

5. Spray kalis air

Sejujurnya saya sendiri tak pernah guna tapi baru-baru ini terbaca tentang kelebihan spray ni. Sembur pada kasut dan kita tak perlu rasa bimbang kasut kita basah.

Pada saya ia sangat berguna ketika musim sejuk tak kira negara bersalji atau tidak.

6. Beanie

Beanie atau topi musim sejuk sangat berguna semasa suhu sangat rendah. Beanie yang mempunyai thermal insulation ( mempunyai lapisan seperti kain flannel di bahagian dalam ) adalah yang terbaik.

Jika anda tidak memakai jaket yang mempunyai hoodie maka bawalah sehelai beanie sebagai pelindung kepala.

7. Leg warmer

Legwarmer di pakai sebagai aksesori percutian musim sejuk
Foto crochetspot.com

 

Leg warmer ini bukan sahaja buat kaki anda nampak bergaya tetapi ia sebenarnya sangat berguna . Tak kita musim sejuk ekstrim atau tidak memakainya buat kaki kita terasa hangat.

Menariknya leg warmer ini boleh di pakai di pakai di dalam boot atau di sarungkan sahaja pada boot. Leg warmer juga ada macam-macam jenis dengan labuh yang berbeza. Nak nampak lebih bergaya sarung sahaja leh warmer di kaki anda.

Kesimpulannya kesemua aksesori percutian musim sejuk ini sangat berguna jika ia di pakai ketika ia sangat di perlukan. Ada aksesori yang mana pada suhu yang ekstrim bertukar menajdi keperluan.

Kami sendiri dalam proses membawa masuk lebih banyak aksesori ke dalam laman web untuk pelanggan. Jika anda mahu melihat apa keperluan di musim sejuk yang kami tawarkan, boleh terus ke kedai dalam talian yang di buka 24 jam ini di web  pakaianmusimsejuk.com

Jika ada antara produk utama atau aksesori yang anda rasa kurang faham, boleh hubungi atau lihat profail saya di menu tentang saya di bahagian atas blog ini.

PS : Di antara kesemua aksesori di atas yang mana yang akan anda bawa tak kira suhu sejuk ekstrim atau sepoi-sepoi bahasa ? Kongsikan komen anda di sini.

3 thoughts on “Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!