Thermal Wear Perlu Di Pakai Atau Tidak Waktu Musim Bunga ?

Compare hotel prices and find the best deal - www.hotelscombined.com

 

longjohn

Sewaktu saya travel waktu peralihan musim sejuk ke musim bunga saya ragu-ragu nak bawa dan beli thermal wear. Separuh orang kata longjohn atau warmer. Tak kisahlah apa pun namanya kerana fungsinya sama sahaja.

Di sebabkan kami hanya backpack kami cuba tidak membawa baju dengan begitu banyak  dan betul-betul bajet baju supaya bada larat nak pikul bagpack beg yang dah memang berat. Nak buat macam mana kerana memang dah teringin nak backpak macam selalu tengok mat salleh angkut beg besar-besar tu.

Tengok Amazing Race pulak mereka akan ambil pot-pot popular untuk di jadikan pitstop. Jadi travel secara backpack memang idaman kami masa tu.

Yang saya nak cerita tentang baju yang perlu di pakai di bahagian dalam kerana mengikut rakan sekerja saya yang study oversea menyuruh saya membawa sekurang-kurangnya sepasang thermal wear atau longjohn. Survey di sebuah kedai yang selalu advertise dekat newspaper waktu hujung-hujung tahun harganya mahal ya amat.

Survey pula di Iniversal Traveller dekat Sogo memang mahal la baju ni . Jadi di sebabkan saya nak save budget saya beli kat kedai bundle je dekat online. Walaupun dekat Ampang area rumah saya ada 4-5 kedai bundle , warmer jenis ni susah sikit nak dapat. Kalau setakat winter coat dan fleece jacket memang banyak dan harga pun dalam range RM 10-25 . Saya plan beli bundle je yang harga RM 10 untuk baju yang perlu di pakai dan di campak je bila nak balik Malaysia semula.

Beli bundle tak rasa rugi sebab harga RM 10 dan dah sampai sana saya dapat fleece jacket harga lebih kurang 4 pound je= RM 20..Cantik sebab fleece jacket baru dan brand Mark & Spencer. Waktu tu dah habis winter jadi mereka lelong je :).Saya grab 2 helai untuk anak saya yang memang suka pakai sweater.

Berbalik pada cerita thermal wear tadi waktu saya pergi lebih kurang 23hb April walaupun dah habis winter cuacanya sangat-sangat sejuk. Jadi kalau tak pakai thermal weaar memang kaki menggigil terutama sekali bila angin sejuk . Rasa sejuknya sampai ke tulang. Saya ada 2 pasang thermal wear jadi hari-hari pakai baju yag sama je. Dah habis seminggu saya tukar yang lagi sepasang sebab cuaca sejuk badan tak ada bau apa pun. Sarung tangan dan stokin pun memang kena pakai dan eok beli jenis wool sebab stokin biasa tak cukup panas.

Jadi tengok negara la ye kalau pergi time spring ni awal-awal memang sejuk dan bila bercakap mulut keluar asap.Macam hisap roko pulak masa tu. Cuma hari akhir kami nak balik Malaysia barulah cuaca di London masa tu  baru nak panas dan memang tak payah pakai sweater dah.Tapi thermal wear tu tetap saya pakai sebab sesekali angin tiup masih  terasa lagi sejuknya.

Saya tidak tahu lepas tu macam mana suhu di sana lepas tu sebab hanya 3 hari di Paris, 3 hari Brussels, 1 hari Amsterdam dan 5 hari di London. 2 hari lagi dalam kapal terbang pergi dan balik. Mungkin negara lain waktu spring atau musim bunganya berbeza dengan 4 kota yang saya pergi. Jadi kalau anda anda pengalaman boleh kongsikan di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!