Kulit mudah kering ketika musim sejuk

Tips Elakkan Gatal-Gatal Dan Kulit Kering Semasa Bercuti

Kulit kering semasa bercuti

 

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah  An-Nahl : 11)

Ayat Al Quran adalah penyembuh. Penyembuh jiwa dan raga. Makin di baca makin terasa dan makin kita mahu terus mendengarnya. Setiap satu ayat mempunyai maknanya termasuk surah di atas. Di sebutkan tentang tanda -tanda kekuasaan Allah bagi kita yang mahu mencelikkan mata dan membuka hati untuk mendalami maksudnya.

Buah zaitun di sebut-sebut di dalam surah ini. Ia banyak  di gunakan dalam industri kecantikan dan pembuatan kosmetik. Oleh kerana khasiatnya yang banyak ia sering di gunakan sebagai ramuan utama.

Pernah tak anda rasa gatal-gatal dan kulit kering semasa bercuti di luar negara? Jika kita ke luar negara di musim sejuk situasi ini akan lebih terasa jika kita tidak memakai sebarang pelembap .

Saya kongsikan punca dan bagaimana mengatasi masalah kulit kering hari ini.

Punca kulit kering semasa bercuti

1.Kulit kehilangan 25 %  keupayaannya  mengekalkan kelembapan di musim dingin

Pada musim sejuk cuaca menjadi sangat kering. Tahap kelembapan dan suhu menjadi rendah . Air di kulit  kita menjadi tersejat dengan lebih cepat. Ketika ini kulit kita akan  kehilangan 25 % keupayaannya untuk mengekalkan kelembapan seperti biasa.

Selain itu cuaca yang berangin akan menampar-nampar kulit kita menjadikan ia semakin teruk sehingga kita terasa mahu menggaru sepanjang masa. Anda boleh tidak tidur semalaman jika ia tidak di ubati ! Inilah punca terbesar kulit kering semasa musim sejuk.

2.Cara berpakaian yang salah dan kurang sesuai

Cara kita berpakaian juga salah satu faktor penyumbang masalah kulit kering . Ada orang yang tidak suka memakai pakaian berlapis lapis sedangkan ia perlu untuk menutup badan dari angin yang bertiup. Selapis pakaian tidak cukup untuk menlindungi kulit kita.

Jika kita alah pada wool , ia akan menambahkan masalah gatal-gatal pada kulit.

Kulit  yang sensitif akan alah pada bulu binatang .Pakaian yang di buat dari bulu binatang jika di lihat dengan mikroskop akan kelihatan seperti kepingan bulu keluli yang merengsa kulit dan mengakibatkan rasa gatal-gatal.

Baca artikel Panduan Pakaian Musim Sejuk Mengikut Suhu Negara 4 Musim

3.Tidak memakai pelembap kulit.

Memakai pelembap kulit semasa musim sejuk sama pentingnya ketika musim panas. Pada musim yang dingin kulit kita juga terdedah pada suhu sejuk terutama bahagian tangan dan muka.

Ia akan bertambah teruk jika di biarkan tanpa pelembap kulit yang betul untuk menyihatkan semula keadaan kulit yang telah mula bermasalah.

4. Kesan pemanasan dalaman 

Bila kita berada dalam bangunan atau bila balik ke rumah badan akan terasa hangat.

Kita biasanya akan memasang heater untuk memanaskan badan akibat berada lama di luar. Kesan pemasangan heater ini menambahakan masalah kekeringan kegatalan kulit yang telah terdedah pada suhu sejuk di luar.

5. Mandi air panas yang kerap dan lama

Kalau di negara kita mandi 2 kali sehari adalah kebiasaan di sebabkan cuaca negara kita yang panas. Tetapi jika bercuti di luar negara amalan ini tak elok di amalkan terutama ketika mereka sedang mengalami musim sejuk.

Kita juga akan rasa mahu mandi air panas jika telah berada di luar terlalu lama.

Walaupun mandi air panas memang membantu menghangatkan badan tetapi air panas mengeringkan lagi kulit kita. Minyak asli yang terkandung di dalam kulit akan mengering dengan lebih cepat akibat kekerapan mandi dan berendam terlalu lama dalam air panas.

6.Kurang mengambil minuman 

Kita mungkin kurang rasa dahaga dalam cuaca dingin tetapi badan kita telah pun kehilangan banyak air . Terdedah pada cuaca dingin di samping suhu panas ketika berada di dalam bangunan sebenarnya memerlukan kita menambahkan semula jumlah air di dalam badan.

Kesemua faktor di atas menjadi punca kenapa kulit kita jadi kering, kelihatan berbelak-belak kehitaman dan terasa gatal bila di garu. Mari lihat cara atasinya kerana bercuti ketika musi sejuk jadi tidak seronok jika kita sentiasa tergaru-garu .

Langkah-langkah menangani masalah kulit kering

minyak zaitun melindungi kulit kering semasa bercuti

1.Pakai pakaian yang sesuai semasa bercuti

Lindungi kulit dengan memakai pakaian yang pelindung seperti sarung tangan, sarung kaki serta baju sejuk yang betul. Untuk bahagina yang sentiasa terdedah seperti muka kita boleh gunakan topeng muka atau mask . Leher juga boleh di tutup dengan skaf supaya tidak terdedah.

2.Melindungi kulit dengan pelembap

Tidak kira samada anda lelaki atau perempuan memakai pelembap kulit adalah kemestian. Losyen kulit ini harus mengandungi agen pelembap untuk mengekalkan kulit agar sentiasa lembap dan tidak kering. Inilah sebabnya perahan minyak zaitun menjadi bahan utama kebanyakan kosmetik kerana ia kaya dengan khasiat  (Losyen jenama Minsyam dari Syria sangat berkesan untuk menangani masalah ini ) .

3.Mandi sehari sekali sahaja

Jangan mandi seperti kita berada di Malaysia kerana cuaca negara kita tidak sama. Badan kita tidak berbau semasa musim dingin. Cukup dengan mandi sehari sekali . Elakkan berendam lama di dalam bath tub. 10 minit untuk mandian sudah cukup.

4.Set pemanas pada tahap paling perlahan

Heater di dalam rumah atau bilik hotel boleh di perlahankan. Set pada tahap paling minima supaya kulit kita tidak bertmabah kering . Pakai baju biasa dan tanggalakn sweater atau jaket untuk mendapat penghangatan abdan yang lebih natural.

5. Elakkan memakai baju bulu yang terus kepada badan.

Jika perlu memakai baju alas ketika itu, sebaiknya pakai dahulu baju alas yang di perbuat dari kain kapas .  Selepas memakai alas baju sintetik kita boleh sarungkan baju dengan material bulu binatang tadi atau sarungkan sahaja baju sejuk berasakan fiber sintetik.

6.Minum air walaupun tidak dahaga

Minumlah air dengan mencukupi. Walaupun kita kurang dahaga, gantikan jumlah air yang telah hilang akibat berada di luar terlalu lama atau akibat pemanasan dalaman .

Kesimpulannya ada banyak punca kenapa kulit kita kering semasa bercuti  Untuk mengelakkan kita tergaru- garu di waktu malam dan menjadikan kulit semakin teruk cuba langkah-langkah yang di sebutkan di atas.

9 thoughts on “Tips Elakkan Gatal-Gatal Dan Kulit Kering Semasa Bercuti”

  1. kalau begitu…orang yang berada di negara sejuk jarang mandi

    dapat jimat banyak perkara..

    kurang basuh baju dan jimat air..

    cuma rasa kurang bersih sahaja lah dan boleh menimbulkan kulit tidak selesa

      1. hehehe..

        cuaca panas memang begitu..

        bau badan akan angkat

        sebab itu mereka yang berada negara panas sepatutnya selalu mandi untuk membersihkan badan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!